Beli Baju Raya Di Butik Chenta Lunar, Seksyen 7 Shah Alam

Beli Baju Raya Di Butik Chenta Lunar, Seksyen 7 Shah Alam | Assalamualakum semua.. Baru beberapa hari puasa dah busy cari baju raya ye. Biasa la tu, orang kata beli awai tak kalut kan. Lagipun kalau beli awal-awal ni saiz masih banyak dan warna yang kita nak masih ada. So, senang sikit nak cari baju raya sedondon kan. Ok, kat sini sis nak suggest satu butik yang sis pergi baru-baru ni. Nama butik tu adalah Butik Chenta Lunar. Sebelum sis cerita pasal koleksi raya, meh sis cerita sikit background pasal butik ni. 


Untuk pengetahuan korang, Butik Chenta Lunar yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam ini mula beroperasi pada 9 Oktober 2022 bersamaan 12 Rabiul Awal 1444H.  Butik ini diinspirasi oleh seorang wanita yang bersemangat dalam memperjuangkan keinginan hidupnya. Dalam usaha bangkit selepas pandemik, beliau juga mahu memberikan peluang kerjaya kepada orang ramai. Nama “Lunar” itu sendiri mempunyai keperibadian Ekpresif, Mudah Berbicara, Bersosialisasi, Kreatif dan Menikmati Hidup. Ini membuatkan Butik Chenta Lunar cepat dikenali oleh orang ramai. 


Bercakap pasal koleksi baju pula, bagi yang inginkan kelainan untuk tahun ni Butik Chenta Lunar boleh la datang ke sini untuk shopping sebab butik ni
 menawarkan konsep “Celestial In Style” tau. Celestial membawa maksud cakerawala atau heavenly, ia adalah metaphora untuk konsep yang diketengahkan iaitu stail yang sentiasa “up to date” dan tidak lapuk dek zaman. So, pilihan baju-baju kat sini memang lawa-lawa tau.


Apa yang menariknya di Butik Chenta Lunar ni bukan sekadar baju kurung je tau Ada pebagai variasi busana untuk hari raya seperti baju kurung moden, jubah, tudung, baju kurung kanak-kanak dan banyak lagi. Baju melayu lelaki pun ada. Senang la nak sedondon satu family. Kalau nak cari baju untuk raya kedua..ketiga...keempat pun boleh. Raya kan sebulan. Boleh la beli baju seperti dress, blouse, cardigan, jump suit... Eh, pendek kata korang kena mai tengok sendiri la pilihan yang 






Actually, bukan time raya je boleh beli baju kat Butik Chenta Lunar ni. Kalau nak tempah baju seperti baju nikah, baju majlis persandingan, baju bridesmaid, baju graduasi atau baju korporat juga boleh ditempah di sini. Butik Chenta Lunar mempunyai tenaga bagi melakar rekaan dan juga menjahit tempahan yang ditempah



PROMOSI HARI RAYA



Untuk hari raya ni tak ada promosi ke?? Ha, harus la ada.. Bermula 1 Ramadan, iaitu 23 Mac 2023 konsep baju raya Ibu & Anak dilancarkan dengan harga RM150 ke bawah. So, bagi yang ada anak perempuan tu boleh la rebut peluang ni untuk sedondon. Ha, bagus juga Butik Chenta Lunar menampilkan Konsep “Mother Daughter Type” ini, senang para ibubapa untuk membeli baju raya sedondon di bawah satu bumbung. 


Selain tu, kalau baju yang korang pilih tu nak nampak lebih blink-blink dan glamor di pagi raya, boleh la request untuk tambah manik, lace dan sebagainya. Yes, di Butik Chenta Lunar ni korang boleh request 'on the spot' tau... special kan. Rasanya macam jarang jumpa butik yang sediakan perkhidmatan macam ni.


Sis sendiri dah usha baju-baju yang ada kat sni. Memang rambang mata weiii... Tapi nasib baik la dah jumpa yang berkenan di hati. Pastu kan masa bayar tu sis dapat free gift tau. Rupanya bersempena hari raya yang bakal tiba, bagi yang membeli belah melebih RM150 ke atas akan dapat free gift istimewa dari Butik Chenta Lunar tau. Ha, dapat Scrunchies yang comel ni..


Lepas tu masa nak keluar baru perasan ada beberapa hamper yang cantik tersusun atas rak. Bila tanya kat adik tu rupanya mereka jual juga hamper ni. So, kalau ada yang mencari gift atau buah tangan untuk hari raya, sesuai sangat bagi hamper macam. Bolehla datang Butik Chenta Lunar untuk beli


Ok la, panjang pulak sis membebel. Kalau korang mencari baju raya, meh la shopping kat Butik Chenta Lunar ni. Untuk info lanjut dan nak tengok koleksi baju boleh ke social media mereka :


Alamat : 65, Jalan Plumbum P/7P, Seksyen 7, Shah Alam
Terletak bersebelahan dengan PKNS Biz Point, 

Waktu operasi bulan Ramadan : jam 11.00 pagi sehingga 10.30 malam (Isnin tutup). 

Buat yang ingin lebih informasi atau pertanyaan lanjut, boleh hubungi 019-7542705.

#bcl #chentalunar #ChentaRaya2023 #bajuraya2023 #bajukurung

















Post a Comment

1 Comments

  1. alahaiii...cecantik cecomel baju haaa...gewammmm nengoknyaaa..nasib takde saiz HAHAHA

    ReplyDelete