Makanan Rusia Yang Sedap | Lunch Bersama Media

14.10.14

Hola semua,


Makanan Rusia Yang Sedap | Lunch Bersama Media | Teruja rasanya kerana dijemput oleh Pihak Kedutaan Rusia di Malaysia untuk menghadiri Lunch bersama Media di Russian Centre For Science And Culture, Jalan Ampang. Kami dihidangkan dengan pelbagai jenis makanan Rusia yang sedap dan enak. Jom tengok apakah menu yang dihidangkan... nyummm nyummm.


Menu Makanan Rusia



Blini s Semgoi ( Pancakes with salmon )

Menu ni yang paling aku suka sebab aku sangat suka salmon... hehe.... Mudah je nak buat menu ni sebab cuma gulung pancakes ( orang melayu panggil lempeng ) dengan smoked salmon. Ha, senang kan.

Makanan Rusia Yang Sedap | Lunch Bersama Media
Blini s Semgoi ( Pancakes with salmon )

Koorinie Kotleti s Gribami ( Chicken Rissoles Stuffed with Mushrooms )

Menu ni guna kaedah deep fried. Dalam tu sebenarnya ada ayam dan cendawan yang dikepal-kepal dan disalut dengan serbuk roti.

Makanan Rusia Yang Sedap | Lunch Bersama Media
Koorinie Kotleti s Gribami ( Chicken Rissoles Stuffed with Mushrooms )

Kyrinyi Rulet s Gribami ( Chicken Rolls with Mushrooms )

Menu ni plak isi ayam digulung dan diletakkan cendawan di tengah-tengah. Bila dipotong bulat-bulat, nampak cantik kan .

Makanan Rusia Yang Sedap | Lunch Bersama Media
Kyrinyi Rulet s Gribami ( Chicken Rolls with Mushrooms )

Marinovannye Gribiy ( Marinated Mushrooms )

Menu ni cendawan butang yang dimasak bersama bawang. Simple je tapi sedap.

Makanan Rusia Yang Sedap | Lunch Bersama Media
Marinovannye Gribiy ( Marinated Mushrooms )

Salat Olivie ( Olivier Salad )

Salad ni lebih kurang macam coleslaw la menggunakan mix vegetables.

Makanan Rusia Yang Sedap | Lunch Bersama Media
Salat Olivie ( Olivier Salad ) photo kredit : ProjekTravel.com

Ovoschi ( Vegetables)

Menu ni kalau kita panggil sayur campur... kan.. hehe. Sama la tu, sayur brokoli, bunga kobis, kacang buncis ditumis skali.

Makanan Rusia Yang Sedap | Lunch Bersama Media
Ovoschi ( Vegetables)

Rulet iz Baklazhanov s Gribami ( Eggplant Rolls with Mushrooms )

Ha, yang ni terung yang dipotong nipis dan digulung dengan inti cendawan. Buah hitam tu buah zaitun.

Makanan Rusia Yang Sedap | Lunch Bersama Media
Rulet iz Baklazhanov s Gribami ( Eggplant Rolls with Mushrooms )

Ryba Pod Marinadom ( Fish Marinated In Carrot Sauce )

Di bahagian bawah lapisan lobak ni ada fillet ikan tau. Tak pasti ikan apa... lupa nak tanya. hehe

Makanan Rusia Yang Sedap | Lunch Bersama Media
Ryba Pod Marinadom ( Fish Marinated In Carrot Sauce )

Zharenaya Kartoshka s Gribami ( Potatoes Fried with Mushrooms )

Menu ni simple je, kentang dan cendawan digoreng sekali.

Makanan Rusia Yang Sedap | Lunch Bersama Media
Zharenaya Kartoshka s Gribami ( Potatoes Fried with Mushrooms )

Pirozhki s Kapustoy ( Puffs with Cabbage )

Untuk pastri, ada dua hidangan sebenarnya. Yang ini puffs berintikan kobis. Ada lagi satu berintikan ayam.

Makanan Rusia Yang Sedap | Lunch Bersama Media
Pirozhki s Kapustoy ( Puffs with Cabbage )

Frykti ( Fruits )

Akhir sekali pencuci mulut, buah-buahan segar yang dipotong.

Makanan Rusia Yang Sedap | Lunch Bersama Media
Frykti ( Fruits )

----------------------------

Ha... dah tengok kan semua menu yang dihidangkan. Tengok macam simple je kan tapi rasanya berbeza tau. Tak sama macam yang biasa kita masak. Walaupun kebanyakan menu menggunakan sayuran dan cendawan tapi aku tengok ari tu semua dok menambah jek. Semua dok pakat kata sedap. So, dont judge the book by it's cover okey... hehe

Makanan Rusia Yang Sedap | Lunch Bersama Media
Makanan Rusia yang sedap

Okey, perut dah kenyang. Nak ucap terima kasih sekali lagi pada pihak Kedutaan Rusia di Malaysia dan tak lupa pada Cik Paris Ashiqin dari Destination Malaysia dan Cik Polina Matveycheva wakil Kedutaan Rusia yang bersusah payah menjemput dan menghidangkan Makanan Rusia yang sedap sempena Lunch Bersama Media.



You Might Also Like

5 ♥ Surat Cinta ♥

  1. Thank you, Dikbee! Pasni kita buat kelas memasak plak! ahahahha

    ReplyDelete
  2. suka tgk makanan yang ade mushroom tuuu

    aumm~!

    ReplyDelete
  3. tak pernah lagi makan makanan russia..tapi macam best je..hihi

    ReplyDelete
  4. nak kena cari restoren russia nih

    ReplyDelete
  5. Macam sedap je semuanya. Belum pernah lagi merasa masakan rusia ni.

    ReplyDelete

Hubungi Penulis

Name

Email *

Message *

PRchecker.info
free web site traffic and promotion

Subscribe