Collara Super Whitening Booster Dari Mylara Skincare

5/14/2020

Collara Super Whitening Booster Dari Mylara Skincare | Assalamualaikum semua.. Bila baca tajuk mesti korang semua dah boleh agak kan apa sis nak share hari ni. Ye, entri kali ni sis nak kongsikan berkenaan satu produk yang bagi sis mempunyai khasiat yang sangat bagus dan menampakkan kesan seawal 9 hari tau. Ini bukan sekadar review ataupun omong kosong ye tapi kenyataan sebab sis sendiri dah guna produk ni iaitu Collara Super Whitening Booster dari Mylara Skincare.

Collara Super Whitening Booster Dari Mylara Skincare

Alkisahnya masa awal2 PKP dulu biasa lah, banyak sangat masa terluang jadi sis pun selalu la membelek sosial media sis. Belek punya belek, asyik lalu je kisah perkongsian rakan-rakan mengenai produk Mylara Skincare. Sis pun pelik la, apesal ramai sangat yang kongsi pasal produk mereka ni. Atas sebab rasa ingin tahu yang kuat, maka sis pun usha info lanjut mengenai Mylara Skincare serta apa produk mereka dan akhirnya sis pun terjebak. Ha, nampak tak betapa kuatnya pengaruh kengkawan ni tapi serius wei, bila baca perkongsian mereka terasa macam nak cuba juga.

Collara Super Whitening Booster Dari Mylara Skincare

Sedikit Info Mengenai MYLARA Skincare

"MYLARA Skincare adalah rangkaian produk yang khas dan profesional diformulasikan agar kulit kekal sihat dan segar. Kombinasi unik dari ramuan berasaskan tumbuhan, Mylara sesuai untuk semua jenis kulit, menjadikannya selamat untuk digunakan bagi mereka yang berusia dari usia 14 hingga 60 tahun."

"MYLARA Skincare dihasilkan dengan selamat di kilang yang diperakui GMP dengan ramuan eksklusif yang dirumuskan secara klinikal untuk keberkesanannya dan juga keselamatan mengikut garis panduan GMP. Produk mereka juga bebas dari ujian haiwan."

Kalau korang nak tahu, Mylara ni ada mengeluarkan pelbagai produk merawat masalah kulit dari luaran dan juga dalaman. Menjanjikan kulit menjadi putih glowing selepas penggunaan Mylara Skincare pasti membuatkan semua orang teruja tambahan pula bila tengok ramai penggunanya telah berjaya mencapai kulit yang diidamkan. So, macam mana la sis tak tergoda weiii... Sis pun nak juga kulit putih mulus bak kulit telur.

Collara Super Whitening Booster Dari Mylara Skincare

Jadi sebagai permulaan, sis dapatkan Collara Super Whitening Booster dari Mylara Skincare untuk tengok sejauh mana keberkesanan produk ni. Lagipun Collara ni merupakan suppliment yang mempunyai pelbagai khasiat malah dengan pengambilan Collara sahaja mampu mengatasi pelbagai masalah kesihatan dari dalaman. Antara khasiat Collara adalah :

πŸ“Œ Mencerahkan kulit 97x ganda lebih power
πŸ“Œ Menjadikan kulit 1 badan cerah kemerah jambuan
πŸ“Œ Menaikkan seri wajah
πŸ“Œ Mengurangkan jerawat & jeragat
πŸ“Œ Merawat parut jerawat & parut bekas luka/operate
πŸ“Œ Mengurangkan sunburn/kulit kering/kulit kusam
πŸ“Œ Membesar & menganjalkan payudara & punggung
πŸ“Œ Mengetatkan otot2 wanita
πŸ“Œ Merawat keputihan
πŸ“Œ Atasi masalah senggugut, period tak teratur
πŸ“Œ Mengetatkan otot vagina
πŸ“Œ Menghilangkan bau badan
.
Wow, hebat tak Collara Super Whitening Booster Dari Mylara Skincare ni?? Mesti korang pun tak percaya kan. Ha, sama la macam sis. Memang pada mulanya rasa macam betul ke Collara ni boleh bagi semua kebaikan dan khasiat yang banyak macam tu. Tapi selepas tengok bahan kandungannya terus sis terdetik "No wonder la banyak khasiatnya. Bahan kandungan dalam Collara ni pun bagus". Nak tau apa bahan kandungan Collara?? nah sis kongsikan :

