LALAMOVE : HANYA 32 SAAT UNTUK MENCARI PEMANDU LORI

LALAMOVE : HANYA 32 SAAT UNTUK MENCARI PEMANDU LORI | Assalamualaikum semua.. Bila kena pindah rumah ni bukan la satu kerja yang mudah. Mana nak kemas barang la, nak cuci rumah dan yang paling pening macam mana nak angkut barang-barang yang besar. Kalau takat beg baju boleh la nak bawak naik kereta tapi kalau dan katil, almari, peti ais ataupun mesin basuh mana muat. Ye, aku tau mesti ramai yang kata "Ala, sewa la lori". Memang boleh nak sewa lori tapi masalahnya ada yang lambat, mahal dan tak kurang jugak terkena bila diorang ni main campak-campak je barang kita. Haishhh, macam-macam masalah. Sakit pulak hati kite wakkk..

Lalamove : Hanya 32 Saat Untuk Mencari Pemandu Lori
Lalamove : Hanya 32 Saat Untuk Mencari Pemandu Lori

Tapi kannn tapi kannnn bila aku dapat tahu pasal perkhidmatan lori Lalamove, aku dah mampu tersenyum bila kena pindah. Mana taknya berdasarkan testimoni, perkhidmatan mereka ni tip top tau. Dah la tu, perkhidmatan mereka ni sangat cekap dan pantas. Bayangkan hasil daripada simulasi pesanan yang dijalankan semasa pelancaran perkhidmatan lori kami di Lembah Klang, kami bukan saja mencatatkan purata masa padanan sebanyak 46 saat, malahan masa padanan yang terpantas yang dicatatkan adalah 32 saat! perghhh.. sepantas kilat tuuuu...

Lagi satu tak perlu risau kalau ada banyak barang-barang yang besar-besar. Ye la, takat rumah bujang macam aku ni ada satu katil, satu almari je tapi kalau rumah yang dah berkeluarga mau 2-3 katil dan alamari kan. Bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat, lori-lori milik Lalamove 1 tan dan 3 tan telah bersedia untuk perkhidmatan penghantaran dengan kapasiti yang besar. Mereka juga berjanji akan memberikan perkhidmatan yang terbaik dan pelanggan pasti akan berpuas hati.

Oh ya, lupa pulak nak share. Perkhidmatan Lalamove ni bukan sahaja untuk angkut barang pindah rumah tapi kalau ada pihak-pihak pemborong yang memerlukan kenderaan untuk penghantaran secara pukal pun boleh guna khidmat Lalamove. Ataupun bagi yang nak shopping perabot besar-besar pun boleh guna Lalamove jugak. Ha, kan senang, cepat pulak tu.. terbaek la Lalamove..

Lalamove : Hanya 32 Saat Untuk Mencari Pemandu Lori
Perkhidmatan pengangkutan secara pukal

Kat sini aku kongsikan antara kelebihan-kelebihan perkhidmatan lori Lalamove :

Kos efektif : Harga bermula dari RM95 untuk lori 1 tan dan RM195 untuk lori 3 tan, bergantung kepada jarak

On-demand : Lori-lori Lalamove boleh disewa secara pra-tempahan atau segera untuk memenuhi penghantaran yang mendesak

Fleksibel: Tiada kontrak jangka panjang jika ingin mewujudkan kerjasama logistik dengan Lalamove

Cekap : Akses ke jaringan pemandu-pemandu lori dan kemudahan untuk mendapatkan pemandu dalam seminit

Terjamin : Penjejakan GPS di dalam sistem Lalamove untuk tujuan penjejakan barangan pelanggan

Responsif : Sokongan yang berterusan dari Lalamove bagi memastikan semua penghantaran pelanggan tiba pada masa yang ditetapkan

Pengkhususan perkhidmatan: Pakej perkhidmatan penghantaran yang lengkap dengan pembantu sehingga 2 orang untuk memudahkan penghantaran pelanggan

Lalamove : Hanya 32 Saat Untuk Mencari Pemandu Lori
Hubungi Lalamove dan guna kod promosi

So, kalau ada antara pembaca setia dikbee.com yang mencari-cari pemandu lori boleh la hubungi Lalamove dan jangan lupa gunakan kod promosi “LALALORRY” untuk mendapat diskaun RM50. Sah sehingga 15 November 2018 dan hanya boleh digunakan untuk penghantaran lori sahaja. Untuk maklumat lanjut berkenaan harga, sila rujuk ke :




Post a Comment

0 Comments