15 May Cafe Konsep Korean Style Picnic Pertama Di MyTOWN KL

15 May Cafe Konsep Korean Style Picnic Pertama Di MyTOWN KL | Assalamualaikum semua.. Guyss, sis jumpa satu port lepak baru yang best dan santai. Siap boleh fefeling piknik di Seoul, Korea tau. Alkisahnya sis jenjalan dengan family sis kat satu shopping mall. Pastu kan sis lalu depan satu cafe baru dan cantik. Masa tu sis terus terfikir macam best je tempat ni. Nak dijadikan cerita, memang rezeki sis bila seminggu lepas tu sis berpeluang untuk lepak kat situ bersama kawan-kawan sis. Apa lagi, terus onnzzz la.


Nama cafe ni adalah 15 May. Korean Cafe yang terletak di dalam MyTown Shopping Centre. Tudia, dalam banyak-banyak nama, pemilik cafe ni memilih tarikh sebagai nama cafe. Mesti special kan tarikh tu. So, kami pun tanya la kenapa memilih nama 15 May? Rupanya nama ni dipilih bersempena dengan Hari Keluarga Antarabangsa yang disambut pada 15 Mei setiap tahun. Owh, sesuai sangat la tarikh ni dipilih sebagai nama cafe yang menjadi tempat untuk keluarga dan kawan-kawan berkumpul, makan-makan serta dapat mengeratkan silaturrahim.. aagichuuu..

Sedikit info mengenai 15 May dan Hari Keluarga Antarabangsa :
Pada 20 September 1993, Perhimpunan Agung PBB, menerusi resolusi A / RES / 47/237, menegaskan resolusi-resolusi yang telah ditetapkan untuk menunjukkan komitmen mereka dalam mempromosikan kemajuan sosial dan taraf hidup yang lebih baik untuk keluarga di seluruh dunia. Perhimpunan Agung mengamalkan 15 Mei sebagai Hari Antarabangsa untuk Keluarga, dengan tujuan untuk meningkatkan pemahaman mengenai isu-isu ekonomi, sosial dan demografi yang memberi kesan kepada keluarga. Matlamat hari ini adalah untuk memikirkan pentingnya bahawa masyarakat antarabangsa sesuai dengan keluarga sebagai unit asas masyarakat, dan juga menyuarakan kebimbangan mengenai keadaan semasa dari unit keluarga di seluruh dunia.


Ahaa, nama cafe dah tau. Mesti korang nak tau apa yang best mengenai cafe ni kan. Ok memandangkan sis dah lepak kat sini, meh sis kongsikan dengan korang mengenai keunikan 15 May Korean Cafe yang berkonsepkan Korean Style Picnic yang pertama di Malaysia.


1) Konsep Korean Style Picnic Cafe Yang Pertama Di Dalam Shopping Mall

Bila sebut je pasal piknik (picnic) mesti semua terbayang lokasi seperti tepi pantai dan taman bunga. Tapi cuaca sekarang ni tak menentu. Tengah syok-syok bentang tikar alih-alih hujan, mau spoil mood kan. Ha, pernah tak terfikir nak piknik di dalam shopping mall?? Yesss, sekarang kita dah boleh piknik di dalam mall tau. Dengan menggunakan tagline 'Picnic Experience At Seoul', 15May. Korean Cafe ni menampilkan konsep Korean Style Picnic. Almaklum la nak ke Korea lamberttt lagi so boleh la amik aura fefeling piknik di Seoul kan. Yang penting dah tak payah nak berhujan berpanas bagai. Siap ada air-cond lagi.. hehe.




2) Dekorasi Yang Cantik Dan Instagrammable Cafe Di KL

Bila melangkah masuk je ke dalam cafe, mata sis terus terpukau dengan dekorasi ala-ala taman di dalam cafe. Selayaknya 15May. Korean Cafe ni menjadi salah satu pilihan Instagrammable Cafe Di KL. Susunan payung dan juga meja kayu memang menaikkan mood piknik. Di dinding pula tersusun topi pantai dan beg-beg untuk bersantai. Siap ada buaian rotan tau. Memang sesuai la dengan konsep cafe ala-ala piknik di Seoul gitu. Sangat cozy, selesa dan boleh memenuhi kapasiti sehingga 50 orang dalam satu masa. Apa yang menariknya setiap sudut mempunyai aura piknik yang berbeza dan supaya pelanggan tidak merasa bosan especially bagi yang suka bergambar. Ada banyak port dan angle yang menarik untuk OOTD dan Instaworthy. Jujur sis cakap sekali datang rasa tak puas. Nampaknya kena repeat lagi ni & lepas ni boleh la plan nak pakai baju apa untuk OOTD.. ahakkksss..




