MAJLIS VOLUNTEER MVM APPRECIATION AWARDS 2018 (VAA)

by - 10.1.19

MAJLIS VOLUNTEER MVM APPRECIATION AWARDS 2018 (VAA) | Assalamualaikum semua.. Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Satu majlis yang gilang gemilang akan diadakan iaitu Majlis Volunteer MVM Appreciation Awards 2018 (VAA). Majlis ni diadakan di The Royal Ballroom, Bizmilla Wedding Centre, One City, Subang. Aku sangat berbesar hati bila menerima jemputan untuk hadir ke majlis ni. Kebetulan pula lokasi majlis ni tak jauh dari rumah jadi memang tak ada masalah nak pergi.

Majlis Volunteer MVM Appreciation Awards 2018 (VAA)
Majlis Volunteer MVM Appreciation Awards 2018 (VAA)

Mungkin ramai yang masih belum mengetahui mengenai Muslim Volunteer Malaysia ni apa kan. Muslim Volunteer Malaysia (MVM) atau dalam bahasa melayu nya adalah Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diwujudkan bagi memberi bantuan kepada masyarakat tanpa mengira latar belakang politik, bangsa dan agama. Mula ditubuhkan pada 30 Disember 2014 dan pada tahun 2016 merupakan detik manis buat MVM kerana tersenarai dalam 5 pertubuhan bukan kerajaan terbaik di Malaysia. So, boleh dikatakan MVM merupakan salah satu dari senarai pertubuhan sukarelawan di malaysia yang memiliki pasukan sukarelawan terbaik dan kini mempunyai lebih 50,000 orang sukarelawan. Wow, ramai kan. Mudah-mudahan lepas balik dari VAA 2018 ni aku pulak akan menurut jejak langkah untuk daftar sebagai sukarelawan di Muslim Volunteer Malaysia kan.. doa-doakan ye..

Majlis Volunteer MVM Appreciation Awards 2018 (VAA)
Muslim Volunteer Malaysia

Saat melangkah masuk ke dewan The Royal Ballroom, Bizmilla Wedding Centre mata aku terpaku. Cantik sangattt.. Ni first time aku datang ke Bizmilla Wedding Centre, rupanya tempat ni milik artis Mila Jirin tu. Sape nak kahwin tu aku suggest korang cuba la riki dewan ni. Puas hati weii.. Oppss, terlebih plak. Ok, berbalik kepada majlis Volunteer MVM Appreciation Awards 2018, majlis ni diadakan adalah bertujuan untuk menyambut ulang tahun penubuhan MVM yang ke-4 tahun dan juga malam penghargaan kepada sukarelawan, keluarga asnaf, pekerja, penaja, rakan NGO dan rakan Media yang telah memberi sokongan penuh kepada MVM. Dengan berkonsepkan ala garden, majlis memang nampak eksklusif. Ditambah pulak dengan dekorasi dewan yang memang cantik, sesuai sangat dengan tema majlis malam ni.

Majlis Volunteer MVM Appreciation Awards 2018 (VAA)
The Royal Ballroom, Bizmilla Wedding Centre

Majlis Volunteer MVM Appreciation Awards 2018 (VAA)
Cantik dewan ni

Majlis dimulakan sebaik sahaja ketibaan tetamu VIP. Sebagai pembukaan, bacaan doa disampaikan oleh Ustaz Fadzli Far East. Masa ni aku tengok masing-masing tunduk dan tersentuh hati dengan gaya penyampaian doa oleh ustaz yang sangat syahdu. Tapi suasana kembali ceria bila pengacara majlis masuk iaitu Da’i Izhar. Kemudian majlisditeruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Presiden MVM iaitu Tuan Muhammad bin Jantan dan seterusya beliau turut merasmikan Malam VAA 2018. Istimewa pada kali ini juga, Tuan Muhammad juga merasmikan 3 inisiatif baru MVM untuk tahun 2019 iaitu Pusat Tuisyen Salam, Sistem Auto debit sumbangan, dan projek penulisan #PenaMVM.

💘 Pusat Tuisyen Salam - Inisiatif untuk memberi pendidikan percuma kepada anak-anak asnaf Pure Heart dan juga dibuka untuk orang awam dengan bayaran yang berpatutan.
💘 Sistem Auto Debit - Alternatif lain yang diusahakan untuk memudahkan orang awam menghulurkan sumbangan untuk program-program kebajikan dan misi kemanusiaan anjuran MVM secara tetap setiap bulan. Sistem auto debit ini boleh digunakan melalui website donation MVM iaitu www.donation.mvm.org.my dengan memilih tetapan monthly donation.
💘 #PenaMVM - projek penulisan bagi mencungkil bakat-bakat penulisan dalam kalangan sukarelawan MVM.

