Discover Malaysia Dinner Buffet Di Renaissance Johor Bahru Hotel

Discover Malaysia Dinner Buffet Di Renaissance Johor Bahru Hotel | Assalamualaikum semua.. Memandangkan malam ni malam pertama kami di Renaissance Johor Bahru Hotel, rasa malas pula nak keluar. Lagipun penat drive tak hilang lagi ni. (hahaha.. alasannnn, padahal sis memang suka drive jauh. terapi tau). Sebenarnya kami nak dinner kat Cafe BLD dalam hotel ni je. Dengar kata ada Discover Malaysia Dinner Buffet yang menyajikan pelbagai menu istimewa. 


So, pukul 6pm je kami dah terpacak depan Cafe BLD.. Opppsss, awal bebenor. Lapar ke tu??? ahaha, tak la, nak ambik gambar dulu.. hehe. Masuk je dalam Cafe BLD, mata terus terpaku dekat susunan seafood. Aishh, ni yang sis lemah ni. Favourite tuuu.. Nampak semua seafood tu dah melambai-lambai dekat sis. Macam-macam ada dan semuanya segar-segar tau. Hampa sabaq sat naaaa, bagi sis ambik gambar dulu satgi baru serbu naaaa..
 

Ha, nin dia la Seafood On Ice yang menggoda sis tadi. Tapi dalam banyak-banyak tu yang paling seksi of course la oyster dia. Perghhh.. dah la segar, saiz dia besar-besar tau. Memang puas hati la datang jauh-jauh dapat makan oyster premium macam ni. Boleh ambil ikut suka hati plak tu sebab buffet kan. Tapi jangan risau, sis tak tamak. Masih ingat orang belakang. hehe.. Oh ya, oyster ni hanya ada pada hari Jumaat dan Sabtu je. Kebetulan sis datang hari Sabtu so memang dapat la makan oyster ni. Alhamdulillah.. rezeki tak salah alamat.. hehe









Selain dari Seafood On Ice ni, ada banyak lagi menu-menu lain. Ada kurma daging, lala ungkep, ayam masam manis, ikan salmon bakar dan kambing bakar dengan portugese sauce dan banyak lagi.. Aha, menu yang best dan sis suka adalah Prawn Sweet Chili Sauce sebab dia guna udang galah yang besar-besar dan segar tau. Isi dia pulak pejal dan manis. Serius memang sedap. Ha, kalau nasi pula sis suka Briyani Maqlubah Lamb. Meriah betolll nasi ni dengan taburan kacang, kismis, cili, daun bawang dia. 








Berbaloi giler makan kat sini. Tah berapa kali sis pusing tawaf bahagian buffet ni sebab nak cuba semua menu. Ada bahagian mee, sushi, salad, western, dim sum, makanan India dan vegetarian pun ada. Pendek kata macam-macam ada. So, malam tu memang kena cheat diet la. Kalau tak rugi weiii tengok semua menu yang ada. 













Bila dah abes makan, rehatkan perut sat sebelum sambung makan desserts sebab kat sini ada banyak pilihan untuk pencuci mulut tau. Ada macam-macam jenis kek, tart, jelly, pastri, malah kuih muih melayu dan bubur pun ada. Pastu ada juga buah-buahan, ais kacang dan air jus serta air panas. Ha, sis macam biasa la, penutup mesti cari air panas which is teh tarik laaa.. 







Actually apa yang sis tunjuk ni baru sikit tau. Kiranya sis share highlight menu la. Kalau nak tunjuk semua memang berjela-jela la gambar dalam blog sis sebab ada lebih kurang 400 menu tau. So, kalau korang berkelapangan berada di Johor Bahru meh la makan dinner kat sini. Berbaloi-baloi tau. Aishhh, awat la jauh bebenor. Kalau dekat sis dah repeat dah... hehe. Ha, nah info mengenai harga Discover Malaysia Dinner Buffet Di Renaissance Johor Bahru Hotel :

Lokasi :
Cafe BLD at Renaissance Johor Bahru

Harga buffet :
Bermula Julai hingga September
Dari Jam 6.30pm hingga 10pm (SETIAP HARI)

Weekdays (Ahad - Khamis) : 
- RM98nett Dewasa
- RM49nett Kanak-kanak (6 tahun - 12 tahun)

Weekend (Jumaat & Sabtu) : 
- RM138nett Dewasa
- RM69nett Kanak-kanak (6 tahun - 12 tahun)

Kanak-kanak bawah 6 tahun makan PERCUMA

35% discount for Club Renaissance Johor Bahru member
Website : www.cafebld.com 





Post a Comment

2 Comments

  1. Sedapnya hidangan tu wakkk.... Terliur LeYa tengok. Nanti dah stay JB, boleh la singgah dan makan.

    ReplyDelete
  2. Semua sedap-sedap... kalau datang makan sini memang semua menu nak di cedok hehehehe

    ReplyDelete