Pertandingan Sajian Cheese Platter Menggunakan Keju Real California Milk

Pertandingan Sajian Cheese Platter Menggunakan Keju Real California Milk | Assalamualaikum semua.. Bila sis mendapat jemputan untuk pertandingan sajian 'Cheese Platter', terus sis terima kerana sis ingin mencabar diri sendiri dalam pertandingan ini. Bukan tu je, sebagai penggemar cheese of course sis juga ingin mengetahui lebih mendalam mengenai jenis-jenis keju kerana pertandingan ini bukan sekadar mencari pemenang tetapi peserta juga akan didedahkan dengan sedikit ilmu mengenai cheese. 


Sebelum sis cerita mengenai pengalaman sis semasa pertandingan, izinkan untuk sis bercerita serba sedikit mengenai cheese (keju). Seperti yang kita semua maklum, sajian yang menggunakan keju telah mula digemari rakyat Malaysia. Bukan setakat menu western, malah ada juga menu tempatan yang telah dicampurkan dengan keju. Atas permintaan menu berkeju yang semakin digemari ramai, pasaran keju Malaysia diunjurkan bernilai RM1.094 bilion pada 2023 dan dijangka berkembang setiap tahun pada kadar 7.52% (CAGR 2023 - 2027). 


Untuk pengetahuan korang, Amerika Syarikat ialah pengeluar susu lembu terbesar di dunia dan California ialah negeri pengeluar susu terbesar dan pengeluar keju kedua terbesar. Kira-kira 50 pengeluar keju menghasilkan lebih daripada 250 jenis keju menggunakan hanya susu California. Pengeluar produk tenusu California amat prihatin tentang kesihatan, keselesaan dan keselamatan lembu dan mengutamakan penjagaan haiwan. California mempunyai banyak syarikat tenusu yang moden, canggih dari segi teknologi dan cekap, dengan amalan terbaik dari segi keselesaan dan penjagaan lembu – berlandaskan usaha mencipta masa depan yang lebih bersih dan lestari. California merupakan negeri utama di A.S. dari segi pelaksanaan amalan perladangan tenusu yang lestari. 

 

3 jenis keju

👉 KEJU TIRUAN 
* Diperbuat daripada susu bukan tenusu 
* Diperbuat daripada minyak sayur / minyak sawit

👉 KEJU ASLI
* Diperbuat daripada susu 100%  
* REAL CALIFORNIA MILK

👉 KEJU PROSES 
* Keju proses dihasilkan dengan memanaskan keju asli  dan mencampurkan ramuan lain seperti pengemulsi dan pengawet – juga termasuk krim, air, minyak sayur, kanji dadih dan lain-lain.


Oh ya.. semasa hari pertandingan tempoh hari kami turut mendengar penerangan dari Lembaga Penasihat Susu California (CMAB) yang merupakan lembaga pemasaran pertanian terbesar di California. Baru-baru ini pihak CMAB menganjurkan satu acara untuk mendidik pengguna Malaysia tentang keju berkualiti tinggi mereka yang memaparkan cap dagangan Real California Milk. 


Aha, tahu tak bahawa terdapat pelbagai produk tenusu di bawah portfolio CMAB, bukan sahaja terhad kepada keju, susu, yogurt dan ais kirim. Rakyat Malaysia boleh menikmati pelbagai jenis keju California seperti Cheddar, Mozzarella, Pepper Jack dan Monterrey Jack. Bagi mereka yang lebih menggemari keju buatan khas, terdapat juga keju biru, keju salai dan keju organik dari California, semuanya dijamin dengan cap dagangan “Real California Milk”.   


Menurut wakil negara Malaysia bagi CMAB Eddie Saw berkata lebih ramai rakyat Malaysia kini mula menghargai jaminan kualiti produk tenusu California seperti keju dan aiskrim yang memaparkan cap dagangan Real California Milk. Semua keju ini sungguh lazat dan anda boleh menikmatinya pada bila-bila masa dalam sehari. Ramai rakyat Malaysia kini mula menggunakan keju dalam masakan mereka.
 