1) Daun Sirih
- Mengatasi masalah angin dan lesu
- Merawat Keputihan dan masalah badan/vagina berbau
- Membantu membina kembali rahim dan sistem peranakan yang sihat
- Merawat masalah jerawat dan kulit berminyak

2) Pueraria Mirifica
- Agen semulajadi pembesaran dan menganjalkan payudara
- Mengatasi masalah senggugut dan haid tidak teratur
- Menjadikan kulit lebih anjal, cerah dan gebu
- Memberi kecergasan dan tenaga

3) Susu Kambing
- Lebih mudah dihadam dan diserap berbanding susu lembu
- Meningkatkan sistem imuniti badan
- Mengurangkan berat badan
- Menyeimbangkan mineral tubuh dan menguatkan tulang

4) Mixed Berries
- Gabungan pelbagai antioksida untuk pencerahan maksimal
- Memberi rasa yang lazat dan tidak jemu
- Turut berfungsi sebagai anti-cancer

5) Nano hydrolyzed Collagen
- Molekul nano memaksimalkan penyerapan collagen dalam badan
- Molekul nano hydrolyzed collagen lebih efektif diserap dalam salur darah kerana ikatan protein yang lebih pendek
- Sangat bermanfaat untuk kulit, tulang, sendi, rambut dan kuku.

Collara Super Whitening Booster Dari Mylara Skincare

So, bila dah dapat je terus sis consume setiap hari. Setakat ni memang tak pernah failed lagi pengambilan setiap hari sebab rasa dia sedap weiii. Collara ni berbentuk serbuk pekat dan boleh dibeli dalam botol seberat 90g. Rasanya yang masam-masam manis macam makan buah anggur. Kalau nak telan habis sebotol pun boleh tapi karang ada pulak tercekik. hahaha.. Sabar, walaupun sedap tapi setiap benda ada peraturannya. Macam Collara ni pun sama. Ada peraturan untuk pengambilannya.

Collara Super Whitening Booster Dari Mylara Skincare

Cara pengambilan Collara Super Whitening Booster

Ambil 1 sudu Collara dan kemam hingga serbuk cair dalam mulut.
Amalkan Collara setiap pagi sebelum sarapan dan setelah makan malam sebelum tidur
Untuk kesan maksimal : ambil 4 sudu setiap hari dan minum banyak air

Tapi memandangkan sekarang ni bulan puasa maka sis tukar sedikit waktu pengambilan Collara iaitu 2 sudu sebelum sahur dan 2 sudu selepas waktu berbuka. Jadi di antara waktu berbuka dengan sahur tu memang sis akan minum banyak air sampai bawa bekal air kosong masuk dalam bilik sebab siang kan puasa.


Testimoni Collara Super Whitening Booster Dari Mylara Skincare

Setakat ni dah lebih 9 hari dah sis amalkan Collara Super Whitening Booster Dari Mylara Skincare ni. Mesti korang nak tau apa kesan yang sis rasa kan. Ha, percaya tak kalau sis cakap seawal 9 hari pun dah nampak kesan pengambilan Collara dari Mylara ni. Ye betul weii, kulit sis dah semakin lembut tau. Bab cerah tu masih belum nampak lagi sebab kulit sis memang putih, so maybe kena habis sebotol kot baru boleh jadi putih melepak. Takpe, sabar itu indah kan.

Collara Super Whitening Booster Dari Mylara Skincare

Ha, part ni best. Kebetulan masa hari ke 6 sis consume Collara, sis datang period. Ehem, maka cuti la puasa ye tapi bukan tu sis nak kongsikan tapi period kali ni sis takde rasa sakit perut or senggugut pun. Selalu ada juga rasa perut kejang atau biasa kita sebut perut krem tapi kali ni takde. Pelik juga tapi sis ada tanya wakil Mylara berkenaan hal ni. Katanya ya, memang tu salah satu kelebihan Collara ni. Ia boleh diconsume pada waktu period dan salah satu manfaat dia adalah untuk redakan sakit senggugut. Wahhh, bestkannnn.

