Spesifikasi Vivo V17 Dengan Harga RM1,699

Spesifikasi Vivo V17 Dengan Harga RM1,699 | Assalamualaikum semua.. Rasanya macam baru je lagi sis kongsi mengenai kehadiran telefon Vivo V17 Pro kan. Tapi kali ni sis nak kongsikan mengenai Vivo V17 pula. Baru dilancarkan pada 17 Disember 2019 yang lepas, pastinya Vivo V17 menjadi pilihan buat mereka yang suka mengambil gambar menggunakan telefon. Kenapa sis cakap macam tu? Ha, sebab sis sendiri dah belek-belek spesifikasi Vivo V17 ni.

Spesifikasi Vivo V17 Dengan Harga RM1,699

Pertama kali pegang telefon ni dah membuatkan sis terpikat. Ini kerana saiznya yang tak terlalu besar dan juga ringan. Kiranya just nice bila berada di genggaman tangan sis. Ditambah pula design screennya yang sedap mata memandang lagi la buat sis rasa teruja. Ya, Vivo V17 direkabentuk dengan inovasi Super AMOLED Ultra O Screen Design menjadikan ia sebagai paparan permukaan paling slim untuk sesebuah telefon. Bagi keluasan screen pula ia hadir dengan 6.44 inch FHD+ bagi membolehkan kita merasai kepuasan bila menatap screen telefon ni. Ha.. gichuuu.

Spesifikasi Vivo V17 Dengan Harga RM1,699

Tiap kali kalau telefon model baru keluar, benda pertama yang sis nak tahu pastinya kamera dia. Bagi orang lain sis tak tau la pulak kan tapi kamera memang menjadi faktor utama untuk sis. So, Vivo V17 ni bagi sis dah menepati citarasa sebab ia mempunyai kamera belakang 48MP sebagai main camera, 8MP super wide-angle camera, 2MP macro camera dan 2MP bokeh camera yang disusun secara sebaris dan dilengkapi dengan AI algorithms. Semua gabungan kamera ni mampu menjadikan gambar yang terhasil superb especially untuk gambar panorama sebab ada fungsi super wide-angle.

Spesifikasi Vivo V17 Dengan Harga RM1,699

Spesifikasi Vivo V17 Dengan Harga RM1,699

Kalau untuk kamera depan pula Vivo V17 dilengkapi dengan 32MP kamera selfie yang mampu menangkap gambar selfie yang cerah walaupun di tempat yang kurang cahaya. Terkejut juga sis bila cuba selfie di tempat gelap tapi hasilnya gambar jelas dan yang penting muka pun flawless ye. Lagi satu tak bosan nak selfie sebab ada fungsi AR sticker. Ha, tengok la macam-macam ragam ada especially bila wefie ramai-ramai.

Spesifikasi Vivo V17 Dengan Harga RM1,699

Spesifikasi Vivo V17 Dengan Harga RM1,699

Selepas kamera, benda kedua yang sis tengok adalah kapasiti RAM dan juga storage. Memandangkan sis ni memang kerap ambil gambar guna telefon dan juga buat kerja sambilan jadi sis memang memerlukan storage yang besar bagi membolehkan sis membuat kerja dengan lancar tanpa sebarang lag atau hang. Jadi sesuai sangat la dengan Vivo V17 ni sebab ia hadir dengan 8GB RAM dan 256GB ROM. Wow, besar tu. Berkali ganda dengan kapisiti telefon sis yang sedia ada ni. Oh ya, Vivo V17 menggunakan chipset Qualcomm Snapdragon 675 AIE octa-core processor tau.

Spesifikasi Vivo V17 Dengan Harga RM1,699

Spesifikasi Vivo V17 Dengan Harga RM1,699

Seterusnya fungsi yang sis ambil kira adalah kapasiti bateri. Ahaaa, ni pun antara faktor penting bagi sis. Yela dah la sis ni sejenis heavy users, bila bateri habis mau kemurungan. Takkan sentiasa nak bergantung pada powerbank kan. Mujur la Vivo V17 mempunyai kapasiti bateri yang besar iaitu 4500mAh serta Dual-Engine Fast Charging Technology yang membolehkan kita charge telefon dengan pantas dan tahan lama. So, kalau yang kaki gamers pun takde la risau kan kalau nak ngadap game lama-lama.

Spesifikasi Vivo V17 Dengan Harga RM1,699

Sebenarnya ada banyak lagi fungsi yang lain ada pada Vivo V17 ni. Tapi kalau nak best kena la beli dulu kan. Vivo V17 akan mula dipasarkan di Malaysia pada 21 Disember 2019 dengan harga RM1,699. Serius sis cakap bagi mereka yang memang selalu mengadap telefon sangat berbaloi jika memiliki Vivo V17 ni. Spesifikasi tinggi, kapasiti besar, mudah kerja.. hehe




Post a Comment

0 Comments