Majlis Volunteer MVM Appreciation Awards 2018 (VAA)
Presiden MVM iaitu Tuan Muhammad bin Jantan

Kalau dah nama malam Appreciation Awards, harus la ada anugerah kan. Jadi sebagai kemuncak kepada VAA 2018 sebanyak 6 anugerah telah dipertandingkan bagi menghargai jasa para sukarelawan MVM, pekerja MVM dan juga keluarga asnaf iaitu Anugerah Jasa Bakti, Inspirasi, Sukarelawan Harapan, Institusi Harapan, Sukarelawan Siswa dan Di Sebalik Tabir. Manakala 5 anugerah khas yang telah diberikan kepada sukarelawan MVM yang paling komited, keluarga asnaf MVM dan juga idola sukarelawan negara. Anugerah khas tersebut adalah Anugerah Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah, anugerah Prof. Dr. Muhaya, anugerah Inspirasi Pure Heart, anugerah Inspirasi Keluarga Mithali, anugerah Top Seller Jualan Tiket VAA dan anugerah Tokoh Kemanusiaan. Wah, banyak juga anugerahnya. Tahniah buat semua yang berjaya memenangi anugerah.

Majlis Volunteer MVM Appreciation Awards 2018 (VAA)
Pemenang Anugerah Inspirasi - Nuzura Fasihah

Majlis Volunteer MVM Appreciation Awards 2018 (VAA)
Anugerah Sukarelawan Harapan - Syafiq Amirullah

Majlis Volunteer MVM Appreciation Awards 2018 (VAA)
Tahniah semua pemenang anugerah MVM 2018

Bila tiba waktu makan, masing-masing berselera makan sebab lauk pauk kat sini sedap-sedap belaka. Tambahan pula menu yang dihidangkan sama seperti lauk kenduri kahwin, lagi la laju masing-masing makan. Memang tak tengok kiri kanan dah. Sambil-sambil makan kami turut dihiburkan dengan persembahan dari Lah Ahmad dan Kumpulan Inteam. Sape tak kenal dengan kedua-dua artis ni kan. Suara mereka memang best.

Majlis Volunteer MVM Appreciation Awards 2018 (VAA)
Wefie sebelum makan

Majlis Volunteer MVM Appreciation Awards 2018 (VAA)
Persembahan Lah Ahmad

Majlis Volunteer MVM Appreciation Awards 2018 (VAA)
Persembahan Kumpulan Inteam

Masa tengah makan, pengacara majlis bagitau ada slot “5 minutes that counts” di mana kutipan dana dijalankan untuk kempen "Misi Bantuan Musim Sejuk : Syria, Kami Datang 3.0". Cara kutipan pun menarik di mana setiap meja ada Barcode. Kita hanya perlu scan barcode tersebut dan ikut arahan untuk membuat sumbangan. Tapi kalau tak boleh, tabung pun ada. Just masukkan je sumbangan kita dalam tabung tu. Walaupun hanya 5 minit, jumlah sumbangan mencapai RM4,694.70 tau. Alhamdulillah. Tapi kalau ada yang ingin menyumbang lagi boleh rujuk cara menyumbang di link kat bawah ye.

Majlis Volunteer MVM Appreciation Awards 2018 (VAA)
Barcode untuk slot “5 minutes that counts”

Majlis Volunteer MVM Appreciation Awards 2018 (VAA)
Tabung Peduli MVM

Seronok bila tengok para sukarelawan Muslim Volunteer Malaysia berkumpul malam ni. Happening je. Tapi siapa sangka jasa mereka begitu besar kepada masyarakat. Bagus sebenarnya kalau dapat menyertai badan sukarelawan macam ni. Ada banyak kepentingan jika menyertai pertubuhan sukarela ni. Sebagai contoh MVM ni la, salah satu senarai badan sukarelawan di malaysia. Pelbagai program dianjurkan oleh Muslim Volunteer Malaysia setiap tahun. Jadi kalau berminat nak daftar sebagai salah seorang sukarelawan boleh rujuk di link di bawah :

