SAMSUNG POWERSTICK PRO : KERJA PEMBERSIHAN LEBIH MUDAH

SAMSUNG POWERSTICK PRO : KERJA PEMBERSIHAN LEBIH MUDAH | Assalamualaikum semua.. stressnya hari-hari dok vakum rumah. Bukan apa, banyak sangat habuk kat rumah ni sebab mengadap jalan raya. Pantang la 2-3 hari tinggal rumah mesti banyak habuk. Tu pun kadang-kadang tak bukak pun sliding door. Kalau buka, lagi la menderu habuk masuk. Tak larat weii nak vakum hari-hari sebab vakum kat rumah ni dah la besar gedabak, berat pulak tu.. hukhuk..

Samsung PowerStick Pro : Kerja Pembersihan Lebih Mudah
Samsung PowerStick Pro : Kerja Pembersihan Lebih Mudah

Kan bagus kalau ada vakum yang kecil, ringan tapi power macam Samsung PowerStick Pro keluaran dari Samsung Malaysia Electronics (SME). Iye wak, Samsung bukan je jenama telefon pintar tapi ada juga mengeluarkan barangan elektrik yang canggih-manggih tau. Memang idaman setiap wanita la kalau dapat memiliki Samsung PowerStick Pro ni sebab kerja-kerja pembersihan lebih mudah dan pantas.

Samsung PowerStick Pro : Kerja Pembersihan Lebih Mudah
Masak-Masak With Samsung Smart Living

Baru-baru ni aku sendiri dah cuba kehebatan Samsung PowerStick Pro masa bengkel Masak-Masak bersama Samsung Smart Living. Dalam bengkel ni beberapa orang wakil media telah dijemput untuk memasak bersama Chef Abang Brian menggunakan microwave dari Samsung. Ingat tengok je, rupanya kami pun kena join sekali. Apalagi, memasing pun mula la menyarung apron dan tunjuk skill masing-masing kan.. hehe

Samsung PowerStick Pro : Kerja Pembersihan Lebih Mudah
Chef Abang Brian in da house

Samsung PowerStick Pro : Kerja Pembersihan Lebih Mudah
Demo masak rendang by Chef Abang Brian

Sungguh la senang kalau masak menggunakan mocrowave samsung ni. Bayangkan masak rendang hanya mengambil masa lebih kurang 45 minit je. Yang penting tak perlu nak menumis bagai. Zapp zapp zappp semua bahan terus masuk microwave. Mudah kan. Ha, sementara tunggu Rendang masak kami buat pula Pisang Goreng Cheese. Yang ni lagi mudah. Salut je pisang dengan tepung dan breadcrumbs pastu terus masuk microwave. Dalam 15 minit dah siap uolsss... boleh dah hias dengan cheese dan chocolate sprinkles. Tadaaaa... siappp. Dah boleh jadi calon menantu mak awak kannnn.. hehe

Samsung PowerStick Pro : Kerja Pembersihan Lebih Mudah
Siap pisang goreng cheese.. senang guna microwave je

Ok, lepas siap masak mesti kawasan dapur kita berkecah kan. So, apalagi Chef Abang Brian pun mengeluarkan Samsung PowerStick Pro. Dah ala-ala ghostbuster tapi ni bukan nak tangkap hantu sebaliknya nak hapuskan segala tepung breadcrumbs dan juga chocolate yang bertaburan atas meja dan lantai. Ayoo.. anak sapa la yang bikin sepah ni. Mujur ada Samsung PowerStick Pro..

Samsung PowerStick Pro : Kerja Pembersihan Lebih Mudah
Samsung PowerStick Pro memang best weii

Ciri-ciri Samsung PowerStick Pro :

✔ Saiz yang lebih kecil dan ringan
Tanpa wayar dan memudahkan pergerakan memerangkap habuk
✔ Beroperasi menggunakan kuasa Samsung's Digital Inverter Motor pada kadar kelajuan 5,000 rpm
✔ Mempunyai ciri kuasa sedutan lebih daripada 150W, boleh menyedut habuk dan kekotoran dengan cekap
✔ Mempunyai bateri Li-Ion berkapasiti 0.35L bervoltan 32.4V dan boleh dicas semula dalam tempoh masa 270 minit jika habis penggunaan baterinya.
✔ Mempunyai pemegang Flex Handle yang boleh dilipat sehingga 50 darjah dengan menekan butang untuk kawasan yang sempit.
✔ Didatangkan dengan EZClean Dustbin yang mudah dibersihkan.
✔ Ada 5 accessories tambahan iaitu Flexible Tool, Combination Tool, Extension Crevice Tool, Mini Motorized Tool* dan Soft Action brush* (*bertanda maksudnya dijual berasingan)

Samsung PowerStick Pro : Kerja Pembersihan Lebih Mudah
Antara media yang hadir

Wah, lepas cuba Samsung PowerStick Pro ni terus jatuh cinta. Alangkah bestnya kalau ada satu kat rumah. Kerja-kerja pembersihan rumah punakan jadi lebih mudah. Kalau ada yang nak bagi as hadiah lagi la berbunga-bunga rasa hati. Confirm rumah akan bebas habuk nanti. So, kalau ada yang berkenan dan nak melamar Samsung PowerStick Pro ni boleh la dapatkan dengan harga RM2,799.00.

Samsung PowerStick Pro : Kerja Pembersihan Lebih Mudah
Samsung PowerStick Pro - Amacam, lulus tak jadi menantu mak awak??

Maklumat lanjut pasal produk ni bole rujuk di laman web



Post a Comment

0 Comments