Voluntourism Adoption Initiative | Program Pembersihan Dan Pengindahan Pantai

20.12.13

Hola semua,

Voluntourism Adoption Initiative | Program Pembersihan Dan Pengindahan Pantai | Baru baru ni aku berpeluang mengikuti kumpulan Sahabat Media Cuti Cuti 1Malaysia ke Avani Sepang Goldcoast Resort sempena Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU) bagi pelaksanaan Voluntourism Adoption Initiative : Program Pembersihan Dan Pengindahan Pantai Bagan Lalang, Sepang.

Voluntourism Adoption Initiative | Program Pembersihan Dan Pengindahan Pantai
Sessi Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU)

Program ini merupakan salah satu inisiatif pihak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan untuk memastikan kebersihan serta keindahan kawasan-kawasan pelancongan sentiasa dalam keadaan yang terbaik sempena Tahun Melawat Malaysia 2014. Lima organisasi swasta dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) telah terlibat sempena Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU) ini iaitu :

  1. Sepang Goldcoast Resort
  2. Syarikat Hiap Teck Venture Berhad
  3. Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
  4. Kelab Pengakap Malaysia
  5. Malaysia Nature Society (MNS)

Secara khususnya, program 1Malaysia Voluntourism ini merupakan satu usaha murni pihak kerajaan untuk memupuk semangat kesukarelawan dalam kalangan masyarakat serta pelancong dengan cara menggerakkan para sukarelawan untuk membantu melaksanakan lima (5) program utama di bawah Inisiatif 1Malaysia Voluntourism iaitu :

  1. 1Malaysia Green 1Malaysia Clean (1MG1MC)
  2. 1Malaysia Voluntutoring
  3. 1Malaysia Volunsharing
  4. 1Malaysia Event
  5. 1Malaysia Culture and Heritage

Bagi merialisasikan semua program ini, kerajaan di bawah inisiatif yang dinamakan sebagai Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau National Blue Ocean Strategy (NBOS) telah menerapkan satu strategi atau mekanisme pelaksaan yang menekankan kepada tiga (3) indikator utama pelaksanaan program iaitu :

  1. Penggunaan kos pada tahap yang minima
  2. Penekanan terhadap impak program yang tinggi dan menyeluruh
  3. Pelaksanaan program dalam tempoh yang singkat serta berkesinambungan

Pendaftaran sebagai sukarelawan Voluntourism



Oleh itu, bagi sesiapa yang berminat untuk mendaftar sebagai sukarelawan boleh pergi ke portal Voluntourism di http://voluntourism.motac.gov.my/. Sehingga akhir November 2013, seramai 5,152 orang sukarelawan telah berdaftar dan sebanyak 112 aktiviti telah berjaya dilaksanakan.

Voluntourism Adoption Initiative | Program Pembersihan Dan Pengindahan Pantai
Antara sahabat media yang hadir. [Photo taken by : silenceblogz.com]

Voluntourism Adoption Initiative | Program Pembersihan Dan Pengindahan Pantai
Antara sahabat media yang hadir. [Photo taken by : silenceblogz.com]






You Might Also Like

1 ♥ Surat Cinta ♥

Hubungi Penulis

Name

Email *

Message *

PRchecker.info
free web site traffic and promotion

Subscribe