Footlink : Kedai Kasut Kesihatan Di Seksyen 13 Shah Alam

Footlink : Kedai Kasut Kesihatan Di Seksyen 13 Shah Alam | Assalamualaikum semua.. KASUT, semua orang pasti ada kasut kan. Tak kisah la jenis apa sama ada kasut sukan ke kasut kerja ke atau kasut jalan-jalan. Macam sis sendiri pun ada beberapa jenis kasut juga. Sis suka beli time ada Sale.. hahaha, dasarrrr.. pantang nampak sale tau. Pastu benda pertama yang sis tengok adalah design. Kalau cantik dan muat, terus sis beli dan memang sis akan pakai ke mana-mana pun.. alih-alih bila balik ke rumah merungut kaki sakit. 

Footlink : Kedai Kasut Kesihatan Di Seksyen 13 Shah Alam

Siapa ada masalah yang sama macam sis?? Pakai kasut tapi bila balik kaki sakit. Tu belum pakai kasut tumit tinggi lagi. Mula-mula tu duk fikir jugak maybe sebab sis ada masalah berat badan tapi takkan la nak tunggu kurus baru hilang rasa sakit kaki kan. Jenuh la nak tunggu kurus ooii.. haha.. So, kesimpulannya marilah mencari kasut yang sesuai dan bagus untuk kesihatan. 

Footlink : Kedai Kasut Kesihatan Di Seksyen 13 Shah Alam

Kebetulan pula baru-baru ni sis dapat jemputan ke majlis pelancaran cawangan terbaru kedai kasut kesihatan Footlink yang terletak di Seksyen 13 Shah Alam. Ha, masa ni la sis nak tahu lebih lanjut pasal kasut kesihatan ni. Ye la, selama ni duk dengar orang sebut je kan. Lagipun time tu muda lagi. La ni sejak umur dah meningkat ni rasa macam kesedaran untuk menjaga kesihatan tu dah makin menebal. Risau wei..

Footlink : Kedai Kasut Kesihatan Di Seksyen 13 Shah Alam

Sebut pasal kasut kesihatan ni mesti korang duk pikir yang kasut ni tak cantik dan hanya dipakai oleh orang-orang yang berpenyakit. Betul tak?? ha, jangan tipu ye.. sebab sis pun fikir benda yang sama. Mesti rasa malu je nak pakai kan. Rupanya sangkaan sis tu salah ye. Bila masuk je ke dalam kedai kasut kesihatan Footlink ni beratur pelbagai jenis design kasut. Rupanya di Footlink ni selain dari kasut untuk mereka yang ada penyakit, ada juga pelbagai jenis kasut untuk lelaki dan wanita. Kasut kerja, kasut sukan malah kasut untuk jalan-jalan pun ada. Cantik-cantik weiii

Footlink : Kedai Kasut Kesihatan Di Seksyen 13 Shah Alam

Footlink : Kedai Kasut Kesihatan Di Seksyen 13 Shah Alam

Footlink : Kedai Kasut Kesihatan Di Seksyen 13 Shah Alam

Footlink : Kedai Kasut Kesihatan Di Seksyen 13 Shah Alam

Walaupun kasut-kasut di Footlink ni telah dipelbagaikan designnya kepada design yang lebih modern tetapi Footlink masih mengekalkan ciri-ciri keselesaan dan juga bagus untuk penjagaan kaki. Menurut Mr Uresh Loganathan (wakil dari Footlink) setiap kasut yang dihasilkan di Footlink sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah seperti postur badan lemah, kaki leper, sakit lutut sakit tumit, bunion dan juga beberapa lagi masalah kaki. Jadi oleh sebab prihatin terhadap mereka yang mempunyai masalah ini maka Footlink menghasilkan kasut yang mempunyai ciri-ciri berikut : 

✔ Lapisan tapak berkualiti
✔ Ruang kaki yang luas
✔ Pengagihan berat badan yang seimbang
✔ Menyerap tekanan maksimum
✔ Mempunyai sistem Orthotics

Footlink : Kedai Kasut Kesihatan Di Seksyen 13 Shah Alam

Footlink : Kedai Kasut Kesihatan Di Seksyen 13 Shah Alam

Serius sis cakap, mendengar penerangan dari Mr Uresh membuatkan sis ternganga. Rupanya banyak faktor yang perlu diketahui jika kita ingin membeli kasut yang sesuai untuk kaki kita sekaligus dapat menjaga kesihatan terutama di bahagian tulang belakang. Ha, bagi perempuan jangan biasakan memakai kasut tumit tinggi untuk tempoh yang lama ye, paling lama 2-3 jam cukup. Jika pakai lama-lama, tu yang sakit di bahagian belakang atau tumit tu.

Footlink : Kedai Kasut Kesihatan Di Seksyen 13 Shah Alam

Oh ya, sebelum beli kasut kita kena tahu jenis tapak kaki kita sama ada  jenis Wide Foot (EE), Medium Foot (B) atau Narrow Foot (AA). Ini kerana setiap jenis tapak kaki perlu memilih bentuk tapak kasut yang sesuai. Sebagai contoh, kaki sis dikategorikan sebagai Medium Foot (B), jadi sis tak berapa sesuai memakai kasut yang runcing di hadapan.

Footlink : Kedai Kasut Kesihatan Di Seksyen 13 Shah Alam

Footlink : Kedai Kasut Kesihatan Di Seksyen 13 Shah Alam

So, bila dah tau jenis tapak kaki, sis pun usha la beberapa kasut yang ada di Footlink ni. Cuba punya cuba, hati terpikat dengan sepasang kasut ni. Merah?? ye sudah pasti la warna merah sebab tu warna kegemaran sis tapi itu bukan sebab utama sis pilih kasut tu. Ternyata bila disarungkan ke kaki terasa sangat selesa. Bila jalan rasa ringan dan kasut bagai melekap ke kaki. Memang selesa la. 

