Le French Festival Kembali Pada Tahun 2020 Dengan Edisi Ke-19

2/29/2020

Le French Festival Kembali Pada Tahun 2020 Dengan Edisi Ke-19 | Assalamualaikum semua... Walaupun sis tak pandai berbahasa Perancis tapi sis suka dengar loghat mereka bila bercakap. Dulu-dulu ada juga berhajat nak belajar sebab berangan nak ke sana tapi tak kesampaian pulak. Jadi sebagai mengubat rasa hati, kite pergi ke Le French Festival je la. Sape yang tak tau festival apa ni, dulu pun sis dah ada kongsikan entri mengenai festival ni pada tahun lepas. Moh le throwback sket :


Le French Festival Kembali Pada Tahun 2020 Dengan Edisi Ke-19

Untuk tahun 2020 ini sekali lagi acara tahunan Le French Festival (LFF) ini kembali dengan Edisi ke-19. Walaupun diadakan setiap tahun tapi bagi sis tak bosan sebab memang sis sejenis yang teruja dengan kebudayaan Perancis ni especially tayangan filem mereka. Best tau layan filem-filem mereka ni. Walaupun tak faham bahasa French tapi jangan risau, harus la ada subtitle english kan.

Le French Festival Kembali Pada Tahun 2020 Dengan Edisi Ke-19

Kali ni sis menonton filem Selfie arahan Eric LARTIGAU. Berdurasi 108 minit, filem komedi ini mengisahkan mengenai dunia internet pada masa kini dan kesannya kepada masyarakat. Macam-macam elemen yang ditunjukkan dalam filem ni seperti Algorithms, technophobics, dating App addicts, vloggers, cloud security breach dan macam-macam lagi. Ha, nampak tak kenapa sis suka filem ni, sebabnya sis pun sebahagian dari warganet juga kan. Kira macam kena kat batang hidung jugak la.. hikhikkk

Le French Festival Kembali Pada Tahun 2020 Dengan Edisi Ke-19

Selain dari tayangan filem, pastinya tahun ni acara yang akan dibawa dalam Le French Festival kali ini lebih menarik dan turut menyajikan persembahan dan budaya Perancis melalui beberapa segmen seperti pameran pameran seni,persembahan muzik dan teater, masakan dan sebagainya kepada rakyat Malaysia. So, korang boleh la pilih mana satu yang korang berminat nak join kan. Berikut sis senaraikan antara acara yang menarik untuk tahun 2020 ni :

Untuk edisi kali ini, LFF 2020 akan menampilkan beberapa trend dan hiburan terbaharu dari Perancis, termasuk:

Festival filem Perancis terbesar di Malaysia dengan 16 filem Perancis pemenang anugerah (beserta sarikata dalam Bahasa Inggeris)
Pemuzik-pemuzik dari pelbagai ras yang mempersembahkan muzik Perancis
Pertunjukan teater secara langsung
Acara Art de Vivre termasuk bengkel pembuatan roti, sesi merasa makanan dan minuman, kelas memasak dan banyak lagi!

Di samping itu, beberapa soroton menarik yang boleh ikuti sepanjang festival LFF 2020 ini, termasuk:

The Malaysian Premiere of ‘Solstice Lunaire’” – Terokai seni alat muzik hap bersama Maia Darmé, seorang pemuzik hap klasik tersohor berbangsa Perancis serta ensemble tali terkemuka Malaysia, Kamerata. Konsert ini akan menampilkan sebuah ciptaan istimewa untuk persembahan ini, iaitu harp concerto ‘Solstice Lunaire’, yang akan diarah di bawah komposer dari Colombia, Carlos Mejia yang menulis didedikasi kepada Darmé.
Gasp by Company Circoncentrique” – Sebuah pertunjukan sarkis menarik bertaraf dunia yang telah berjaya menampilkan persembahan penuh jenaka, pintar dan hebat untuk seisi keluarga.
Roger Kasparian – The Eyes of the Sixties” – Pelancaran pameran utama dunia yang akan memperagakan gambar-gambar jurugambar terkenal Perancis era 1960-an, Roger Kasparian membuat kali pertamanya. Beliau juga turut serta dalam pameran ini. Tokoh-tokoh yang anda kenali seperti The Beatles, the Rolling Stones, Edith Piaf dan Serge Gainsbourg boleh dilihat di pameran ini.
Bengkel pembuatan roti – Pelajari cara membuat roti mengikut gaya Perancis daripada pakar pembakar roti Master Bakers of PAUL, selaku duta seni art de vivre Perancis.

Le French Festival Kembali Pada Tahun 2020 Dengan Edisi Ke-19

Selain itu, LFF 2020 juga menampilkan jurumasak selebriti terkemuka Malaysia, Anis Nabilah yang akan menjadi tetamu kehormat dan ‘Friend of the Festival’ (Rakan Festival) di atas sokongan dan minat berterusan beliau terhadap gaya kehidupan Perancis. Menurut beliau, masakan dan budaya Perancis telah banyak mengasah kepakarannya sehingga menjadi jurumasak terkenal.