Collara Super Whitening Booster Dari Mylara Skincare

Ok, ni lagi satu nak share dengan korang. Selalu kalau period ni mesti muka sis akan naik seketul dua jerawat. Kalau ikutkan memang sis takde masalah jerawat cuma time period je dia gatai pi keluar. Tapi untuk period kali ni takde pulak dia muncul. Hurm, adakah kebetulan atau disebabkan Collara?? Tapi apapun sis is soooo happy. Walaupun baru lebih seminggu consume Collara dah nampak sesuatu yang positif. Ni yang membuatkan sis tak sabar nak habiskan sebotol.

Collara Super Whitening Booster Dari Mylara Skincare

Jadi, secara kesimpulannya inilah testimoni sis sendiri terhadap Collara Super Whitening Booster Dari Mylara Skincare. Lain orang mungkin lain kesannya sebab bergantung kepada badan masing-masing. Tapi kalau korang ada apa-apa masalah kesihatan dalaman atau luaran boleh la rujuk link di bawah ni kerana pihak Mylara banyak memberi info-info bermanfaat mengenai kesihatan dan kecantikan. Kalau nak rujuk harga pun boleh sebab skarang ada promosi untuk raya tau. Jadi apa tunggu lagi, jom cantik bersama Mylara Skincare... adiosss







You Might Also Like

15 Comments

  1. ramai nmpknye yg share produk dr Mylara Skincare...kalau sesuai ngan skin okla..kdg2 nk try sesuatu produk ni riso dgn skin yg sensitif

    ReplyDelete
  2. Tak pernah dgr brand mylara ni.. Produk lokal ke International ye. Hmm nnt kita usha tgk.. Menarik juga..

    ReplyDelete
  3. Menarik juga produk Collara ni. Pernah dengar pasal produk ni tapi tak tahu fungsi dia. Baca kat sini baru tau.. haaa ni yang teringin nak beli dan makan juga ni. Nak cantik luaran dan dalaman juga.

    ReplyDelete
  4. wow banyak betuk seleksi produk dari brand ni ya. Jadi kalau saya nak putih kena cuba produk ni la ya?

    ReplyDelete
  5. Makin letups la pasni sebab amalkan MyLara yang Rawlins nampak memang banyak intipati yang membantu kesihatan dan kecantikan luar dalam nie

    ReplyDelete
  6. Wow!!! 97 ganda lebih power ya... perghhhh... inilah yang saya pun dok cari-cari selama ini... tapi ada susu pulak... saya intolerant susu... huhuhuhu... ingat nak cuba... terasa tak feeling minum susu tu Dik Bee? Kalau tak rasa langsung, insyaAllah boleh cuba...

    ReplyDelete
  7. Banyak Sis baca review tentang Collara ni, bagus yaaa...bolehlah gak mencubanya nanti..patut leee berseri-seri wajah kamu yaa sejak-sejak ni...

    ReplyDelete
  8. tak pernah tau brand ni sebelum ni. makin banyak produk whitening ya. kena cek ramuan dia tu juga tau

    ReplyDelete
  9. Ada promosi raya, bagus ni utk mereka mereka yg mencari produk kecantikan terutama pelanggan MyLara

    ReplyDelete
  10. patutlah sis makin cantik... pakai ni rupanya

    ReplyDelete
  11. waah makin berseri la raya nanti siapa guna produk collara ni.

    ReplyDelete
  12. lepas pantang nanti boleh la try ni. boleh cantik2 lepas bersalin. heheh. tak pernah lagi try ni. skincare dia pun xpernah try.

    ReplyDelete
  13. Sesiapa yg masih mencari produk yg sesuai utk kulit boleh la cuba ini.

    ReplyDelete
  14. Oh jarang tengok supplement ada bentuk serbuk macam ni. Tapi tengok bahan-bahan dia pun dah nampak dan tau produk ni bagus dan berkhasiat. Tengok berry tu pulak tau mungkin rasa dia ada masam-masam sikit ye

    ReplyDelete
  15. Bagus brand ni ada set penjagaan kulit secara dalaman and luaran so get you covered.

    ReplyDelete

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *

Like My Facebook Page

Follow My Social Media

Subscribe