Footlink : Kedai Kasut Kesihatan Di Seksyen 13 Shah Alam

Kalau korang nak tahu, untuk kasut kesihatan wanita di bawah jenama Footlink semuanya bertumit rendah sahaja. Jadi bagi yang selalu atau memerlukan kasut tumit tinggi untuk kerja boleh memilih kasut dibawah jenama Fidu. Fidu ni bukan la kasut kesihatan. Ia lebih kepada mereka yang ingin bergaya dengan design kasut yang lebih elegan dan bertumit tinggi. Walaupun bukan kasut kesihatan tetapi kualiti material yang digunakan tetap sama dan berkualiti.

Footlink : Kedai Kasut Kesihatan Di Seksyen 13 Shah Alam

Ha, yang ni pula kasut dari Footlink yang direka khas untuk mereka yang mempunyai penyakit seperti diabetes dan juga gout. Perasan tak yang kasut ni lebih lebar dan mempunyai penutup boleh laras. Tujuan kasut ini dibuat sedemikian adalah untuk memudahkan penggunanya menyarungkan kasut dan melaraskan semula mengikut kesesuaian kaki. Sebagaimana yang kita tahu mereka yang mempunyai masalah ini kebiasaannya kaki mereka akan membengkak. Jadi mereka tidak akan selesa menggunakan kasut biasa. Lagipun kasut kesihatan Footlink ni mempunyai lapik dalam yang lebih tebal dan lembut. So, kalau korang ada ibu bapa yang mempunyai masalah seperti ini, bertukarlah kepada kasut kesihatan Footlink bagi keselesaan kepada mereka.

Footlink : Kedai Kasut Kesihatan Di Seksyen 13 Shah Alam

Footlink : Kedai Kasut Kesihatan Di Seksyen 13 Shah Alam

Selain dari kasut, di Footlink cawangan Seksyen 13 Shah Alam ini juga ada menjual stokin tau. Menariknya stokin di Footlink ni diperbuat dari material yang lembut dan tidak panas, mempunyai pad di bahagian bawah tapak kaki, tiada sambungan di bahagian jari kaki dan tiada cengkaman di bahagian betis. Ciri-ciri ini akan membuatkan si pemakai lebih selesa dan darah juga dapat mengalir dengan lancar. Selain tu ada juga stokin untuk wanita yang mempunyai ruang berasingan untuk ibu jari kaki. Ha, selesa la sikit kalau nak pakai selipar kan. Lepas tu ada juga moisturising cream dari Footlink yang dapat membantu melembapkan kulit kering terutama di bahagian siku, lutut dan tumit.

Footlink : Kedai Kasut Kesihatan Di Seksyen 13 Shah Alam

Footlink : Kedai Kasut Kesihatan Di Seksyen 13 Shah Alam

Footlink : Kedai Kasut Kesihatan Di Seksyen 13 Shah Alam

Footlink : Kedai Kasut Kesihatan Di Seksyen 13 Shah Alam

Secara keseluruhannya memang perspektif sis terhadap kasut kesihatan ni bertukar selepas datang ke majlis ni. Kira macam jatuh cinta pandang pertama la. Kebanyakan design terkini dari Footlink setanding design kasut-kasut berjenama. Jadi kenapa tidak kan. Dah la dapat kasut cantik, dapat  pula menjaga kesihatan juga. Lepas ni kurang la masalah sakit kaki. Nak travel pun senang sebab faham-faham je la kalau travel ni memang kena banyak berjalan.

Footlink : Kedai Kasut Kesihatan Di Seksyen 13 Shah Alam

Jadi kalau korang juga mencari kasut yang cantik dan sesuai untuk aktiviti harian boleh la datang ke Footlink cawangan Seksyen 13 Shah Alam ni. Sis galakkan korang datang sendiri ke kedai untuk memilih dan mencuba sendiri kasut-kasut yang ada di sini. Jangan sesekali beli secara online ye sebab takut tak sesuai dengan kaki. Jangan risau, di Footlink ni akan ada pembantu yang akan menolong korang untuk memilih kasut yanag bersesuaian dengan kaki korang. Andai kata ada ahli keluarga yang mempunyai masalah kencing manis (diabetes) atau gout, inilah masanya untuk hadiahkan kasut Footlink yang selesa kepada mereka.

Footlink : Kedai Kasut Kesihatan Di Seksyen 13 Shah Alam

Yesszaaa, sebut pasal hadiah, ha sis pun nak bagi hadiah kepada korang semua sebagai tanda penghargaan kepada korang yang membaca entri ni sampai habis. Jika korang berminat nak beli kasut di Footlink cawangan Seksyen 13 Shah Alam, sila gunakan kod BLOG DIK BEE atau tunjuk aje entri ni semasa pembelian. Nanti korang akan mendapat hadiah istimewa dari Footlink. Promosi ni hanya di Footlink Cawangan Seksyen 13 Shah Alam sahaja sehingga hujung tahun 2019 ni.  Ha, apa tunggu lagi. Moh la pakat pi sana sekarang. jommmm...


Alamat Kedai Footlink :
No. 86, Jalan Badminton 13/29,
Seksyen 13,
40100 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

No telefon :
011-1869 6172

Waktu Operasi :
10am - 7pm (Setiap hari)

Facebook :

Instagram :

Website :




Post a Comment

0 Comments