Samsung Malaysia Hargai Rakyat Malaysia dengan Ganjaran Sehingga RM2,600 Sempena Merdeka

Raikan Merdeka Bersama Ucapan Terima Kasih Terbesar Samsung Malaysia kepada Rakyat Malaysia, dengan Ganjaran Bernilai Sehingga RM2,600!


Sempena sambutan Hari Merdeka ini, Samsung Malaysia Electronics meraikan semangat kebersamaan dengan mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia kerana menjadikan Samsung sebagai Jenama TV No. 1 Dunia, Jenama Soundbar No. 1 Dunia serta Jenama Mesin Basuh dan Peti Sejuk Pilihan Utama di Malaysia.

Sebagai tanda penghargaan atas kepercayaan dan sokongan yang berterusan, pelanggan boleh menikmati pelbagai ganjaran eksklusif serta penjimatan menarik apabila menaik taraf kediaman mereka dengan inovasi terkini daripada Samsung.

Dari 1 Julai hingga 30 September 2026, pelanggan berpeluang menikmati ganjaran Touch 'n Go eWallet, hadiah eksklusif serta insentif tambahan untuk pembelian TV dan perkakas rumah Samsung yang terpilih.

Sama ada anda ingin mencipta ruang yang sempurna untuk berkumpul bersama keluarga, menikmati malam menonton filem atau meningkatkan keselesaan kehidupan harian, Samsung menjadikan sambutan Merdeka tahun ini lebih bermakna dengan kediaman yang lebih pintar dan saling berhubung.
Kunjungi Samsung Experience Store, pengedar sah Samsung di seluruh negara atau beli secara dalam talian sepanjang tempoh kempen untuk menikmati ganjaran eksklusif Merdeka ini.


Sorotan Promosi Merdeka (1 Julai – 30 September 2026)


1. Hadiah dengan Pembelian
  • Kredit Touch 'n Go eWallet bernilai sehingga RM1,600
  • Slim Fit Camera (bernilai RM499)
  • Customizable Bezel (bernilai sehingga RM899)

2. Beli Lebih, Dapat Lebih

Terima sehingga RM500 kredit Touch 'n Go eWallet apabila membuat pembelian merentas kategori produk.



3. Ganjaran Bonus Tambahan
Nikmati sehingga RM500 kredit Touch 'n Go eWallet apabila membeli kombinasi produk Samsung yang terpilih.

Kombinasi TV + Soundbar

Kombinasi Mesin Basuh + Pengering



Post a Comment

0 Comments