RAYA BLOSSOMING SYAWAL DI IPC SHOPPING CENTRE | Assalamualaikum semua.. Suasana untuk menyambut hari raya semakin terasa. Di televisyen pun dah banyak menayangkan iklan-iklan raya malah di corong radio pun dah dimainkan lagu-lagu raya. Tak kurang juga dekorasi di shopping-shopping centres yang sentiasa menampilkan dekorasi indah untuk menarik pengunjung. Haishhh, ni yang buat hati semakin melonjak nak balik kampung ni.
Last week aku berkesempatan untuk pergi ke IPC Shopping Centre bersama rakan. Hajat hati nak shopping la baju sepasang dua tapi alang-alang tu terus la berbuka kat sini. Memandangkan kami sampai dah petang maka kami decide untuk tunggu waktu berbuka dulu baru la continue shopping. Ha, baru la ada tenaga kan nak pilih baju. Kalau tak, perut asyik berkeroncong je, mana boleh tahan weii..
Sementara tunggu waktu berbuka, kami lepak dulu di gazebo yang ada kat ruang concourse IPC Shopping Centre ni. Allahu, mujur la ada kerusi yang disediakan di sini. Aku pandang sekeliling, ada 3 buah gazebo yang dibina di tengah-tengah ruang ni. Selalu kalau tipikal dekorasi raya mesti rumah kayu kan. Ha, kali ni lain sikit konsep kat IPC Shopping Centre ni. Berkonsepkan ala Moroccan style architecture, ketiga-ketiga gazebo ni mempunyai keunikan tersendiri iaitu Eco Ardence, Eco Grandeur dan Eco Sanctuary yang dibawa khas oleh EcoWorld.
Bayangkan sambil-sambil duduk di gazebo menunggu berbuka puasa, sambil tu dengar lagu-lagu raya. Syahdu beb, teringat kat kampung halaman. Bagi yang datang bekerluarga, anak-anak mesti suka duduk kat sini sebab mereka boleh bermain dengan kuda kayu yang comel (ha, bukan budak pun teruja jugak tau main kuda tu... hehe).
Sebenarnya kat ruang concourse ni ada banyak aktiviti yang dilaksanakan tapi kebetulan masa aku datang tu bukan kena masanya. Kalau tak, confirm meriah dengan aktiviti seperti bermain congkak, belajar buat kad raya, belajar cara bermain capteh, persembahan angklung dan macam-macam lagi (boleh rujuk gambar aktiviti mengikut tarikh).
Sebenarnya kat ruang concourse ni ada banyak aktiviti yang dilaksanakan tapi kebetulan masa aku datang tu bukan kena masanya. Kalau tak, confirm meriah dengan aktiviti seperti bermain congkak, belajar buat kad raya, belajar cara bermain capteh, persembahan angklung dan macam-macam lagi (boleh rujuk gambar aktiviti mengikut tarikh).
Bagi yang suka berposing dan #OOTD ha, kat sini memang port yang cantik untuk bergambar. Di sekeliling gazebo meriah dengan dihiasi pokok-pokok menghijau dan juga kerdipan lampu lip lap. Tak ketinggalan ada juga lampu pelita yang tentunya sinonim dengan perayaan hari raya turut ada di sini. Ha, jangan lupa ketip beberapa foto menarik kat sini dan muat naik di Instagram dan guna hashtag #RayawithIPC #IPCRayaBlossomingSyawal #IPCSoMuchMore. Pasti menarik kannn.
Oh ya, mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa aku memilih IPC Shopping Centre untuk shopping. Ha, sebabnya bila berbelanja di sini aku boleh dapat RM10 Raya Voucher untuk pembelian melebihi RM200 dalam 1 resit. Kalau nak lagi best, datang la shopping pada hari Selasa dan Rabu sebab boleh dapat 2x ganjaran Raya Voucher. Wow, best kann.. Baru la seronok nak shopping. So, apa tunggu lagi jom shopping di IPC Shopping Centre..
Maklumat lanjut sila rujuk :
http://bdj.bz/IPCRayawithDikBee
http://bdj.bz/IPCRayawithDikBee