Konsert Punkrock Picnic Yoodo x The Bee Menampilkan Bunkface Dan One Buck Short

3.11.19

Konsert Punkrock Picnic Yoodo x The Bee Menampilkan Bunkface Dan One Buck Short | Assalamualaikum semua.. Lately ni sis asyik cerita pasal konsert je kan. Tapi apa salahnya sekali sekala kita support local band kita kan. Kalau bukan kita siapa lagi ye tak?? Ok, kali ni sis nak kongsikan satu lagi konsert yang bakal menggegarkan malam kita. Konsert yang sis maksudkan adalah Yoodo x The Bee Presents Punkrock Picnic yang akan diadakan di The Bee, Publika Shopping Gallery pada 29 November 2019 nanti.

Konsert Punkrock Picnic Yoodo x The Bee Menampilkan Bunkface Dan One Buck Short

Rasanya semua tahu kan dengan talian telco Yoodo yang terkenal dengan pakejnya yang flexible kan. Sebelum ni pun sis ada kongsikan mengenai Yoodo yang sesuai untuk mereka yang suka travel tapi kali ni Yoodo bekerjasama dengan The Bee sebagai lokasi acara untuk konsert yang hebat ni. Menurut Mr Chow Tuck Mun, Head Of Yoodo sangat berbangga dapat menganjurkan konsert ini sekaligus mengumumkan artis yang bakal mengadakan persembahan iaitu Bunkface dan One Buck Short.

Konsert Punkrock Picnic Yoodo x The Bee Menampilkan Bunkface Dan One Buck Short

Konsert Punkrock Picnic Yoodo x The Bee Menampilkan Bunkface Dan One Buck Short
Mr Chow Tuck Mun, Head Of Yoodo

Konsert Punkrock Picnic Yoodo x The Bee Menampilkan Bunkface Dan One Buck Short
Mr Rahul Kukreja, Brand Partnerships & Talent Bookings Of The Bee

Wah, siapa yang tak kenal kumpulan Bunkface kan. Sebuah kumpulan muzik punk rock Malaysia yang terdiri Sam, Pa'an dan juga Youk. Sis suka dengar lagu-lagu mereka yang hits seperti "Situasi", "Silly Lily" dan juga "Suara". Sis pasti peminat Bunkface mesti lebih teruja kan nak tengok artis kesayangan mereka ni beraksi. Lagipun rasanya dah lama mereka tak beraksi di pentas kan. Mesti gempak..

Konsert Punkrock Picnic Yoodo x The Bee Menampilkan Bunkface Dan One Buck Short
Sam dari Kumpulan Bunkface

Untuk memeriahkan lagi malam konsert, satu lagi kumpulan muzik punk rock yang pernah popular masa zaman 2000an iaitu kumpulan One Buck Short akan beraksi. Fuhh.. lama tak dengar kemunculan kumpulan ni. Dulu lagu mereka pernah hits di corong-corong radio seperti "Fast Time" dan juga "Kelibat Korupsi". Pastinya kemunculan One Buck Shot pada malam tersebut akan mengubat rindu para peminatnya.

Konsert Punkrock Picnic Yoodo x The Bee Menampilkan Bunkface Dan One Buck Short
Izal dari Kumpulan One Buck Short

Ha, duk cerita pasal konsert je mesti semua nak tahu berapa harga tiket kan. Ha, ni sis senaraikan harga tiket untuk rujukan semua :

Harga Tiket Yoodo x The Bee Presents Punkrock Picnic

Special Early Bird - RM38 per tiket
Advanced Sales - RM58 per ticket
Door Sales - RM78 per tiket
*All ticket prices exclude extra ticketing fees

Konsert Punkrock Picnic Yoodo x The Bee Menampilkan Bunkface Dan One Buck Short

Wahh.. murahkan harga tiketnya. Nak lagi best?? Ya, Yoodo selaku penganjur turut mengumumkan tawaran diskaun 10% kepada 100 orang pelanggan Yoodo (first come first serve). Selain tu pada malam konsert juga para Yoodoers akan mendapat limited edition Yoodo T-shirt. Bestnyaaaa.. dah la tiket murah, dapat t-shirt limited edition lagi. Mesti havoc kannn.

Kalau korang nak tahu Yoodo ni memang selalu support local band dan turut menjadi salah satu penaja untuk 2019 TAPAUfest pada 26 Oktober 2019. Yoodo menjadi Official Digital Telco untuk budaya muzik indie dan juga apa-apa showcase untuk para artis muzik indie tempatan seperti BTSWT, Midnight Fusic, Iqbal M, Airliftz, Milo Dinosaur dan banyak lagi.

Konsert Punkrock Picnic Yoodo x The Bee Menampilkan Bunkface Dan One Buck Short

Seronok kan bila tengok ramai yang dah mula menerima konsep konsert punkrock picnic macam ni. So, tahniah kepada Yoodo yang sudi menganjurkan konsert sebegini. Kalau ikutkan konsep muzik sebegini mempunyai ramai peminat mereka yang tersendiri. Jadi ini lah masanya mereka ingin melihat artis kesayangan mereka beraksi kan.. Jadi jangan lupa beli tiket dan datang ke konsert tu nanti..

Konsert Punkrock Picnic Yoodo x The Bee Menampilkan Bunkface Dan One Buck Short

Untuk pembelian tiket Yoodo x The Bee Presents Punkrock Picnic boleh didapati di :



You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook

Sila Klik

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *