Kentang A.S Bantu Soh Wai Ching Bertenaga Untuk Cipta Rekod Dunia

Kentang A.S Bantu Soh Wai Ching Bertenaga Untuk Cipta Rekod Dunia | Assalamualaikum semua.. Tahniah Soh Wai Ching. Bangga bila melihat atlet negara kita mampu untuk mencipta rekod dunia. Ha, bukan calang-calang tau. Bagi sis ini membuktikan bahawa Anak Malaysia juga mampu setanding dengan dengan atlet international. Eh kejap, korang kenal ke siapa Soh Wai Ching ni? Bagi yang tengok berita mesti tau sebab ada berita pasal beliau baru-baru ni. Tapi bagi yang belum tahu, meh sis ceritakan siapa Soh Wai Ching dan juga rahsia di sebalik kejayaan beliau.



Soh Wai Ching merupakan seorang Juara Larian Menara Malaysia. Bukan tu je, beliau juga merupakan juara No. 1 di Asia dan No.2 di dunia. Namun baru-baru ini beliau telah membuat kejutan di mana Soh berjaya melakar satu lagi kejayaan dengan mencatatkan Rekod Dunia Guinness (Guinness World Record) baru sambil merangkul gelaran “Juara Memanjat Tangga Menegak Terhebat dalam Satu Jam (Lelaki)”  [Greatest Vertical Height Stair Climbing in One Hour (Male)], menewaskan pemegang rekod terdahulu Encik David Robles Tapia dari Sepanyol. Fuhh, hebatnya Soh Wai Ching.

Bertempat di Hotel Four Seasons, Kuala Lumpur, Soh Wai Ching berjaya memecahkan rekod dengan menaiki tangga bangunan hotel dari Tingkat Bawah ke Tingkat 66 tiga kali, ditambah satu dakian penuh dari Tingkat Bawah ke Tingkat 65 dicampur satu tingkat dengan jumlah ketinggian 1,295.95m.  Jarak yang dicatatkan ialah 1,295.95m, bersamaan 399 tingkat.  Rekod terdahulu yang dipegang oleh David Robles Tapia (Sepanyol) adalah pada jarak 1.227km, yang bersamaan dengan kira-kira 378 tingkat (3.25m setingkat – ketinggian standard setiap tingkat). Wah, macam mana la Soh Wai Ching berjaya menaiki tangga setinggi tu. Sis yang duduk rumah tingkat 5 ni pun semput bila naik tangga. Adess..



Kalau korang nak tahu, Soh Wai Ching ada berkongsi rahsia tau macam mana beliau memperolehi tenaga untuk mencipta rekod dunia ni. Rahsianya adalah melalui pengambilan kentang A.S dalam diet pemakanannya. Ya, kentang A.S. memainkan peranan penting dalam usaha beliau untuk mencatatkan rekod baharu ini.  Kentang terbukti merupakan makanan yang berkhasiat untuk diet / pemakanan yang menyokong aktiviti berprestasi tinggi, dan kejayaan Soh Wai Ching telah dipacu oleh bekalan pelbagai makanan dan minuman daripada kentang A.S. seperti 

🍴 Minuman Enduro U.S. Potato
🍴 Balutan Kentang A.S.
🍴 Rosti Protein Kentang A.S. 
🍴 Kentang Baji A.S Cajun Panggang.  




Ini adalah kali ketiga kentang A.S. digunakan dalam diet pemakanan untuk memacu pencapaian Soh  Wai Ching selepas dua larian sebelum ini, iaitu larian Menara KL dan Menara TM pada tahun lepas.

“Sebelum membuat percubaan memecahkan Rekod Dunia Guinness, saya makan pelbagai jenis sajian yang diperbuat daripada kentang A.S.  Semasa sesi latihan berlari memanjat tangga Hotel Four Seasons, saya selalu minum Minuman Enduro Kentang A.S. pada waktu makan tengah hari.  Dalam percubaan memecah GWR, saya meneguk minuman kentang A.S. sewaktu turun dari Tingkat 65 ke Tingkat Bawah sebelum meneruskan dakian seterusnya kerana minuman tersebut memberikan tenaga untuk meningkatkan prestasi,”

 - Soh Wai Ching -


Wah, bagus kan kentang A.S ni. Bukan tu je, Kentang A.S. juga merupakan makanan semula jadi yang sihat, berkhasiat dan memberi tenaga. Kentang kaya dengan nutrien yang mudah dihadamkan, melebihi kebanyakan sayuran lain yang menjadi kegemaran ramai.  Sebiji kentang saiz sederhana (148 gm) dengan kulitnya membekalkan 110 kalori tenaga.  Kentang sememangnya pilihan yang baik untuk memenuhi keperluan ahli sukan dalam pelbagai acara sukan.  

Yes, kita juga boleh memanfaatkan nutrien berkualiti dalam kentang A.S. untuk mengoptimumkan prestasi mental dan fizikal. Kentang A.S. tidak mengandungi lemak, natrium dan kolesterol, serta membekalkan karbohidrat kompleks, kalium, serat dan vitamin C yang diperlukan untuk memberikan prestasi terbaik.  Berikut adalah info mengenai kentang A.S sebagai makanan pembekal tenaga :



👉 Kentang ialah karbohidrat kompleks yang kaya dengan nutrien
Kentang mengandungi sama banyak atau lebih banyak vitamin penting dan mineral daripada spageti, beras perang atau roti gandum lengkap (perbandingan setiap hidangan). 
 Karbohidrat ialah pembekal tenaga utama untuk otak anda dan sumber tenaga penting untuk otot.
 Karbohidrat penting untuk pencapaian optimum mental dan fizikal. 
 Oleh kerana simpanan karbohidrat dalam badan kita adalah terhad dan boleh kehabisan – walaupun dalam satu sesi senaman berat dan/atau senaman berterusan – amat penting untuk menggantikan bekalannya.27
 Sebiji kentang saiz sederhana (148 gm) dengan kulitnya mengandungi 26 gram karbohidrat.

👉 Kentang mengandungi lebih banyak kalium daripada sebiji pisang saiz sederhana
 Kalium ialah elektrolit penting yang membantu fungsi otot, kardiovaskular dan sistem saraf. 
 Sebiji kentang saiz sederhana (148 gm) dengan kulitnya sekali mengandungi 620 miligram natrium. 
 Sebiji kentang saiz sederhana (148 gm) dengan kulitnya sekali membekalkan 15% DV kalium.

👉 Kentang membekalkan lebih banyak tenaga daripada mana-mana sayur popular lain 

👉 Kentang A.S. diiktiraf kerana kualitinya yang tinggi
 Ini kerana suhu penanaman yang sesuai, tanah subur, dan kepakaran pemprosesan yang diwarisi turun-temurun.  Semua faktor ini menjadikan Kentang A.S. yang terbaik di dunia.  Di samping itu, piawaian industri A.S. yang ketat serta mematuhi semua spesifikasi Pentadbiran Makanan dan Ubat dan USDA, memastikan kentang A.S. selamat dan bermutu tinggi.

Ha, nampak tak betapa bagusnya jika kita makan kentang A.S ni. Nampaknya sis pun dah jatuh cinta dengan kentang A.S ni. Sis pun nak juga sihat dan bertenaga macam atlet kita Soh Wai Ching. Walaupun tidak la sampai nak memecahkan rekod dunia tapi sekurang-kurangnya takde la sis semput nak naik tangga setinggi 5 tingkat ni. So, korang pun kena cuba kentang A.S ni tau 👍




Post a Comment

1 Comments