“Jiwa saya amat dekat dengan Perancis kerana kecintaan dan pesona masakannya.
Rakyat Malaysia dan Perancis sama-sama mencintai makanan kerana makanan ialah
sebahagian daripada budaya yang bersama kita raikan. Saya amat teruja dan berbangga
untuk meraikan budaya Perancis pada Le French Festival tahun ini di Malaysia. Ini adalah
satu penghargaan kepada saya boleh jadi dinamakan sebagai
‘Friend of Le French Festival 2020'
~ Anis Nabilah, jurumasak selebriti terkemuka Malaysia ~

Bagi Jacques Bounin, pengarah Alliance Française Kuala Lumpur pula berkata:

“Untuk edisi Le French Festival kali ini, kami amat teruja untuk membawa ramai orang
ke satu pengembaraan seni Perancis sebenar – menerokai muzik dan masa yang boleh
melangkaui imaginasi seseorang. Beserta semua rakan kerjasama, kami amat pasti bahawa
melalui festival ini, budaya Perancis mendapat penghargaan daripada kalangan
rakyat Malaysia pada tahap yang lebih tinggi. 16 filem pilihan terkini bakal membawa
penonton menelusuri kepelbagaian ciptaan Perancis dalam semua genre, dari Norway ke 
Kyrgyzstan, dan hentian di Venice, Tunis dan semestinya di Perancis.”

Le French Festival Kembali Pada Tahun 2020 Dengan Edisi Ke-19

So, sape sape yang nak merasai kehangatan Le French Festival 2020 boleh la datang berkunjung ke festival ini yang akan berlangsung dari 19 Mac sehingga 26 April 2020 di beberapa lokasi seperti berikut:
Kuala Lumpur : 19 Mac – 5 April
Penang : 9 April – 19 April
Johor Bahru : 16 April – 19 April
Kota Kinabalu : 23 April – 26 April

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang www.lefrenchfestival.com.my



You Might Also Like

13 Comments

  1. Waa best betul bila ada Le French Festival nii! Qeela mmg addicted dgn European and anything about French, segala movie, culture, foodie, lagu, art semua Qeela suka dekatkan diri hehe.

    ReplyDelete
  2. Pernah rasanya dapat event ni dulu dulu tapi tak sempat nak g...satu festival yg menarik bagi mereka yg suka bahasa Perancis.

    ReplyDelete
  3. Tengok poster film Selfie tu pun nampak menarik, kalau boleh nak tonton jugak. Just nak attend festival tu pun fikir banyak kali dengan keadaan sekarang. Tapi kalau masing-masing menjaga adab dan kebersihan diri rasa tak ada masalah pun nak datang event yang macam ni.

    ReplyDelete
  4. Syok ni dpt bljr bhasa perancis tgk budaya dia.. Bgusla dibuat program mcm ni. Ptut kne buat utk yg lain juga. .hehe

    ReplyDelete
  5. International screening macam ni menang best. Saya suka bila GSC setiap tahun akan buat macam ni dari pelbagai negara. Nanti nak tengok movie yang mereka siarkan. hehe

    ReplyDelete
  6. yeay tak sabar nak pegi nanti utk yg KL tu.. sbb kita mmg suka tgk french film... makanan dia tak payah cakap la..mmg sukaaaa...hihih

    ReplyDelete
  7. Movie selfie tu nampak best je. Selain menonton movie tu, kita boleh juga kenal dengan budaya dan muzik orang Perancis dengan lebih dekat.

    ReplyDelete
  8. This is so interesting... yang paling mencuit hati saya adalah tajuk filem tu... Selfie gitu... terus saya cari berkenaan filem tu di portal-portal online... hehehehe... saya turut meminati Anis Nabillah... nampak bersahaja je setiap kali beliau mengacarakan rancangan masakannya... nevertheless, all the best to the entire crew ya... hopefully, dalam kita mengharungi COVID-19 ni, may all precaution measures are being taken care of ya...

    ReplyDelete
  9. banyak jugak aktiviti menarik. yg paling saya suka bila nak tonton filem2 french tu. :)

    ReplyDelete
  10. Macam menarik je cite selfie tu kan..rugi rasanya tak dpt join hari tu. Bagus ada festival mcm ni..sekurangnya kita tahu budaya mereka mcm mana

    ReplyDelete
  11. Macam menarik pulak..Tour di Johor tu kalau keadaan reda covid19 ni bolehlah pergi...
    siap ada gak ek filem selfie, mesti dalam filem tu banyak selfie kan, menarik sungguh ni..

    ReplyDelete
  12. Tahun ni tak berkesempatan nak tengok. Ingat last year tengok cte french ni best gak hehe walau bahasa dia agak asing utk kte

    ReplyDelete
  13. Wahhhh le french festival kini kembali lagi. Last year was awesome. Tahun nie xsempat pergi lagi. Skrg rasanya dh tutup semua cinema

    ReplyDelete

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *

Like My Facebook Page

Follow My Social Media

Subscribe