REGEN REHAB : HOSPITAL REHABILITASI SWASTA PERTAMA DI MALAYSIA

by - 25.9.18

REGEN REHAB : HOSPITAL REHABILITASI SWASTA PERTAMA DI MALAYSIA | Assalamualaikum semua.. Bagi pesakit yang mengalami masalah kesihatan, selepas menerima rawatan, mereka perlu terus menerima rawatan lanjut untuk membantu proses pemulihan. Yela, takkan keluar hospital terus sembuh kan. Nak nak pulak pesakit yang kronik seperti strok, kanser ataupun mereka yang terlibat dengan kemalangan. Memang memerlukan proses pemulihan yang panjang dan teliti serta kaedah yang betul.

ReGen Rehab : Hospital Rehabilitasi Swasta Di Malaysia

Jadi atas keperluan ini ReGen Rehabilitation International Sdn Bhd mewujudkan hospital khas swasta pertama yang mengkhususkan kepada perubatan rehabilitasi kepada pesakit. Hospitalnya yang sulung bertempat di Petaling Jaya dan mula beroperasi pada 1 Ogos 2018. Hospital ini menawarkan perkhidmatan rehabilitasi di bawah satu bumbung dengan wawasan untuk menjadi Pusat Kecemerlangan bagi rehabilitasi di Malaysia dan Asia khusus untuk :

✔ Rehabilitasi Strok
✔ Rehabilitasi Neuro
✔ Rehabilitasi Kognitif
✔ Rehabilitasi Otot Tulang
✔ Rehabilitasi Sukan
✔ Rehabilitasi Kanser
✔ Rehabilitasi Jantung
✔ Rehabilitasi Sakit
✔ Dan pelbagai masalah lain

ReGen Rehab : Hospital Rehabilitasi Swasta Di Malaysia

ReGen Rehab : Hospital Rehabilitasi Swasta Di Malaysia

ReGen Rehab : Hospital Rehabilitasi Swasta Di Malaysia

ReGen Rehab : Hospital Rehabilitasi Swasta Di Malaysia


Apa Itu Rehabilitasi ?


Dari tadi aku duk mention Rehabilitasi kan tapi korang faham ke ? Sejujurnya aku pun kurang tahu mengenai Rehabilitasi ni sehingga la aku berkunjung sendiri ke Hospital ReGen Rehab ni. Berikut adalah penerangan mengenai Apa Itu Rehabilitasi :

ReGen Rehab : Hospital Rehabilitasi Swasta Di Malaysia

"Rehabilitasi atau pemulihan ialah strategi kesihatan penting untuk memanjangkan hayat dan meningkatkan kualiti hidup. ReGen Rehab menawarkan kepakarannya kepada Rakyat Malaysia menerusi empat tunggak iaitu pendidikan awam, latihan profesional untuk professional penjagaan kesihatan, penglibatan aktif syarikat korporat dan organisasi kerajaan dan usaha menghulurkan tangan kepada masyarakat"
- Sue Lee, Ketua Pegawai Eksekutif ReGen Rehab -

ReGen Rehab : Hospital Rehabilitasi Swasta Di Malaysia

“Khidmat rehabilitasi yang baik sangat penting untuk membantu pesakit yang menderita penyakit kritikal atau kecederaan untuk memaksimumkan pemulihan fungsi, Di Amerika Syarikat, perubatan rehabilitasi merupakan disiplin pengkhususan bersepadu yang berkembang apabila syarikat insurans perubatan mula mengiktiraf dan melindungi perkhidmatannya. Select Medical berbangga untuk menyokong ReGen Rehab dalam usahanya meluaskan kapasiti dan kualiti perkhidmatan rawatan rehabilitasi yang disediakan kepada rakyat Malaysia.”
- Robert Ortenzio, Ahli Lembaga ReGen Rehab dan Pengasas Bersama
dan Pengerusi Eksekutif Select Medical -

ReGen Rehab : Hospital Rehabilitasi Swasta Di Malaysia

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengenal pasti rehabilitasi sebagai strategi kesihatan penting bagi abad ke-21, memandangkan ramai penduduk di seluruh dunia kini meramalkan jangka hayat lebih panjang dengan penyakit kronik yang semakin bertambah. Usaha mengukuhkan rehabilitasi dalam sistem kesihatan amat penting. Perkhidmatan rehabilitasi hendaklah disepadukan dengan penjagaan kesihatan utama, sekunder dan ketiga untuk mengatasi kekurangan kemudahan rehabilitasi di negara-negara sedang membangun. Justeru, hospital rehabilitasi khusus penting untuk memenuhi keperluan pesakit yang rumit. Ini seharusnya sejajar dengan pembiayaan penjagaan kesihatan untuk memastikan kemudahan rehabilitasi boleh dimanfaatkan oleh semua.


Kempen Let There Be Hope


ReGen Rehabilitation International Sdn Bhd (ReGen Rehab) turut mengumumkan Kempen Let There Be Hope (Menaruh Harapan) yang bertujuan untuk memastikan semua Rakyat Malaysia boleh mendapatkan kemudahan rehabilitasi. Bayangkan apabila keluar dari hospital kita dapat melakukan proses pemulihan di satu lokasi yang sangat selesa dan memiliki kelengkapan yang cukup. Jadi sebagai usahasama untuk menjayakan program ini ReGen Rehab juga telah bekerjasama dengan Pertubuhan Kesihatan Sosial (PERKESO) dan juga Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA) untuk meningkatkan kesedaran tentang rehabilitasi.

ReGen Rehab : Hospital Rehabilitasi Swasta Di Malaysia

Semasa pelancaran kempen ini, 3 orang penerima khidmat rawatan pemulihan di bawah program ‘make-a-wish’ (melafazkan harapan) ReGen Rehab (Wish Upon A Star). Setiap penerima berkongsi kisah bagaimana rawatan pemulihan yang berkesan di ReGen Rehab telah mengubah kehidupan mereka selepas mengalami kehilangan upaya, termasuk strok, kecederaan trauma otak dan kecederaan saraf tunjang.

ReGen Rehab : Hospital Rehabilitasi Swasta Di Malaysia

Saya rasa seperti terlalu muda untuk diserang strok dan tidak tahu cara menanganinya. Saya cuma boleh berjalan sejauh 5 meter dan itu pun hanya dengan bantuan orang lain. Pasukan ReGen Rehab telah membantu saya menguatkan badan supaya saya boleh berdiri dan berjalan kaki sendiri. Terapi paling berkesan ialah menguatkan bahagian bawah kaki dengan pelbagai alatan gimnasium. Ini membantu saya berdiri sendiri, yang merupakan perkara pertama yang saya lakukan pada waktu pagi. Apabila saya bangun pagi dan rasa boleh berdiri sendiri, saya mendapat semangat baharu untuk mengharungi hari dengan penuh harapan.
- Cik Cheam Swee Mui berusia 45 tahun -

Saya menggunakan kerusi roda apabila datang ke ReGen Rehab. Saya tidak boleh berjalan jauh, tidak boleh bercakap dengan lancar, dan mengalami masalah ingatan dan perhatian. Sudah sebulan berlalu dan kini saya boleh berjalan tanpa bantuan. Dengan rawatan terapi pekerjaan dan pertuturan, daya ingatan saya telah bertambah baik dan saya boleh bercakap dengan lancar. Secara keseluruhan, saya gembira kerana telah mencapai kemajuan dan hakikatnya rawatan yang saya terima bertujuan memastikan saya mampu berdikari dalam jangka panjang.”
- En. Bahtiar Mohd Nooh berusia 51 tahun -

Apabila seseorang yang lanjut usia seperti saya terjatuh dan mengalami kecederaan badan, ia mengubah kehidupan buat selama-lamanya. Saya bimbang bahawa rasa sakit yang perit dan masalah berjalan dan menggerakkan bahagian anggota atas akan kekal sepanjang hayat. Bagaimanapun, ReGen Rehab memastikan semua pesakit tahu bahawa langkah pertama ke arah pemulihan adalah meyakini bahawa anda boleh kembali seperti sedia kala. Saya gembira untuk melihat hasil rawatan saya di sini.
- Cik. Carol Cheah berusia 61 tahun -

