Hong Leong Bank Melancarkan Kempen 'Renew Together, Prosper Together' Sempena Tahun Baru Cina 2021

Hong Leong Bank Melancarkan Kempen  'Renew Together, Prosper Together' Sempena Tahun Baru Cina 2021 | Assalamualaikum semua.. Seperti mana yang kita semua dah maklum pelbagai dugaan dan cabaran yang telah kita tempuh pada tahun lepas. Ya, ramai yang terkesan dan menghadapi saat kesukaran terutamanya dari segi masalah kewangan. Namun dengan kehadiran tahun 2021 ini diharapkan rakyat Malaysia dapat menghadapi realiti dan menempuh cara hidup dalam keadaan noma baru. Ya, pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak-pihak yang terlibat termasuk la Hong Leong Bank yang menyediakan pelbagai promosi CNY yang bertujuan membantu rakyat Malaysia memulakan tahun baru dengan Ox-picious! 


Hong Leong Melancarkan Kempen  'Renew Together, Prosper Together' Sempena Tahun Baru Cina 2021

Namun setiap kejadian ada hikmahnya. Berikutan dari musibah yang melanda, dunia sekarang telah beralih kepada  transformasi digital di mana pelbagai perkhidmatan boleh dilakukan secara maya. Baru-baru ni sis sendiri telah merasai peluang untuk menghadiri majlis secara maya (virtual event) anjuran Hong Leong Bank Berhad ("HLB" atau "Bank" ). Siap ada sessi Lou Sang tau sempena sambutan Tahun Baru Cina (CNY) 2021 tak lama lagi. Walaupun hanya secara maya tapi kemeriahannya tetap dirasai. Seronok sis dapat menikmati keenakan Yee Sang bersama-sama dengan staff Hong Leong Bank dan juga rakan media yang lain.


Hong Leong Melancarkan Kempen  'Renew Together, Prosper Together' Sempena Tahun Baru Cina 2021

Hong Leong Melancarkan Kempen  'Renew Together, Prosper Together' Sempena Tahun Baru Cina 2021

Selain dari acara Lou Sang, dalam majlis ini juga pihak Hong Leong Bank telah melancarkan Kempen CNY 'Renew Together, Prosper Together' yang bertujuan untuk terus menyokong rakyat Malaysia memperbaharui atau “refresh” dan membina semula dengan lebih kukuh pada 2021 dan tahun seterusnya. Kempen CNY ini menawarkan kadar faedah yang menarik dan peluang untuk mengukuhkan wang simpanan serta rebat tunai yang lumayan apabila menggunakan e-Ang Pow melalui DuitNow.


Hong Leong Melancarkan Kempen  'Renew Together, Prosper Together' Sempena Tahun Baru Cina 2021

Berikut adalah beberapa tawaran Hong Leong Bank :

RE-ENERGIZE YOUR SAVINGS
Tawaran e-FD dalam talian:

• Pelanggan yang meletakkan FD mereka dalam talian dari 11 - 26 Feb'21 dapat menikmati 2.40% p.a. selama 6 bulan. Tertakluk kepada T&C
Tawaran Deposit:
• Deposit RM888 pada 28 Februari dapat memperoleh 10 penyertaan untuk berpeluang memenangi 20.21% p.a. 1 Day-Bonus Interest/Profit

RE-ENERGIZE YOUR FINANCES WITH ONLINE PERSONAL LOANS
• Nikmati 5% p.a. kadar faedah rata

RE-ENERGIZE YOUR FINANCIAL PLANS WITH NEW OPPORTUNITIES
Tawaran Unit Amanah
• Mulakan simpanan biasa @ caj jualan 0% (“SC”) untuk langganan pertama + 2.5% SC untuk 12 langganan seterusnya
Tawaran Insurans
• Tingkatkan perlindungan untuk anda & orang tersayang tahun ini. Daftar untuk Pelan Premium Biasa & nikmati sehingga 4% p.a. Kadar FD.
• 100 yang pertama mendaftar memenangi Set Mangkuk Swarovski dengan Sarang Burung Eu Yan Sang YEN, dengan premium tahunan minimum RM36,000.
HLISB (TIA-i) (8 Jan - 31 Mac 2021)
• Nikmati pulangan indikatif sebanyak 2.35% p.a. selama 3 bulan dan 2.40% p.a. selama 6 bulan
• Setiap RM5000 akan mendapat 1 penyertaan untuk berpeluang memenangi iPad Air

RE-ENERGIZE YOUR LIFESTYLE WITH CREDIT CARDS
• Mohon Kad Kredit baru dan dapatkan pulangan tunai RM950

RE-ENERGIZE YOUR BUSINESS WITH SME OFFERS
• Peniaga baru menikmati bayaran 0% untuk transaksi kad debit semasa mendaftar ke terminal POS all-in-one HLB
• Berpeluang memenangi hingga RM10,000 dengan menyertai pertandingan foto ‘PaySafeLah’ HLB:
  • Daftar di halaman promo kami & terima bungkusan dari kami
  • Hantarkan gambar diri anda yang mendorong pelanggan untuk pergi tanpa tunai di media sosial dengan #hlbpaysafelah #mydebitje
  • Isi borang ringkas di www.hlb.com.my/merchantphotocontest