Majlis Volunteer MVM Appreciation Awards 2018 (VAA)
Tahniah buat semua Sukarelawan MVM

Laman Rasmi : http://www.mvm.org.my
Laman Sumbangan : https://donation.mvm.org.my/
Facebook : https://www.facebook.com/MuslimVolunteerMalaysia
Instagram : https://www.instagram.com/muslimvolunteermalaysia
Twitter : https://twitter.com/volunteermvm

Sebarang maklumat boleh diajukan melalui:
Emel : salam@mvm.org.my
Telefon : 603-8074 0434
Alamat : Pejabat Urusan Muslim Volunteer Malaysia
No 12-1, Jalan Merbah 2, Bandar Puchong Jaya, 47170 Puchong, Selangor


You May Also Like

19 ♥ Surat Cinta ♥

  1. Bagus la kalau jadi sukarelawan. Dapat pengalaman yang berharga tu. Nanti kita akan rasa hidup kita ni perlu kita syukuri. Pernah pergi Bizmilla kat One City ni. Masa tu ada wedding.

    ReplyDelete
  2. Such a great appreciaition nite for all the volunteer.. keep it up.... great nite great accompaniment..

    ReplyDelete
  3. bestnya majlis macam ni. dah lama tak nampak mila. artis pun ramai yang join

    ReplyDelete
  4. Bagus Muslim Volunteer ni. Best sgt dpt pergi event mcm ni. Ianya satu pendekatan yg baik dalam membuat kebajikan kepada insan lain. Ikhlas dan sukarela dalam membantu. Sangat memupuk nilai² murni yang tinggi. Nice sharing!

    ReplyDelete
  5. Terbaikla MVM ni.. Ramai juga sukarelawan dia erk. .Selalu nampak dekt timeline ig.. Memg banyak aktiviti diaorg.. Tahniah kepada yang emnerima anugerah. .Dewan dia cantik gilos

    ReplyDelete
  6. Moga dipermudahkan urusan insan-insan terpilih yang akan membantu umat lain ini. Rawlins kagum dan terinspirasi juga untuk membantu, insyaAllah

    ReplyDelete
  7. Bagusnya Persatuan Sukarelawan Malaysia ni weh, adakan Majlis Anugerah seperti ini sebenarnya satu penghargaan buat para sukarelawan supaya terus membantu orang yang memerlukan. Btw tahniah buat Persatuan ini 👍🏻

    ReplyDelete
  8. acara yang luar biasa ketika volenter diapresiasi...

    ReplyDelete
  9. Actually kak min baru tau pasal MVM ni. Tgk recently ada yg post pasal MVM actually 1 usaha murni utk saham akhirat jugak

    ReplyDelete
  10. Such a good initiative to see they appreciate volunteers like this. It's been a while since i've been volunteering. miss those days...

    ReplyDelete
  11. Happy Volunteerism! Keep it up your great effort, time and commitment.

    ReplyDelete
  12. Dulu sy pernah nak jadi sukarelawan tai tak jadi-jadi haha ! btw, program macam ni memang terbaik dan digalakkan :)

    ReplyDelete
  13. Wah ramainya blogger yang dapat pergi Majlis Volunteer ni. Teringin juga nak rasa masakan dari Bizmilla Wedding Centre ni.

    ReplyDelete
  14. pehh..secara jujurnya saya mmg teruja dan rasa goosebumps baca tentang event ni. saya dulu pernah juga join group macam ni. bagus sgt apa yg diorg usahakan ni plus marketing dan teknologi power. will definitely akan kenal2 lebih lanjut dgn persatuan ni. terima kasih share!

    ReplyDelete
  15. Bagus ada sukarelawan yang macam ni..sekurang2nya dapar membantu mereka2 yang memerlukan. Mudah2an apa yang diusahakan mendapat sokongan dr banyak pihak

    ReplyDelete
  16. congratulations to all the recipients!

    ReplyDelete
  17. good to see such event to cultivate the volunteerism. and it's also good to appreciate those volunteer's effort for the one whole year.

    ReplyDelete
  18. wow i perasan ada mila jirin, lama dah tak catch up pasal dia since dia kahwin dulu tapi catering dia punya iklan selalu keluar dekat fb I, tapi bagus betul jadi sukarelawan pun ada anugerah harap berbaloi dengan semua usaha yang disumbangkan, semoga dapatlah pahala keikhlasan banyak banyak

    ReplyDelete