NIGHTS OF FRIGHT 6 LEBIH SERAM DAN MENDEBARKAN

by - 3.10.18

NIGHTS OF FRIGHT 6 LEBIH SERAM DAN MENDEBARKAN | Assalamualaikum semua.. Bila Sunway Lagoon umumkan yang Nights Of Fright 6 kembali lagi pada tahun 2018 ini terus rasa teruja. Mana taknya, tahun lepas tak dapat join sebab clash dengan event lain. Kalau tak memang takkan miss punya. Bukan apa, seronok dapat masuk Sunway Lagoon dan berjumpa dengan pelbagai karektor hantu. Paling best lagi dapat masuk rumah hantu beramai-ramai dengan kawan-kawan. Ha, time ni la nak tengok karektor memasing yang sebelum ni acah-acah macho dan cun berubah kan. Kita tengok sape yang jerit paling kuat.. hahaha

Nights Of Fright 6 Lebih Seram Dan Mendebarkan
Nights Of Fright 6 Lebih Seram Dan Mendebarkan

Macam biasa la, aku pergi masa hari pelancaran bersama-sama dengan geng-geng bloggers yang lain. Jadi kami datang awal sikit untuk elak kesesakan. Tu pun dah ada yang bising sebab parking penuh. Mujur la aku sampai awal. Acara dimulakan dengan ucapan dari Mr Sean Choo (General Manager Sunway Lagoon) dan Lynton V. Harris (Chairman & CEO of The Sudden Impact Entertainment Company).

Nights Of Fright 6 Lebih Seram Dan Mendebarkan
Bersama kawan-kawan tapi sebenarnya ramai lagi yang takde dalam gambar.. huhu

Nights Of Fright 6 Lebih Seram Dan Mendebarkan
Air ala-ala pek darah ni dapat percuma tau

Nights Of Fright 6 Lebih Seram Dan Mendebarkan
Mr Sean Choo (General Manager Sunway Lagoon)

Nights Of Fright 6 Lebih Seram Dan Mendebarkan
Lynton V. Harris (Chairman & CEO of The Sudden Impact Entertainment Company)

Kalau sebelum ni kehadiran pengunjung di Nights of Fright akan menjadi hura hara akibat perbuatan Mr Chaos dan Ms Havoc tapi pada tahun ni suasana di Sunway Lagoon menjadi lebih menyeramkan dan mendebarkan dengan kehadiran Wendigo. Kalau korang nak tau Wendigo ni adalah makhluk jahat yang suka makan daging manusia ... wuuuuuuu.... seramnyaaa. Tak sabar nak masuk ke dalam Sunway Lagoon.

Nights Of Fright 6 Lebih Seram Dan Mendebarkan
Acara pembukaan dengan tarian dari hantu-hantu

Nights Of Fright 6 Lebih Seram Dan Mendebarkan
Ni la Wendigo

Nights Of Fright 6 Lebih Seram Dan Mendebarkan
Antara hantu-hantu yang bakal menghantui pengunjung

Selesai je acara perasmian, apa lagi menderu la semua pengunjung masuk ke dalam Sunway Lagoon. Fuhh, ramai giler pengunjung malam tu. Masing-msing excited nak meneroka suasana menyeramkan di Nights Of Fright 6 ni. Tapi sebelum tu, kami pergi makan dulu. Lapar weii.. Kang tak pepasal ada hantu yang kena kokak dengan aku.. haha.  Aku kalau lapar lain maciam sket. Dah kenyang baru la best nak berjimba kannn.. 

Nights Of Fright 6 Lebih Seram Dan Mendebarkan
Bloody Food Street

Nights Of Fright 6 Lebih Seram Dan Mendebarkan
Isi perut dulu

Ok, aku tak mau kongsikan pengalaman aku masuk ke dalam rumah hantu. Karang tak best la kan bila korang dah tau apa yang ada kat dalam rumah hantu tu. Tapi serius aku cakap memang best. Penuh dengan gangguan dan kejutan yang pasti membuatkan korang menjerit sampai hilang anak tekak. Tapi satu je aku nak sarankan, rancang masa korang bila datang ke Nights of Fright 6 ni supaya korang dapat enjoy dan merasa masuk ke dalam semua rumah hantu. YA, total rumah hantu ada 8 tau, bukan 1. Ni aku senaraikan semua rumah hantu yang ada :

1. Scary Tales (Theater)
2. Ghostbusters Halloween In New York
3. Zombie Zoo
4. Horrorwood Studios
5. Slaughterhouse 13
6. Wendigo - The Lagend In the Mist
7. Phobia - Coulrophobia The Fear of Clowns
8. Ghost Face - The Face To Make You Scream in UV3D

Nights Of Fright 6 Lebih Seram Dan Mendebarkan
Salah satu rumah hantu yang ada

Selain dari rumah hantu, apa lagi yang menarik kat Nights Of Fright 6?? heyyy.. banyak tau. Sebenarnya kalau tak masuk rumah hantu pun ada banyak je hantu yang berkeliaran di dalam kawasan Sunway Lagoon. Secara spesifiknya Sunway Lagoon dibahagi kepada 4 Scare Zones mengikut kategori jenis hantu. Eh, hantu pun ada kategori ke?? hahahah, harus la ada.. ha ni list kawasan-kawasan hantu tu :

1. Jampi
2. Haunted Shipwreck
3. Curse Land
4. Killer Scarecrows

Nights Of Fright 6 Lebih Seram Dan Mendebarkan
Scare Zones - Jampi

Ha, hati-hati la bila lalu kat kawasan-kawasan ni. Jangan terkejut kalau tetiba ada hantu ada kat sebelah korang. Tapi jangan risau, depa tak kacau. Depa cuma nak tumpang bergambar je. Time ni la nak selfie bebanyak dengan hantu sebab time lain depa ni tak lut kat dalam henpon.. hehe. Ni antara beberapa hantu yang sempat aku bergambar bersama. 