RE-ENERGIZE YOUR CNY WITH DUITNOW/E-ANGPOW
• Lebih dari RM150k untuk direbut. 1,050 jumlah pemenang harian (RM88) dan 75x pemenang hadiah utama (RM888)
• Untuk setiap transaksi e-angpow ke-3,088 dalam sehari, 30 pelanggan akan memperoleh RM88 setiap hari dari 25 Januari hingga 28 Februari
• Untuk setiap transaksi e-angpow ke-20888 yang dilakukan dalam sehari, 5 pelanggan akan memenangi RM888 setiap hari dari 12 hingga 26 Februari

Untuk rujukan lanjut mengenai promosi ini boleh klik di sini :

Hong Leong Melancarkan Kempen  'Renew Together, Prosper Together' Sempena Tahun Baru Cina 2021

RENEW AND REFRESH WITH DATO’ JOEY YAP AND MR MONEY
Selain daripada tawaran menarik, HLB telah menjemput metafizik Cina terkenal Dato 'Joey Yap dan personaliti perancangan kewangan yang popular, Mr Money untuk berkongsi mengenai Fengshui 2021 dan tips perancangan kewangan secara live di Laman Facebook @HLBMalaysia untuk semua rakyat Malaysia pada 5 Februari 2021, 8.30 malam . Peserta juga boleh memenangi hadiah bernilai RM3,888 semasa sesi live berlangsung.

Hong Leong Melancarkan Kempen  'Renew Together, Prosper Together' Sempena Tahun Baru Cina 2021

Dalam majlis ini Mr Domenic Fuda, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif HLB berkongsi bahawa semangat untuk bersatu untuk mengatasi cabaran tahun ini lebih kental pada Tahun Baru ini. CNY, juga dikenal sebagai 'Guo Nian' dalam bahasa Cina, bermaksud mengatasi Nian, binatang yang menyebabkan kemusnahan yang tidak terkira pada malam sebelum CNY. Dikatakan bahawa sekumpulan penduduk kampung bekerjasama untuk menghalau Nian. Sejak itu, generasi ke generasi, ramai yang akan berkumpul sebelum malam CNY, untuk meraikan dengan penuh suasana meriah untuk memastikan Nian tidak kembali.

Hong Leong Melancarkan Kempen  'Renew Together, Prosper Together' Sempena Tahun Baru Cina 2021

 “Kita boleh bandingkan COVID-19 sebagai Nian zaman ini. Sejak bermulanya pandemik pada tahun lalu, ianya telah mencetuskan keadaan yang memerlukan penilaian semula mengenai bagaimana kita meneroka kemungkinan baru untuk menyokong pelanggan kami, bagaimana kita bekerjasama dan saling menyokong, dan bagaimana kita berinteraksi dan membina hubungan untuk terus beroperasi dengan berkesan. Jika tradisi CNY mempunyai satu pengajaran yang boleh disampaikan kepada kita semua,  ianya adalah bahawa kita sentiasa boleh mengatasi sebarang cabaran jika kita bersatu di dalam minda, semangat , tujuan dan tindakan.”

 "Sebagai Bank komuniti, kami akan terus berkhidmat dan membantu para pelanggan kami melalui pelan bantuan pembayaran kami serta meningkatkan kehidupan masyarakat di sekeliling kita melalui tawaran produk dan perkhidmatan yang membantu kewangan pelanggan. Lebih penting lagi, kami juga akan terus menyokong individu, PKS dan syarikat korporat yang ingin mengukuhkan masa hadapan dan perniagaan, manakala meningkatkan usaha kami dalam perbankan digital untuk memastikan bahawa pelanggan boleh  mengakses perkhidmatan perbankan kami secara lancar di mana-mana sahaja.”

Manakala Mr Charles Sik, Pengarah Urusan Perkhidmatan Kewangan Peribadi HLB pula berkongsi bahawa dengan pemulihan dan pembinaan semula merupakan fokus utama bagi ramai pelanggan dan perniagaan tahun ini. 

Hong Leong Melancarkan Kempen  'Renew Together, Prosper Together' Sempena Tahun Baru Cina 2021

"Kami berharap rakyat Malaysia akan terus maju menerusi tahun ini dengan penuh keyakinan, keazaman dan kesabaran, bermula dengan mengambil langkah proaktif untuk mengukuhkan situasi kewangan mereka.”

Untuk menonjolkan semangat Malaysia yang terus bersinar pada tahun 2021, Hong Leong Bank melancarkan video kempen yang terdiri dari gabungan animasi langsung dan animasi 2D untuk menangkap inti dari apa ertinya bersatu melawan musuh bersama, melalui 'Legend of Nian 'dalam video bertajuk Nian: The Untold Story.


Ternyata intipati majlis pada kali ini dapat menyuntik kegembiraan terutama bagi mereka yang menyambut Tahun Baru Cina. Semoga tahun 2021 memberi sinar baharu bersama Hong Leong Bank bagi memperkukuhkan lagi kewangan kita.



Post a Comment

0 Comments