Persembahan Imaginatricks Di Genting Highlands Memukau Mata

15.11.19

Persembahan Imaginatricks Di Genting Highlands Memukau Mata | Assalamualaikum semua.. Sape suka tengok sarkas?? Ha, kalau suka kita boleh geng. Sis memang suka tengok sarkas ni sebab teruja tengok aksi diorang yang berani dan penuh mendebarkan. Lagipun sis kagum macam mana diorang boleh buat aksi berani macam tu. Jadi bila ke Genting Highlands, sis takkan ketinggalan untuk menonton persembahan Imaginatricks yang pasti memukau mata.

Persembahan Imaginatricks Di Genting Highlands Memukau Mata

Untuk pengetahuan semua persembahan Imaginatricks di Genting International Showroom ni merupakan persembahan yang menggabungkan sarkas, silap mata dan aksi akrobatik. Persembahan ini menampilkan para artis berbakat yang dibawa khas dari Paris. Serius sis cakap yang persembahan mereka sangat mengkagumkan. Paling mendebarkan bila seramai 7 orang dalam bentuk piramid berjalan di atas tali.. perghh, masa tu sis pulak yang rasa berdebar-debar gila. Selain dari tu ada banyak aksi lain dan ada juga aksi lucu yang berjaya mencuit hati penonton.

Persembahan Imaginatricks Di Genting Highlands Memukau Mata

Persembahan Imaginatricks Di Genting Highlands Memukau Mata

Persembahan Imaginatricks Di Genting Highlands Memukau Mata

Persembahan Imaginatricks ini akan dipersembahkan kepada penonton sehingga tahun depan iaitu 24 Mei 2020. Waktu persembahan pula adalah setiap hari pada pukul 8 malam kecuali hari Ahad iaitu pada pukul 4 petang. Jadi, memandangkan tak lama lagi musim cuti sekolah, apa kata korang bawa anak-anak menonton persembahan Imaginatricks ni. Pasti anak-anak semua teruja.

Persembahan Imaginatricks Di Genting Highlands Memukau Mata

Berikut adalah harga tiket untuk Imaginatricks. Tiket berharga RM196 (Lebih Pilihan), RM146 (PS1) dan RM96 (Galeri). Yuran pemprosesan tambahan sebanyak RM4.00 dikenakan. Ahli GRC (Genting Gewards Card) menikmati diskaun 10% standard melalui tunai, kad kredit atau penebusan Genting Points. Untuk maklumat lanjut mengenai Imaginatricks ni, korang boleh layari di :

+603 2718 1118



You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook

Sila Klik

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *