APLIKASI NGO NEGARAKU : PROGRAM BUY & SAVE, CSR DAN SMART PARTNERSHIP

by - 3.5.19

APLIKASI NGO NEGARAKU : PROGRAM BUY & SAVE, CSR DAN SMART PARTNERSHIP | Assalamualaikum semua.. baru-baru ni berlangsungnya sebuah majlis bagi memperkenalkan Program Buy & Save melalui aplikasi NGO Negaraku bertempat di The Royal Widad Residence @ Residensi UTMKL. Mungkin ramai yang masih belum mengetahui mengenai aplikasi NGO Negaraku ni kan. Secara jujurnya aku sendiri pun baru pertama kali mendengar mengenai aplikasi ni.

Aplikasi NGO Negaraku Dan Program BUY & SAVE, CSR dan Smart Partnership


APLIKASI NGO NEGARAKU


Apa itu aplikasi NGO Negaraku? Ok, untuk pengetahuan semua aplikasi NGO merupakan satu mobile apps yang dibangunkan sebagai inisiatif untuk NGO dengan kerjasama pihak swasta yang berurusan sebagai syarikat Social ENterprise ke arah melebarkan kesepakatan dan kerjasama antara badan-badan bukan kerajaan seperti NGO, Koperasi dan Yayasan.

Aplikasi NGO Negaraku Dan Program BUY & SAVE, CSR dan Smart Partnership

Apa yang menariknya penggunaan aplikasi ini adalah secara tertutup di mana hanya boleh dilayari oleh ahli-ahli NGO yang berdaftar di bawah Aplikasi NGO Negaraku sahaja. Maknanya kita perlu mendaftar sebagai ahli NGO terlebih dahulu tau. Tak kisah mana-mana badan bukan kerajaan pun boleh. Kalau tak silap kat dalam negara kita ada beribu-ribu senarai NGO, so boleh la mendaftar kat salah satu NGO yang ada.

Aplikasi NGO Negaraku Dan Program BUY & SAVE, CSR dan Smart Partnership

Setelah mendaftar baru la boleh guna aplikasi ni. Jangan risau, penggunaan aplikasi NGO Negaraku ni adalah percuma bagi memastikan semua NGO akan dapat berfungsi dan bergerak maju ke hadapan mengikut keperluan dan situasi semasa. Ha, banyak tau kelebihan aplikasi ni. Terbaru adalah Program Buy & Save yang diperkenalkan baru-baru ni.


PROGRAM BUY & SAVE, CSR DAN SMART PARTNERSHIP


Bagi pengguna aplikasi NGO, boleh la mendapat kelebihan untuk program Buy & Save. Program ini sedang mengumpul penyertaan syarikat-syarikat pembekal termasuk GLC untuk bersama menjayakannya melalui penawaran produk dan barangan yang sesuai dengan harga penjimatan sebenar. Produk dan barangan yang diperolehi dari pembekal melalui belian pukal atau jaminan belian akan ditawarkan kepada Pelajar dan keuntungan dari hasil tersebut akan dikongsi.

Aplikasi NGO Negaraku Dan Program BUY & SAVE, CSR dan Smart Partnership

Oh ya, program Buy & Save ini juga mensasarkan pelajar khususnya di IPTA dan IPTS sebagai inisiatif terbaru yang diperkenalkan untuk membantu mereka bagi mendapatkan produk dan barangan dengan harga jimat. Produk dan barangan yang diperolehi dari pembekal melalui belian pukal atau jaminan belian akan ditawarkan kepada Pelajar dan keuntungan dari hasil tersebut akan dikongsi.

Aplikasi NGO Negaraku Dan Program BUY & SAVE, CSR dan Smart Partnership

Melalui kaedah ini Pelajar akan dapat berjimat dan pihak NGO Negaraku akan dapat menyelia platfom ini secara berterusan. Untuk manafaat berganda, maka lebihan hasil yang diperolehi oleh pihak NGO Negaraku dari penjualan produk akan dikembalikan kepada Pelajar melalui sumbangan CSR. Melalui CSR ini pula akan memastikan Pelajar yang tidak berkemampuan akan turut beroleh manfaat.

Aplikasi NGO Negaraku Dan Program BUY & SAVE, CSR dan Smart Partnership

So secara keseluruhannya memang bagus ada aplikasi NGO Negaraku ni. Sekurang-kurangnya ia dapat membantu dan memastikan NGO dan Ahli-ahlinya bergerak selari dan seiring dengan teknologi terkini. Diharap lebih banyak penglibatan dan penyertaan syarikat pembekal termasuk GLC adalah kunci bagi menjayakan Program Buy & Save ini. Semoga dengan adanya program sebegini dapat diperluaskan dan dapat membantu pihak-pihak yang memerlukan.




You May Also Like

0 ♥ Surat Cinta ♥