ReGen Rehab : Hospital Rehabilitasi Swasta Di Malaysia

Rehabilitasi telah membolehkan pesakit ini menghadapi masa depan dengan harapan baharu. ReGen Rehab berharap untuk mencetus transformasi dalam persekitaran perubatan di Malaysia dengan meningkatkan kesedaran dan menggalakkan capaian kepada kemudahan rehabilitasi menerusi empat tunggak kempen Menaruh Harapan (Let There Be Hope). Ini akan membantu menjadikan ReGen Rehab sebuah Pusat Kecemerlangan di Malaysia dan di rantau ini. Untuk maklumat lanjut mengenai ReGen Rehab iaitu Hospital Rehabilitasi Swasta Pertama di Malaysia, boleh layari :

ReGen Rehab : Hospital Rehabilitasi Swasta Di Malaysia

Website :

Instagram :

Facebook :




You May Also Like

19 ♥ Surat Cinta ♥

  1. great environment... good place to regain health and great body... campaign sounds very meaningful.. to create awareness...

    ReplyDelete
  2. Tahniah ReGen Rehab atas pembukaan Hospital Rehabilitasi Swasta Pertama di Malaysia. Semoga orang yang memerlukan dapat mendapatkan rawatan terbaik di sini.

    ReplyDelete
  3. Cantik hospital ini. Good to hear that this hospital had helped out lots of patients to fully recover from their sickness and back to normal.

    ReplyDelete
  4. Bagus ada rehab centre macam ni..pesakit boleh focus pada pemulihan kan..tak perlu nak fikir apa2 lagi just concentrate untuk kembali pulih..bagusnya ada specific penyakit..cuma part bayaran for sure agak pricey..betul tak?

    ReplyDelete
  5. Harapnya lebih banyak kemudahan sebegini akan dibuka dan mampu bayar oleh semua golongan

    ReplyDelete
  6. terbaik kan Regen Rehab Hospital ini sebab provide pelbagai kemudahan untuk pesakit dan yang paling seronok dengar bila ada pesakit yang pernah menerima rawatan dekat sini ada progress yang positif.

    ReplyDelete
  7. Baguslah adanya ReGen Rehab ni, memperbanyakkan pusat2 pemulihan yang focus pada penyakit2 mcm tu. Nampak gaya pon sangat professional dan selesa.

    ReplyDelete
  8. The 2nd best hospital after hos rehab cheras?
    Boleh share dekat pesakit2 amni lepas ni
    Servis pun banyak.

    ReplyDelete
  9. Bagus ya ada hospital cam ni. Dpt memberi harapan pada pesakit utk pulih. Sure harga dia pun setimpal dgn khidmt yg diberi kan?

    ReplyDelete
  10. Liez tak sure if ada juga rehab hospital dekat Cheras jugak rsnya..hoap rehab mmg kena ada untuk memfokuskan dlm proses pemulihan jangka masa panjang utk pesakit2 kronik

    ReplyDelete
  11. Dasyat rehab centre macam ni.. .kita ingatkan hotel 5 star dah...punya la tip top and terbaik facilities dia

    ReplyDelete
  12. Ibu pun ingatkan ini hotel 5 bintang. maklumlah kan, semuanya nak ada kelas dan mewah. Alhamdulillah nikmat kesihatan Allah beri pada kita

    ReplyDelete
  13. Serba lengkap hospital facility Dan kemudahan ada kat Regen Rehab ni . Semoga pesakit dapat meneruskan rawatan dan memilih hospital ini sbg pilihan

    ReplyDelete
  14. Nampak kemas, bersih dan selesa.
    Nak dapatkan rawatan pun rasa tenang je. Bagus juga sediakan tmpat macam ni.

    ReplyDelete
  15. Bagi tahu kepentingan rehab ni. Bagus sebenarnya ya.. tq for sharing this info, nanti lps ni klunorg tanya pasal rehabilitations tahu nak jawab apa hehe

    ReplyDelete
  16. Suka la tengok rehab centre ni sebab nampak cam hotel. Hehe..kalau sakit cepat sembuh duduk sini. Memang menarik dengan fasiliti yang lengkap

    ReplyDelete
  17. serious bagus buat rehab macam ni. senang utk mereka yang sakit kronik nak pulih seperti biasa. patut buat banyak2 baru tak crowded sgt

    ReplyDelete
  18. Cantik betul kan hospital ni sis. Memang selesa betul. Kat lobi dia pon dh macam lobi hotel

    ReplyDelete
  19. nanti kalau ada rezeki nk buat checkup dekat sini la dan sis belanja boleh? hehe..

    ReplyDelete