3) Pelbagai Pilihan Menu Makanan Korea Di 15May. Cafe

Kalau dah namanya Korean Picnic Style, harus la makanannya pun kena ikut konsep juga kan. Ada pelbagai pilihan menu makanan korea di 15 May Cafe yang sesuai dengan tema piknik. Berikut sis kongsikan antara menu makanan Korea yang sis dah cuba. Bagi hidangan utama boleh order Set Meals yang akan dihidangkan dengan side dishes iaitu Pickled Radish, Kimchi dan Spicy Cucumber. Antara Set Meals adalah :

Bibimbap Beef

Kimchi Chicken Fried Rice

Pesto Chicken Pasta

Kimchi Ramen

Samyang Spicy Ramen

Bagi yang tak berapa gemar makanan Korea, boleh je pilih menu western seperti Sandwiches iaitu Sourdough atau Croissants yang agak besar portion dia. Siap dapat Pickled Radish, Kimchi dan French Fries tau. Memang kenyang la. Berikut pilihan untuk sandwiches :

Sourdough

Sourdough Pesto Chicken

Sourdough Spicy Korean Beef


Croissants

Croissants with Smoked Salmon

Croissants with Spicy Korean Beef

Selain tu kalau nak salads dan pasta pun ada juga seperti Beetroot Hummus, Smoked Salmon, Apple Basil Pasta (Cold), Chilled Tomato Pasta (Cold) dan Mac and Cheese. Untuk desserts pula boleh pilih sama ada Yoghurt in Pot atau Oreo Cookie Cheesecake in Pot. Desserts ni memang unik tau sebab sekali tengok macam pokok dalam pasu tapi boleh dimakan. Jangan makan pasunya udah lerr.. hehe. Kalau nak makan yang ringan-ringan ada banyak pilihan Snacks juga.

Mac & Cheese

Yoghurt In Pot

Oreo Cookie Cheesecake in Pot

Untuk minuman pun ada banyak pilihan dan sis memilih air 15th Milk Corn. Rasa air jagung bersusu dan sedap tau. Tapi kan kalau korang datang sis sis sarankan korang order Sparkling Lychee Rose Soda. Dihidangkan dengan gelas yang cantik, memang kena la dengan tema piknik dan bersantai. Rasa air sparkling Lychee Rose Soda ni pun just nice je, tak terlalu manis dan tak terlalu bergas. Ditambah pula air ni sejuk, memang terasa kesegaran bila meneguknya. Fuhh. nikmatnya..



4) Lokasi Strategik Di Dalam Shopping Mall

Lokasi 15May. Korean Cafe ni memang strategik tau iaitu di dalam MyTOWN Shopping Centre. Sebagai salah satu shopping mall di Kuala Lumpur, nak datang ke MyTown Shopping Centre ni pun mudah je. Bagi perkhidmatan awam boleh guna MRT (Stesen Cochrane), bas ataupun Grab. Kalau yang drive, jangan risau parking pun banyak. Pendek kata memang senang la nak datang ke 15May. Korean Cafe ni. Bila dah masuk MyTown terus je menuju ke Level 1, L1-043A, InshaAllah jumpa la cafe ni.



5) Promosi Istimewa Di 15May. Korean Cafe

Memandangkan 15 May. Korean Cafe ni baru dibuka pada Disember 2021 yang lalu, mesti ramai yang masih belum berkesempatan nak pergi. Malah rasanya masih ramai yang tak tahu lagi kewujudan port lepak best ni kan. So, special untuk uols yang dah baca entri ni, sis nak bagi Promo Code khas untuk uols semua. Sila gunakan PICNIC15D dan dapatkan diskaun sebanyak 10% dari jumlah keseluruhan bil. Hanya dengan nilai perbelanjaan minimum RM20 dalam 1 resit, korang dah boleh dapat potongan 10% diskaun. Kod ini hanya valid bermula dari 25 Januari 2022 sehingga 28 Februari 2022 sahaja.

*Tawaran ini sah dari 25 Januari - 28 Febuari 2022
*Promosi ini sah laku untuk tempoh terhad
*Pihak pengurusan mempunyai hak mutlak untuk meminda atau membatalkan promosi apabila mengikut keperluan atau difikirkan sesuai tanpa diberikan sebarang notis awal.


So, apa tunggu lagi.. Meh ajak family, kawan-kawan dan kesayangan berpiknik, bersantai dan menikmati makanan yang enak sambil merasai suasana berpiknik ala-ala di Seoul, Korea. Tak perlu bayar tambang mahal sampai ke Korea pun, datang je ke MyTown Shopping Centre KL dan cari 15 May. Korean Cafe. Kalau nak sambut anniversary ke, birthday ke atau small gathering, memang sesuai sangat di 15 May Korean Cafe ni. Tapi make sure buat tempahan dulu, nanti takde meja, susah pula kan. Jangan lupa ambil gambar banyak-banyak dan kalau share tu jangan lupa tag sis sekali.. eh, hehehe..

Untuk info lanjut boleh rujuk di :





Post a Comment

2 Comments

  1. Cafe ni anak Sis yang di Shah Alam tu suka DB, memang peberet dia, menu dia semua sedap katanya dan ada menu khasiat.. geram je kadang dia tunjuk dalam group...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhhh yeke.. Tp mmg best lepak sini. Lawaaa cafe dia. Next time kalau dia mai leh guna promo code, jimat sket. 🤗

      Delete