SEOULNAMI KOREAN BBQ DI THE GARDEN MALL KL

by - 22.4.19

SEOULNAMI KOREAN BBQ DI THE GARDEN MALL KL | Assalamualaikum semua.. Sebagai penggemar makanan berkonsepkan BBQ memang pantang aku dengar ada restoran baru buka. Mesti nak pergi try. Terbaru aku dapat tau ada satu restoran yang bukan sahaja menawarkan konsep hidangan BBQ tetapi dimasak dengan cara yang unik. So, apa lagi terus la aku pergi terjah. Restoran yang aku maksudkan adalah SeoulNami Korean BBQ yang terletak di The Garden Mall Kuala Lumpur.

SeoulNami Korean BBQ Di The Garden Mall Kuala Lumpur
SeoulNami Korean BBQ Di The Garden Mall Kuala Lumpur

Kenapa aku kata restoran SeoulNami Korean BBQ ni unik sebab depa guna arang yang sebenar tau untuk jadikan bahan bakar. Bukan macam kebiasaan restoran BBQ yang guna dapur gas atau dapur elektrik tu. Ha, special kan. Bayangkan dalam shopping mall ada restoran yang arang sebagai bahan bakar. Bukan calang-calang shopping mall pulak tu, The Garden tau. Ya, itu lah keunikan restoran SeoulNami Korean BBQ ni kerana menyajikan BBQ dengan cara Korea dimana mereka memanggang di atas meja menggunakan bara dari arang yang cukup popular di Chuncheon, Korea Selatan

SeoulNami Korean BBQ Di The Garden Mall Kuala Lumpur
Dah lama teringin nak makan makanan korea macam ni πŸ˜‹

SeoulNami Korean BBQ Di The Garden Mall Kuala Lumpur
Konsep BBQ yang menggunakan arang sebenar

Oh ya, walaupun konsep BBQ yang dihidangkan diinspirasi dari Korea tapi jangan risau ye kalau nak makan kat sini. Restoran SeoulNami Korean BBQ merupakan restoran mesra muslim dan bahan mentah yang digunakan mempunyai Halal-certified. Selain tu tiada penggunaan lard dan tiada alkohol dijual di sini. Jadi bagi penggemar makanan Korea yang rindukan keenakannya apa tunggu lagi.. boleh la datang ke SeoulNami Korean BBQ.

SeoulNami Korean BBQ Di The Garden Mall Kuala Lumpur
Jangan risau, bahan mentah yang digunakan adalah halal ye

Bila melangkah masuk dalam restoran SeoulNami Korean BBQ ni mata aku terus terpandang satu alat yang terjulur dari atas terus ke atas meja. Uiks, nampak jakun bebenor la kan tapi ye la, benda first time jumpa. Kena la tanya kan. Rupanya tu adalah alat untuk sedut asap. Ooo.. Jadi takde la berasap dalam restoran walaupun guna arang. Haha, dasar kepochi kannn.. tapi takpe weii, staff kat SeoulNami Korean BBQ ni sangat peramah dan sentiasa membantu kalau ada masalah. Mereka juga turut membantu menerangkan mengenai menu yang ada di sini. Maklum la first time kan.. Ok, meh aku pulak kongsikan dengan korang cara nak order menu di SeoulNami Korean BBQ dan harga untuk setiap menu :

SeoulNami Korean BBQ Di The Garden Mall Kuala Lumpur
Nampak tak paip-paip tu? Ha, itu la alat untuk sedut asap


CARA ORDER MAKAN DI SEOULNAMI KOREAN BBQ

1) Mula-mula pilih bahan mentah yang kita nak sama ada ayam atau daging lembu

SeoulNami Korean BBQ Di The Garden Mall Kuala Lumpur
Chuncheon Chicken (RM 59.00) - Honey Butter Chicken

SeoulNami Korean BBQ Di The Garden Mall Kuala Lumpur
Chuncheon Chicken (RM 59.00) - Ganjang Chicken

SeoulNami Korean BBQ Di The Garden Mall Kuala Lumpur
Beef Platter (RM 119.00)

2) Bila kita order, side dishes dan sos pencicah akan diberi sekali dan boleh refill ye sekiranya sudah habis

SeoulNami Korean BBQ Di The Garden Mall Kuala Lumpur
Side dishes

SeoulNami Korean BBQ Di The Garden Mall Kuala Lumpur
4 jenis sos SeoulNami Korean BBQ - Seoul Spicy Sauce, Black Pink Grind, Korean Pow Wow Samjang dan Roasted Injeolmi Power

3) Setiap hidangan akan dapat Steamed Egg percuma tau. Complimentry untuk pelanggan. Steamed egg ni akan dimasak oleh staff menggunakan dapur kecil dan akan dipasang timer bagi memastikan steamed egg masak sempurna dan tidak hangit.

SeoulNami Korean BBQ Di The Garden Mall Kuala Lumpur
Steamed Egg - complimentary

4) Masa nak masak BBQ, staff akan membantu untuk letakkan arang kemudian letakkan alas pemanggang mengikut bahan mentah yang digunakan. Rupanya alas untuk panggang ayam lain, untuk daging pulak lain.

