Malam Gala Tayangan Perdana Filem Pagari Bulan Di DADI Cinema Pavilion KL

Malam Gala Tayangan Perdana Filem Pagari Bulan Di DADI Cinema Pavilion KL | Assalamualaikum semua.. Rasa macam dah lama tak pergi ke majlis tayangan perdana. So, bila dapat jemputan terus sis terima. Kali ini jemputan yang sis terima adalah Malam Gala Tayangan Perdana Filem Pagari Bulan Di DADI Cinema Pavilion KL.


Bagi yang tertanya-tanya mengenai filem Pagari Bulan ni, ia merupakan filem terbitan ELEVEN FIELD CREATIVE SD BHD dan diedarkan oleh METROWEALTH. Filem ini juga disokong penuh oleh KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN DIGITAL (KKD) MELALUI PERBADANAN KEMAJUAN FILEM MALAYSIA (FINAS) ATAS DANA KANDUNGAN DIGITAL (DKD) yang telah dibelanjakan bagi memastikan filem ini berjaya dihasilkan seterusnya dapat menemui penonton di pawagam.


Filem Pagari Bulan memaparkan semangat patriotisme dalam memperjuangkan wanita yang bangkit dari penindasan askar Jepun. Pengarah Pagari Bulan, Ts Raja Mukhriz telah mempertaruhkan Nazeera Sardi sebagai tunjang utama bag memegang watak sebagai pejuang yang memartabatkan kaum wanita. Selain itu, filem ini turut dibarisi pelakon hebat tahah air iaitu Aniq Durar, Trisha Ooi, Andy Teh, Alvin Wong dan Michael Ang. Idea filem in datang dari Ellyna Ahmad dan Ts Raja Mukhriz setelah melihat belum ada genre 'comfort women' yang diketengahkan dalam filem tanah air. Skrip dan lakon layar Pagari Bulan oleh Siti Jasmina Ibrahim.


Sharifah Shahora selaku penerbit filem Pagari Bulan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua media cetak dan media elektronik, bloggers, influencer temasuk mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penghasilan filem ini. Filem "Pagari Bulan" akan disiarkan mulai 5 Oktober 2023 lebih daripada 60 pawagam di seluruh Malaysia dan Singapura.

Info Filem Pagari Bulan


Tajuk Filem : Pagari Bulan
Durasi : 100 minit
Bahasa : Bahasa Melayu
Genre :  Aksi, Sejarah

Idea Asal : Ellyna Ahmad
Penulis Skrip : Siti Jasmina Ibrahim
Pengarah : Raja Mukhriz Bin R. Ahmad Kamaruddin

Pelakon
Nazeera Sardi sebagai Bulan
Aniq Durar sebagai Miura
Trisha Ooi sebagai Sui Li
Alvin Wong sebagai Kuzawa
Andy Teh sebagai Leftenan Azu
Michael Ang sebagai Ah Leong
Wan Azli Wan Jusoh
Chelsia Ng sebagai Momosan
Laila Nasir sebagai Hasnah
Hazi Juzaili sebagai Nida
Irin Puteri
Azlan Komeng
Helmy Hakim
Wanji Aswandi
Nik Mazli
Tengku Afzan

Penerbit : Eleven Field Creative Sdn Bhd
Edaran : METROWEALTH



Sinopsis Filem Pagari Bulan


PAGARI BULAN mengisahkan tentang Bulan yang merupakan anak sulung perempuan kepada pengusaha tanaman dan pemburu yang cekap iaitu Ismail dan isterinya Hasnah yang berhadapan dengan kedatangan pihak Jepun ke Kelantan. Penduduk kampung berdekatan dan kampung lain terpaksa mempertahankan kampung mereka daripada didera, dibunuh, dan mempertahan anak gadis yang menjadi sasaran tahanan oleh tentera Jepun. Bulan bersama-sama adiknya Kasih dan sahabatnya Sui Li juga ditangkap dan dipaksa mengikuti segala kemahuan askar Jepun demi memuaskan nafsu. 


Trailer Filem Pagari Bulan



Lagu OST Filem Pagari Bulan


BULAN ciptaan & Lirik dan nyanyian dari Namira adalah lagu untuk tema Filem Pagari Bulan ‘A story of A Comfort Woman’ terbitan Eleven Field Creative


Ulasan Filem Pagari Bulan


Memandangkan sis dah tengok filem ni, meh sis nak kongsikan sikit ulasan sis pasal filem ni. Secara jujurnya sebelum masuk panggung sis rasa mesti filem ni biasa je macam filem-filem melayu yang sis tengok sebelum ni. Ternyata anggapan sis salah ye. First impression sis dah terpukau dengan cinematography yang ditonjolkan. Editing dan color grading juga cantik membuatkan sis rasa betul-betul kembali ke zaman dahulu. Dari segi jalan cerita pula memang tak dinafikan straight forward je cuma sis kagum dengan aksi lawan di antara Bulan dan askar Jepun. Memang vasss. Macam biasa dalam filem ni ada juga elemen cinta dan juga aksi-aksi kelakar untuk membuatkan penonton tak bosan.


Rating :
🌟🌟🌟🌟
4 / 5
BINTANG



Post a Comment

0 Comments