Nights Of Fright 6 Lebih Seram Dan Mendebarkan
Ada lagi hantu Jackal ni. Dulu dia ada gak

Nights Of Fright 6 Lebih Seram Dan Mendebarkan
Eh, valak pun ada?? tapi awat macam sopan je.. hehe

Nights Of Fright 6 Lebih Seram Dan Mendebarkan
Ha, ni kakak syantik. Tapi sekali dia mengilai, serammm 

Nights Of Fright 6 Lebih Seram Dan Mendebarkan
Kesian pasangan pengantin ni, baru kahwin dah jadi hantu

Nights Of Fright 6 Lebih Seram Dan Mendebarkan
Salah satu Scarecrow

Nights Of Fright 6 Lebih Seram Dan Mendebarkan
Heyy, jangan penggal kepala kawan saya

Nights Of Fright 6 Lebih Seram Dan Mendebarkan
Wakkk, nape basah ni??

Nights Of Fright 6 Lebih Seram Dan Mendebarkan
Eh, tak tau plak pocong pakai seluar.. hihi

Amacam?? Scary ke tidokkk??? Eleh, tak scary konon tapi kalau kena sergah jerit jugak kan kan kan.. haha..  Selain dari tu ada jugak yang tanya, eh theme park bukak tak masa Nights Of Fright 6 ni?? Ha, jawapan dia harus la bukak wakkk.. cuma water park je yang tak bukak. Jadi kalau agak-agak nak main kat theme park tu, sila lah pakai pakaian yang sesuai ekk. Ni list Night Amusement Rides yang dibuka waktu malam :

1. Carousel
2. Tomahawk
3. Apache Pots
4. Wagon Wheel
5. Pirate's Revenge
6. Lost City Of Gold Scream Coaster
7. Fun Fair
8. Grand Canyon River Rapids
9. Butch Cassiday Trail
10. Vultures
11. Colorado Splash

Ha, banyak kan attraction yang boleh korang explore selain dari jumpa hantu. Ok, aku pasti korang dah pening nak masuk yang mana satu. Ha, ni aku share layout Sunway Lagoon sepanjang Nights Of Fright 6 ni supaya senang korang nak refer. Dalam layout ni juga ada ditunjukkan lokasi tempat makan, tandas dan surau. So, takde la korang sesat kat dalam tu.

Nights Of Fright 6 Lebih Seram Dan Mendebarkan
Layout Sunway Lagoon

Ok, secara keseluruhannya memang puas hati pergi ke Nights Of Fright 6 ni sebab kali ni lebih seram dan mendebarkan. Sape kata mahal tu bagi aku tak betul sebab bagi aku harga tiket tu termasuk dengan theme park sekali. Rumah hantu pulak bukan 1 or 2 sebaliknya ada 8. Berbaloi weiii.. Kalau orang tanya tahun depan nak pergi lagi ke tidak, of course jawapan aku YES. Aku memang akan pergi kalau takde aral melintang la. Tambah pulak pergi dengan geng-geng yang masuk air. Memang happening laaaa...So, kalau korang nak pergi aku sarankan pergi la. Bukan selalu pun. Setahun sekali je kan. Kesimpulannya Nights Of Fright 6 best giler...


Nights Of Fright 6

Tarikh : 28hb September sehingga 31hb Oktober
Hari : Jumaat, Sabtu & Ahad Sahaja
Masa : 7.30 malam sehingga pukul 11.30 malam

Harga Tiket : RM69 (normal price)


Nights Of Fright 6 Lebih Seram Dan Mendebarkan
Kitorang enjoy sangat sampai dah jadi Bff dengan hantu dah.. haha

Nah, aku listkan tips kalau nak pergi :

❤ Sila datang awal supaya mudah dapat parking
❤ Kalau boleh makan dulu sebelum masuk. Makanan luar tidak dibenarkan bawa masuk tapi kalau incase lapar ada je gerai kat dalam.
❤ Sila pakai pakaian yang sesuai. Kalau rasa nak main kat Colorado Splash pakai baju yang cepat kering sebab situ kena harung air.
❤ Kalau ada kipas kecil tu bawak la sebab kat dalam tu ramai orang, mungkin panas sikit.
❤ Tapi memandangkan lately musim hujan, stanby juga poncho sebab kalau payung susah nak carry.
❤ Study layout Sunway Lagoon supaya korang tak sesat dan mudah untuk menuju ke satu-satu tempat selain dari jimat masa.
❤ Sila pastikan bateri henfon atau bawa kamera untuk merakam moment-moment indah bersama hantu. Macam gambar kami ni diambil oleh photographer iaitu Epul. Boleh rujuk IG dia untuk tengok hasil ketipan gambar dia yang letops.. 


Thank you Epul. Semua gambar cantik-cantik belaka 💗

Note : Kalau ada gambar-gambar menarik boleh muat naik ke instagram dan letak hashtag 


Maklumat lanjut boleh rujuk website https://sunwaylagoon.com/nof6/



You May Also Like

0 ♥ Surat Cinta ♥