SeoulNami Korean BBQ Di The Garden Mall Kuala Lumpur
alas untuk panggang ayam

SeoulNami Korean BBQ Di The Garden Mall Kuala Lumpur
alas untuk panggang daging

5) Kami ada order Charcoal Burnt Cheesecake. Ingatkan boleh makan terus, rupanya kena panggang dulu dalam arang ye. So, staff akan masukkan dan akan dipasang timer juga untuk bagi kita alert supaya tak hangus. Selain dari Charcoal Burnt Cheesecake, boleh juga pilih Goguma On Fire (Sweet Potato)

SeoulNami Korean BBQ Di The Garden Mall Kuala Lumpur
Charcoal Burnt Cheesecake (RM 12.00)

6) Bila ayam/daging dah masak apa lagi jemput la makan. Terpulang pada kita sama ada nak daging tu well done atau medium rare. Kalau aku memang suka yang well done la. Pastu balut dengan daun salad dan dicicah dengan sos pencicah.. perghh, mabeles weii..

SeoulNami Korean BBQ Di The Garden Mall Kuala Lumpur
wangi bau daging dipanggang ni πŸ˜‹

SeoulNami Korean BBQ Di The Garden Mall Kuala Lumpur
Daging yang dah masak, balut dalam salad dan ngap dalam mulut.. yummy

Kalau agak-agak tak puas boleh je order menu tambahan. Ye la, biasanya kalau datang ke restoran yang berkonsepkan BBQ ni mesti la beramai-ramai kan. Jarang sekali datang sorang. Nak-nak pulak jenis yang kuat makan, rasanya memang tak cukup kan. So, ada banyak menu sampingan yang boleh kita order. Macam kami hari tu kami order beberapa menu seperti Spicy Octopus, Fist Rice, Fire Ramyeon dan Kimchi Trio. Ha, baru la complete hidangan Korean food kita kan. Siap ada kimchi dan ramen. Ok, dah boleh fefeling kat Korea.. Annyeonghaseyo (μ•ˆλ…•ν•˜μ„Έμš”)!

SeoulNami Korean BBQ Di The Garden Mall Kuala Lumpur
Spicy Octopus (RM 39.00)

SeoulNami Korean BBQ Di The Garden Mall Kuala Lumpur
Fist Rice (RM 29.00)

SeoulNami Korean BBQ Di The Garden Mall Kuala Lumpur
Fist Rice ni kena kepal bulat dulu baru makan

SeoulNami Korean BBQ Di The Garden Mall Kuala Lumpur
Fire Ramyeon (RM 39.00)

SeoulNami Korean BBQ Di The Garden Mall Kuala Lumpur
Kimchi Trio (only in SeoulNami) (RM 29.00)

Untuk minuman pula kat sini ada beberapa air special dan unik tapi sedap. Ia dihidangkan dalam gelas yang besar tau. Anggaran satu gelas tu boleh minum 2-3 orang. Nanti staff akan bagi cawan kecil untuk kegunaan setiap orang. Ni antara minuman yang aku suggest untuk korang Fizzy Sour Plum Cooler, Sparkling Orange Cream Soda, Binggrae Banana Uyu Colada dan Out-of-This-World Lemonade.

SeoulNami Korean BBQ Di The Garden Mall Kuala Lumpur
Sparkling Orange Cream Soda (RM 19.00), Binggrae Banana Uyu Colada (RM 24.00), Fizzy Sour Plum Cooler (RM 19.00), out-of-This-World Lemonade (RM 24.00)   

Secara keseluruhan memang puas hati makan di SeoulNami Korean BBQ sama ada dari segi rasa dan juga layanan dari staff yang bertugas. Persekitaran restoran juga bersih dan selesa. Memang sesuai bagi sesiapa yang inginkan restoran berkonsep BBQ yang santai, makan sambil berchit-chat. So, buat penggemar makanan korea apa lagi, jom la ke SeoulNami Korean BBQ sekarang.. yummyyy..

SeoulNami Korean BBQ Di The Garden Mall Kuala Lumpur
Licin tuuu... puas hati makan dekat SeoulNami Korean BBQ bersama kawan-kawan

ALAMAT:
SeoulNami Korean BBQ
(Berdekatan dengan kedai Robinsons)
F-215 The Gardens Mall,
Lingkaran Syed Putra, Midvalley City,
59200 Kuala Lumpur

WAKTU OPERASI:
Hari: Isnin - Ahad
Waktu: 11am - 10.30pm

Facebook :

Instagram :



You May Also Like

4 ♥ Surat Cinta ♥

  1. bestnyaaaa...da lama juga teringin nak makan kat restoran korea camni...bakar2 daging, balut dalam daun salad..macam dalam runningman..hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kan. nak pergi korea tah bila nak sampai. mujur la ada kat sini.. ^_^

      Delete
  2. Ya Allah, bilalah nak buka kat Johor ni yaaa....sedap gilosss nengokkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah one day nanti mesti diorg bukak cawangan kat johor plak

      Delete