Keju yang berbeza menawarkan kualiti dan fungsi unik yang tersendiri – sekali gus membuka pelbagai pilihan kulinari menerusi pilihan luas masakan berasaskan keju. Satu perkara penting yang perlu diingat ialah keju yang memaparkan cap dagangan Real California Milk merupakan keju semula jadi asli.  Keju kami menggunakan 100% susu sebenar daripada lembu di California dan telah memenangi anugerah di Amerika Syarikat dan juga luar negara,”
~ Mr Eddie Saw, wakil negara Malaysia bagi CMAB ~

Semasa hari pertandingan, kami juga berbesar hati bila dapat berjumpa dan berkenalan dengan Chef Eksekutif Bertauliah Barbara Alexander, yang mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam dunia Kulinari dan Hospitaliti. Beliau juga merupakan salah seorang juri yang akan menilai sajian cheese platter kami tau. Tapi best la berjumpa dengan beliau. Kelakar dan happening orangnya. 


Beliau banyak memberi info dan tips mengenai keju yang akan kami gunakan dalam pertandingan nanti. Beliau juga telah mencipta empat resipi lazat menggunakan Keju California Sebenar – Blue Cheese Chips, Korean Cheese Dogs, Iced Coffee Cheesecake Cream Puffs dan Buffalo Chicken & Blue Cheese Pizza.


Untuk pertandingan ini, seramai 20 pempengaruh gaya hidup dan makanan (Food & Lifestyle KOLS) di Malaysia telah menyertainya dan dibahagi kepada 10 kumpulan. Kali ini sis bersama partner sis iaitu Amir Nawawi telah menyediakan pelbagai bahan tambahan kepada Cheeese Platter kami sebelum hari kejadian. 


Cuma cheese sahaja yang kami tak beli sebab disediakan oleh pihak penganjur iaitu Real California Milk. 6 cheese yang disediakan untuk setiap kumpulan adalah Montery Jack Sliced, Cheddar Mild Chunk, Cheddar Sharp Chunk, Pepper Jack Chunk, Colby Jack Chunk, Mozarella Slices, Provolone Slices, Fiscalini Smoked Cheddar, Point Reyes Blue Cheese, Sierra Nevada Traditional Jack dan Vintage Gouda.


Bila pertandingan bermula je, apalagi.. Semua pempengaruh media sosial telah menunjukkan kemahiran memasak masing-masing dan mencipta sajian keju yang menggabungkan aneka keju Real California dengan pelbagai bahan/ramuan masakan. Masa yang diberikan cuma satu jam untuk menghasilkan Cheese Platter kami. 


Nampak mudah tapi cabarannya adalah Cheese Platter kami perlu ada at least 1 menu Food Finger yang menggunakan cheese sebagai salah satu bahan. Untuk team sis, kami decide untuk sediakan Cheese Tuna Canapes.


Tadaaa.. ini lah hasil dan rupa Cheese Platter Team sis bersama Amir Nawawi. Cantik tak?? Hasil ciptaan diadili berasaskan penyampaian dan kreativiti yang menampilkan keserbagunaan, kelazatan dan kesenangan menyediakan sajian masing-masing. Tapi tu la, mungkin ada kekurangan dalam sajian kami jadi kami tak berjaya memenangi hadiah. Tapi takpe, dapat siapkan dalam tempoh yang diberi dan dapat melihat hasil Cheese Platter yang cantik ni pun sis dah puas hati dah. Tahniah buat semua pemenang dan terima kasih Real California Milk atas peluang yang diberikan kepada kami. 


Kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai Real California Milk dan juga resipi enak berasaskan keju, boleh layari www.realcaliforniamilk.com atau ikuti halaman Facebook @RCM Malaysia.


Post a Comment

1 Comments

  1. Woowwwww menarik sangat semua cheese platter. Thanks kongsi.

    ReplyDelete