LE FRENCH FESTIVAL 2019 KEMBALI LAGI

by - 18.3.19

LE FRENCH FESTIVAL 2019 KEMBALI LAGI | Assalamualaikum semua.. Bonjour.. wahh, dah pandai speaking French gitu. Ha, sejak balik dari Pelancaran Le French Festival 2019, rasa berbunga-bunga gitu. Maklum la kat Perancis kan terletaknya Paris sebuah kota yang penuh romantis. Lagipun suka dengar bahasa Perancis walaupun tergeliat lidah nak sebut... hehe.

Le French Festival 2019 Kembali Lagi
Le French Festival 2019 Kembali Lagi

Aku yakin ramai yang berangan nak pergi ke Paris satu hari nanti kan. Sama la macam aku. Hopefully satu hari nanti dapat jejak kaki ke sana. Tapi sebelum tu, untuk ambil aura, jom la kita sama-sama memeriahkan Le French Festival 2019 (LFF) yang kembali berlangsung di Malaysia bermula dari 4hb April hingga 12hb Mei 2019.

Mungkin ramai yang tak tahu kan mengenai LFF ni. Ye, aku pun baru first time tahu. Rupanya acara ni telah berlangsung setiap tahun dan tahun ini adalah edisi yang ke 18. Wow, maknanya dah 18 tahum rupanya festival ni diadakan. Apesal aku baru tahu ni?? adesss.

Le French Festival 2019 Kembali Lagi
Majlis Pelancaran Le French Festival 2019

Apa yang menarik mengenai Le French Festival 2019 ni? Ok, mai nak habaq. LFF telah menyediakan pelbagai acara istimewa khas untuk rakyat Malaysia merasai pengalaman yang sungguh menarik seperti pemilihan pawagam Perancis, pameran seni, persembahan muzik dan teater, gastronomi dan banyak lagi. Setakat ni ada 4 lokasi terpilih iaitu Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru dan Kota Kinabalu dan dijangka dapat menarik perhatian puluhan ribu penonton.

LFF 2019 akan menampilkan trend dan hiburan terkini dari Perancis termasuk:

✔ French Film Festival terbesar di Malaysia dengan lebih daripada 16 filem Perancis yang
memenangi anugerah (dengan sarikata Bahasa Inggeris)
✔ Pelbagai artis muzik dari Malaysia mempersembahkan muzik Perancis
✔ Pertunjukan teater dan tarian secara langsung
✔ Acara Art de Vivre termasuk merasa makanan & minuman Perancis, kelas memasak dan
banyak lagi!

Le French Festival 2019 Kembali Lagi
Le French Festival di 4 lokasi

Memandangkan LFF berkolaborasi bersama Golden Screen Cinemas (GSC), maka majlis pelancaran diadakan di GSC Mid Valley. Aku bersama beberapa orang blogger lagi turut berkesempatan untuk menghadiri majlis ni. Lagipun lepas majlis pelancaran kami berpeluang untuk menonton filem Perancis bertajuk “Cyrano de Bergerac”.

Beberapa acara menarik lain untuk ditinjau di LFF 2019 termasuk:
✔ "FUNAN" – Nikmati filem animasi Perancis yang memenangi Anugerah Filem Terbaik di
Annecy Animated Film Festival 2018, yang ditulis dan diarahkan oleh pembikin filem
berbakat Perancis, Denis Do.
✔ "Paris, oleh Lorànt Deutsch" – Perjalanan di sepanjang sungai Seine dengan pelakon dan
penulis Perancis terkenal Lorànt Deutsch dalam pertunjukan teater yang meriah.
✔ "Exit" – Persembahan hip-hop luar biasa yang lucu dan remeh, oleh Art Move Concept.
✔ Pameran Seni Pop "Brand New World" – Mengagumkan karya artis Perancis kontemporari
Argadol yang dibuat secara eksklusif untuk Festival Perancis Le 2019 yang menggambarkan
cabaran global semasa melalui Visual dan Street Art yang menakjubkan.
✔ Bengkel roti artisan dengan PAUL – Pelajari untuk membuat roti Perancis secara langsung
dari Master Bakers PAUL, Duta seni de vivre Perancis.

Le French Festival 2019 Kembali Lagi
Pelbagai aktiviti lain yang menarik

Ha, tau tak buat kali pertama dalam sejarah LFF, penganjur Alliance Française (AFKL) dan Kedutaan Perancis di Malaysia bukan sahaja akan mengendalikan pelbagai program dan artis dari Perancis tetapi juga akan memainkan peranan pengarah sambil bekerjasama dengan syarikat teater yang diakui secara nasional di Malaysia, KL Shakespeare Players (KLSP) untuk mencipta prestasi khas untuk LFF 2019 melalui tafsiran semula “Cyrano de Bergerac” (“The Story of Cyrano de Bergerac”) yang dianggap sebagai drama yang paling terkenal di teater Perancis.

Le French Festival 2019 Kembali Lagi
The Story of Cyrano de Bergerac

Selain tu, Sharifah Amani seorang pelakon yang bertubuh kecil tetapi berbakat besar telah dipilih sebagai tetamu khas. Beliau dipilih berdasarkan pengalamannya sebagai pelakon, pengarah dan juga pelawak yang sentiasa memberi sokongan terhadap industri hiburan. Beliau juga peminat filem Perancis tau.

Le French Festival 2019 Kembali Lagi
Grégory Henno (Playwright of Cyrano), Lim Kien Lee (Director of Cyrano), Sharifah Amani (renowned Malaysian actress, comedian and director), H.E. Frédéric Laplanche (Ambassador of the Republic of France to Malaysia), Fanny Surzur (Coordinator of Le French Festival) and Jacques Bounin (Director of Alliance Francaise Kuala Lumpur

So, sape-sape yang memang minat karya-karya serta filem dari Perancis boleh la mengambil peluang untuk menontonnya ataupun melibatkan diri dalam pelbagai aktivit menarik sempena Le French Festival 2019. Berikut senarai tarikh Le French Festival 2019 mengikut lokasinya :

Peminat pesta boleh menantikan Le French Festival 2019 di bandar-bandar dan tarikh di bawah:
✔ Kuala Lumpur : 4 April – 28 April
✔ Penang : 25 April – 5 Mei
✔ Johor Bahru : 2 Mei – 5 Mei
✔ Kota Kinabalu : 9 Mei – 12 Mei

Le French Festival 2019 Kembali Lagi
Seronok juga tengok movie dari Perancis ni

Untuk info lanjut mengenai Le French Festival 2019 sila rujuk link di bawah :

Le French Festival 2019
Official website: www.lefrenchfestival.com.my
Instagram Page: @lefrenchfestival_my
Official hashtag on social media #lefrenchfestivalmy

Volunteering, bookings (tasting events, etc), general queries:
info@lefrenchfestival.com.my
/ +60 3-2694 7880



You May Also Like

1 ♥ Surat Cinta ♥

  1. menarikkkk tambah2 part makanan tu...dasar kaki makan hahahha

    ReplyDelete