Lulu Hypermarket Cawangan Ke-3 Di Setia City Mall Shah Alam

4/01/2021

Lulu Hypermarket Cawangan Ke-3 Di Setia City Mall Shah Alam | Assalamualaikum semua.. Siapa sini pernah shopping kat Lulu Hypermarket? Ha, siapa yang pernah tu mesti tau betapa bestnya shopping kat situ sebab ada pelbagai barang yang murah dan berkualiti. Tapi tu la, sis pernah pergi sekali je sebab lokasi Lulu Hypermarket agak jauh dari rumah sis. Tapi lepas je sis dengar yang Lulu Hypermarket ni buka cawangan kat Shah Alam, apa lagi. Harus la sis serbu kan.. Ahakkkss


Lagipun sis dengar sempena pembukaan Lulu Hypermarket cawangan ke-3 kat Malaysia ni Di Setia City Mall Shah Alam, mereka ada tawaran pembukaan super-duper yang buat sis teruja. Promosi yang dipanggil 'Inaugural Offers' akan berlangsung bermula 31 March hingga 4 April 2021. Oh ya, maksud 'Inaugural' ni adalah 'pembukaan' so biasa promosi pembukaan ni memang letoppss la kan. Tu yang sis sanggup terpacak seawal 10 pagi tu. Gigih kan.. hehe..


Untuk pengetahuan korang cawangan Lulu Hypermarket yang sebelum ni di Kuala Lumpur dan satu lagi di 1Shamelin. So, kiranya cawangan ke-3 ni memang bertepatan dengan kehendak pelanggan yang duduk jauh dari Kuala Lumpur. Tapi kalau secara keseluruhan Lulu Hypermarket ni dah ada 207 outlets tau.. Fuhh.. Yang lagi best, Lulu Hypermarket Setia City Mall ini benar-benar luas dengan keluasan 150 ribu kaki persegi. Susun atur pun kemas dan bersih, pendek kata memang selesa la nak shopping. Tapi harus diingat, shopping tu shopping juga. SOP tetap kena patuh ye. 


Ok, berbalik pada pasal Inaugural Offers ni memang buat sis rambang mata. Mana taknya, banyak tawaran besar ke atas pelbagai barangan seperti iPhone, TV 65 ", Milo, barangan segar, makanan panas , Roti dan lain-lain. Sis dah aim dah nak beli blender Philips sebab harganya dari RM131 jadi RM69 je. Pastu kan TV Samsung 55' smart tv pulak dari RM2,399 turun jadi RM1,699 je. Fuhhh.. Mujur la tv kat rumah elok lagi kalau tak, dah beli dah. Tapi kawan-kawan sis ramai yang beli tau sebab berbaloi sangat harga tu. Selain tu ada banyak lagi barangan elektrik dan elektronik yang dijual dengan harga yang berpatutan. 





Lepas tu sis ternampak luggage juga, murah tau. Harga luggage tu biasa RM159 jadi RM79 je. Separuh harga turun kan. Alahai, bila nampak luggage ni rindu pula nak travel. Kalau la dah boleh rentas sempadan memang sis dah beli dah. By the way, kalau ada peminat Marvel, kat sini ada koleksi beg Marvel tau. Not bad harga dia sebab ada potongan harga.



Ok, settle je bahagian luggage, sis dan kawan-kawan serbu bahagian pakaian pulak. Fuh,  rupanya dah keluar ye koleksi baju raya. So, sape yang nak cari baju raya boleh la datang sini. Kang lambat melepas nanti.. Hehe. Sis tahun ni rasanya macam nak beraya dengan tema bollywood la. Ahakks, boleh tak? Bukan apa, juling mata tengok koleksi baju-baju di Lulu Celebrate ni.. Lawa lawa weiii.. Hehe. Pastu kalau untuk pakaian biasa pun memang banyak pilihan kat Lulu Fashion Store.. Best tau.. 



Next sebelum balik baru la sis pergi bahagian barangan keperluan dapur. Memandangkan sis ni bujang so sis takde la nak topup barang basah sangat tapi sis sempat la tengok ada promosi ikan, daging dan sayur-sayur. Memang murah dan fresh tau, pilihan pun banyak. Pastu sis tengok mee kuning RM0.29 je sebungkus. Serius murah weii.. So, sesiapa yang nak beli barangan dapur, meh la sini. 





Ha, nak tau tak apa yang sis borong. Harus la maggi wak. Bak kata kawan sis "penting ni".. Haha, menu wajib kalau lapar tengah malam so stok kat rumah harus kena cukup. Tapi bila tengok harga, perghhh ni betul-betul giler ni. Bayangkan satu pek maggi cuma RM1.88 je. Apa lagi, terus ambil ikut limit per person la.. Ha, hambekk. Ni kes stok sampai raya ke? haha... selain tu ada macam-macam lagi barangan yang ada diskaun seperti coklat, biskut dan air minuman.






Fuhh, memang borong sakan la sis kali ni. Tak pernah-pernah troli sis penuh macam ni. Tu pun nasib baik ingat yang sis ni bawa Myvi je. Kalau bawa Hilux, mau banyak lagi sis borong.. Haha. Oh ya, sape yang drive datang ke sini jangan risau bab parking. Lulu Hypermarket menyediakan tempat letak kenderaan yang mencukupi dengan lebih daripada 400 tempat letak kenderaan terbuka serta terdapat tempat letak kenderaan pelbagai tingkat juga. So, don't worry ye. 


Serius memang berbaloi datang ke Lulu Hypermarket Setia City Mall sempena promosi 'Inaugural Offers' ni. Memang banyak tawaran yang diberi. Tambahan pula Lulu Hypermarket sentiasa memenuhi semua keperluan membeli-belah di dalam suasana beli-belah bertaraf antarabangsa. Nanti nak datang lagi la sebab memang best giler shopping kat Lulu Hypermarket Setia City Mall ni. Hehe

 
So guys, uols pun jangan lepaskan peluang ini untuk membeli-belah sempena promosi pembukaan Lulu Hypermarket Cawangan Ke-3 Di Setia City Mall, Shah Alam dan berjimat besar. Ingat, promosi ni berlangsung 5 hari je dari 31 March sehingga 4 April 2021. Tapi kalau tak sempat, jangan risau sebab promosi 'Ahlan Ramadan' pun ada.  Jangan kata sis tak payung ye ✌️

Untuk tengok senarai penuh promosi Inaugural Offers boleh rujuk sini :


You Might Also Like

0 Comments

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *

Like My Facebook Page

Follow My Social Media

Subscribe