Persediaan UPKK : Seminar Dan Tuisyen Di Fly High Education Centre

Persediaan UPKK : Seminar Dan Tuisyen Di Fly High Education Centre | Assalamualaikum semua... Bila sebut tentang peperiksaan UPKK, ramai ibu bapa mula risau: “Cukup ke persediaan anak aku ni?” atau “Macam mana nak pastikan anak boleh jawab dengan yakin?”. Sebenarnya, peperiksaan ni bukan sekadar ujian akademik, tapi juga mengukur kefahaman, penghayatan dan amalan anak-anak dalam pendidikan Islam.


Kalau anda nak anak lebih bersedia, tenang dan insyaAllah cemerlang, salah satu caranya adalah dengan mendapatkan bimbingan yang tersusun. Di sinilah Straight A UPKK di Fly High Education Centre menjadi pilihan ramai ibu bapa yang serius nak lihat anak mereka berjaya.


Apa Itu UPKK?


UPKK atau Ujian Penilaian Kelas KAFA adalah peperiksaan yang dijalankan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk murid Darjah 5. Ia bertujuan menilai penguasaan pelajar dalam bidang pengajian Islam selepas mengikuti kelas KAFA dari Tahun 1 hingga Tahun 5.

UPKK menguji aspek pengetahuan, kefahaman, penghayatan dan amalan pelajar, dengan tujuan membentuk generasi muda yang bukan sahaja cemerlang akademik, tetapi juga mempunyai asas agama yang kukuh. Sijil UPKK juga dijadikan sebagai sokongan penting untuk kemasukan ke sekolah-sekolah menengah agama di bawah Kementerian Pendidikan dan sekolah berasrama penuh integrasi. 



Subjek dalam UPKK


Biasanya ada 8 subjek utama yang diuji, antaranya:
👉 Amali Solat
👉 Penghayatan Cara Hidup Islam (PCHI)
👉 Tilawah Al-Quran
👉 Pelajaran Jawi dan Khat
👉 Sirah
👉 Ibadah
👉 Aqidah
👉 Adab (Akhlak Islamiah)
👉 Lughah Al-Quran


Kenapa Penting Persediaan Awal UPKK?



UPKK bukan macam peperiksaan biasa, sebab ia menggabungkan aspek teori dan praktikal. Kalau persediaan dibuat awal, anak-anak akan :
✅ Lebih yakin menghadapi soalan dan ujian amali.
✅ Boleh ulang kaji secara konsisten tanpa stress.
✅ Faham konsep, bukan sekadar menghafal.
✅ Ada peluang lebih besar untuk capai Straight A UPKK di Fly High Education Centre.


Strategi Bijak Persediaan UPKK


1. Buat jadual belajar – Bahagikan masa untuk setiap subjek supaya semua topik dapat disentuh.
2. Latihan menjawab soalan – Biasakan anak dengan format peperiksaan supaya tak terkejut semasa ujian sebenar.
3. Fokus kepada amali – Pastikan anak mahir solat, tilawah dan hafazan sebab ia juga dinilai.
4. Bimbingan tambahan – Sertai seminar, bengkel atau kelas online yang fokus kepada teknik menjawab UPKK.


Seminar Dan Tuisyen UPKK di Fly High Education Centre


Bagi ibu bapa yang mencari bimbingan terbaik, Seminar Dan Tuisyen UPKK di Fly High Education Centre adalah pilihan tepat. Program ini sesuai untuk pelajar yang mahu belajar secara bersemuka ataupun melalui kelas online yang fleksibel.

Antara kelebihan yang anak-anak akan dapat:
📘 Teknik menjawab soalan UPKK yang lebih berkesan.
⏳ Latihan intensif dan pengurusan masa.
💡 Kelas interaktif online – mudah diakses dari rumah.
🌟 Motivasi belajar untuk capai Straight A UPKK di Fly High Education Centre


Kenapa Pilih Fly High Education?


✔️ Tenaga pengajar berpengalaman dalam mendidik pelajar UPKK.
✔️ Modul pembelajaran yang mudah difahami & interaktif.
✔️ Pilihan kelas secara bengkel bersemuka atau kelas online ikut keselesaan keluarga.
✔️ Ramai pelajar terdahulu berjaya capai Straight A UPKK di Fly High Education.


Seminar Dan Tuisyen UPKK


Berikut sis sertakan senarai Seminar Dan Tuisyen yang bakal diadakan oleh Fly High Education Centre. Jadi jika ada ibu bapa yang berminat untuk daftarkan anak-anak boleh rujuk info di bawah ye.


Kelas Online Gempur UPKK – Ulangkaji silibus Tahun 3 - 5, teknik mudah ingat, latih tubi soalan sebenar.
📅 Tarikh: 11 & 25 Okt 2025 (Sabtu)
⏰ Masa: 5.00 – 7.00 pm
💰 Yuran: RM50 (2 sesi)

Kelas Meroket UPKK – Latih tubi intensif dengan Ustaz Azhari, nota & rakaman disediakan.
📅 Tarikh: 10, 11, 12, 24, 25 & 26 Okt 2025 (Jumaat - Ahad)
📍 Platform: Zoom
💰 Yuran: RM120 (10 sesi)

Kelas VIP UPKK – Bimbingan eksklusif, teknik KBAT, interaktif, siap ada penilaian prestasi bulanan.
📅 Tarikh: 12 & 26 Okt 2025
⏰ Masa: 9.00 am – 5.00 pm
📍 Lokasi: Fly High Education Centre, Shah Alam
💰 Yuran: RM150



Kelas Online Bahasa Arab Dan Mengaji UPKK


Berikut pula merupakan senarai untuk Kelas Online bagi Bahasa Arab dan Mengaji :

Kelas Online Bahasa Arab UPKK – Fokus bahasa Arab, latih tubi, tips mudah.
📅 Tarikh: 6, 13, 20 & 27 Okt 2025 (Isnin)
⏰ Masa: 8.00 – 9.30 pm
💰 Yuran: RM70 (4 sesi)

Kelas Mengaji Online – Perbaiki bacaan Al-Quran bersama Ustaz Joharie.
📅 Tarikh: 4, 11, 18, 25 Okt 2025 (Sabtu) ATAU 5, 12, 19, 26 Okt 2025 (Ahad)
⏰ Masa: 9.30 – 11.00 am
💰 Yuran: RM70 (4 sesi)



Cara Nak Join Seminar Dan Tuisyen


Kalau nak daftar kelas UPKK di Fly High Education Centre, boleh terus klik link WhatsApp ni ya:

👉 Wasap 1
👉 Wasap 2
👉 Wasap 3



Post a Comment

1 Comments

  1. Program ni memang sesuai untuk anak-anak yang bakal ambil UPKK tahun ni 💯 Recommended sangat!”

    ReplyDelete