Jatuh Cinta Dengan DIY Sofa Dari Zinus Malaysia

Jatuh Cinta Dengan DIY Sofa Dari Zinus Malaysia | Assalamualaikum semua... Bestnya bila tengok orang shopping barang-barang deko rumah tapi sis ni duduk rumah bujang je so sangat-sangat limited nak buat sessi mendeko. Tambah pula sis duduk rumah tingkat 4 dan takde lift, memang menapak la naik tangga. Biasanya nak bawak naik barang-barang dapur pun dah semput, ni kan pulak nak bawak naik perabot. Fuhh, memang mencabar ye. Jadi hasrat nak mendeko rumah tu sis pendam je la.


Ha, ni la kisah sis sebelum ni tapi kini sis dah berpindah ke rumah baru. Walaupun masih menyewa tetapi rumah kali ni adalah landed house. Jadi hasrat untuk mendeko rumah kembali dan kali ni lebih mudah sebab dah tapi perlu nak menapak naik tangga. Jadi untuk misi ruang tamu, sis nak usha sofa yang minimalis dan mudah untuk dihandle. Maksudnya sofa yang simple tapi  elegan, yang tak berat, dan fabrik yang boleh dicuci. 


Di pasaran memang ada banyak sofa tapi dalam banyak-banyak jenama sis berkenan dengan sofa dari Zinus Malaysia. Yes, sekarang Zinus dah ada sofa tau. Actually before this sis tau yang Zinus ada jual katil sebab dah try masa pergi rumah member. Memang best katil dan tilam dari Zinus ni. So, bila dapat tau mereka ada keluarkan sofa, apa lagi terus la sis pergi ke showroom mereka di Puchong sebab nak usha dengan mata sendiri sebelum beli.


Setelah mendapat penerangan dan juga hasil cuba try test sofa kat sini, jujur sis cakap sis dah jatuh cinta dengan sofa dari Zinus sebab bagi sis sofa ni bukan sekadar sofa tapi DIY sofa yang paling mudah nak handle. Memang sesuai la untuk para gegel macam sis ni. Mana taknya, biasanya kalau beli kat tempat lain siap berteleku depan kertas instruction semata-mata nak hadamkan arahan untuk pasang tapi dengan sofa Zinus ni sangat mudah ye nak pasang. 


Bukan sekadar mudah malah kita tak perlukan apa-apa tools pun untuk pasang. Pelik?? Nooo.. inilah keistimewaan sofa Zinus. Tak perlu skrewdriver ke, penukul ke, paku ke malah allen key pun dah tak payah dah. Wow, hebat kan. Ini kerana sofa Zinus menggunakan konsep slot in dan kita hanya perlu cantumkan sahaja. Ala, macam lego tuuuu.. cepat, mudah dan dah tak perlu nak panggil superhero atau abang jiran sebelah untuk pasangkan.. ehh, tiberrr.. hehehehe...

Ha, itu cerita dari segi keistimewaan sofa Zinus yang membuatkan sis terpikat manakala dari segi design pula ada 3 pilihan iaitu :
Ada 3 jenis design (3 seater & 2 seater) iaitu :
🛋️ Josh Contemporary Upholstered Sofa - Beige
🛋️ Jackie Modern Upholstered Sofa - Soft Grey Weave
🛋️ Ricardo Designer Upholstered Sofa - Dark Grey
*warna dalam gambar mungkin sedikit berbeza disebabkan lighting*





Aish, ketiga-tiga design memang lawa-lawakan. Setiap satu design menggunakan fabrik yang berbeza serta warna yang berlainan. Oh ya, sebut pasal fabrik, sarung kusyen sofa Zinus ni ada zip dan boleh dibuka. Jadi kalau kotor boleh la nak cuci. Then di belakang kusyen tu juga ada pelekat supaya bila kita sandar, kusyen tu akan terletak helok.


Pastukan perasan tak shape kat bahagian hujung (arm rest) tu, ketiga-tiga design pun berbeza ye. So, nak pilih yang mana satu ni?? ahhh sudah, sis pun dah confuse dah. Korang boleh tolong sis pilihkan tak?? heheehe.. Tapi serius sis dah jatuh cinta dengan DIY Sofa dari Zinus Malaysia weiiii... 


By the way, sis suka la showroom Zinus ni. Dah la luas, selesa pulak tu. Paling best, dekat sini kalau korang nak apa-apa info tanya je dekat staff, mereka akan bagi penerangan dengan terperinci. So, jangan segan silu nak bertanya sebab mereka ni semuanya peramah. Lagipun kita nak beli something yang nak pakai lama kan. So, kena la cuba try test dulu sebelum beli. Baru la berbaloi-baloi kannnn...


Jadi kalau korang nak mencari sofa baru yang minimalis, elegan, cantik, praktikal dan mudah nak handle, pilih la DIY sofa dari Zinus Malaysia ni. Kalau rasa-rasa nak usha dulu, boleh datang ke showroom mereka yang terletak Puchong (alamat refer kat bawah). Lastly, sila la komen yang mana satu design yang korang suka supaya senang sis nak buat pilihan (masih confuese nak pilih yang mana, help me plisss).. hehe... adiossss...

Alamat :
Showroom Zinus Malaysia
1-1, Jalan Merbah 1, 
Bandar Puchong Jaya, 
47170 Puchong, Selangor


Post a Comment

1 Comments

  1. Bagus betul ada DIY sofa camni, boleh buat ikut pilihan kita kannn...

    ReplyDelete