Persediaan AKIM & The Majistret Untuk Konsert KU MOHON

29.10.15

Persediaan AKIM & The Majistret Untuk Konsert KU MOHON | Assalamualaikum semua... waduh... rasa nak pengsan bila ada orang ajak pi lepak kat studio Akim & The Majistret... Ni pun still rasa nak pengsan lagi sebab tak sangka dapat jumpa dia face to face.. mana taknya, suka tau lagu-lagu diorang ni. Tambah-tambah lagu Mewangi dengan Potret. Giler best suara Akim... kan kan..

Persediaan AKIM & The Majistret Untuk Konsert KU MOHON
Akim & The Majistret

Walaupun studio ni jauh, gigih jugak aku drive malam tu. Nasib baik housemate aku sudi teman. Jadi takde la bosan drive jauh-jauh. Sepanjang drive jantung ni rasa dag dig dug sebab nebes. Over tak??? Ye la, biasa artis-artis ni jumpa time event je tapi kali ni just santai-santai kat studio. Tu yang nebes semacam. Hahaha...

Sampai je kat studio, masing-masing kelu lidah. Maklum la masing-masing penyegan. Nasib baik diorang ni peramah. Macam-macam diorang sharing pasal dunia muzik ni. Tapi topik utama pasal Konsert Ku Mohon yang akan diadakan 31 Oktober ni. Kebetulan juga malam tu diorang nak berlatih untuk konsert tu. So, malam tu dapatla kami tengok persediaan AKIM & The Majistret Untuk Konsert KU MOHON nanti.

Persediaan AKIM & The Majistret Untuk Konsert KU MOHON
Akim menyanyikan lagu Mewangi

Persediaan AKIM & The Majistret Untuk Konsert KU MOHON
Akim menyanyikan lagu Potret

Persediaan AKIM & The Majistret Untuk Konsert KU MOHON
Melting dengar suara Akim

Perghhh... 3 lagu kot diorang nyanyi untuk kitorang malam tu. Lagu Mewangi, Potret dan Obses. Walaupun hanya untuk kami tapi Akim nyanyi tetap sepenuh perasaan dan kalau ada juri macam kat AF tu mesti dia akan kata "ada feel, ada jiwa". Best giler suara Akim nyanyi live... Melting melting... So, kalau korang nak dengar Akim, korang boleh pergi ke Konsert Ku Mohon.

Persediaan AKIM & The Majistret Untuk Konsert KU MOHON
Geng Projek Travel dan Akim & The Majistret

Konsert KU MOHON 'Tuhan Berikan Aku Cinta'


Nama penuh bagi konsert ni sebenarnya Konsert KU MOHON 'Tuhan Berikan Aku Cinta' tapi dipendekkan kepada Konsert KU MOHON ( #kumohonconcert ). So, mudah la kita nak sebut kan. Karang ada pulak yang berbelit lidah nak menyebutnya.. hehe.. Tujuan konsert ni diadakan adalah untuk mengutip dana bagi mengisi tabung Islamic Relief Malaysia (IRM). Semua hasil kutipan akan dimasukkan ke tabung ni tau. Jadi apa salahnya kita keluarkan sedikit wang untuk kebaikan sesama insan dan juga sebagai pelaburan di akhirat kelak.

Persediaan AKIM & The Majistret Untuk Konsert KU MOHON
Poster Akim & The Majistret (kredit ticketpro.com.my)

Antara barisan penyanyi lain (selain dari Akim & The Majistret) yang terlibat dengan Konsert Ku Mohon termasuklah Anuar Zain, Erra Fazira, Raihan, Ebiet G Ade, Opick, Humood Al Khudeer dan Zain Bikha. Konsert Ku Mohon ini bakal berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam pada 31 Oktober 2015.

Persediaan AKIM & The Majistret Untuk Konsert KU MOHON
Poster Konsert Ku Mohon (kredit ticketpro.com.my)

Korang kena tengok video ni tau.. hehe

Persediaan AKIM & The Majistret Untuk Konsert KU MOHON
Harga tiket Konsert Ku Mohon (kredit ticketpro.com.my)

Kalau korang nak pergi, boleh rujuk maklumat kat bawah termasuk pembelian tiket secara online sebab ada promosi tau. Jadi jom sama-sama kita semarakkan kasih sayang sesama insan dan jumpa di konsert amal - Konsert KU MOHON 'Tuhan Berikan Aku Cinta' 31 Oktober 2015 nanti di Stadium Malawati, Shah Alam.







You Might Also Like

2 ♥ Surat Cinta ♥

Hubungi Penulis

Name

Email *

Message *

PRchecker.info
free web site traffic and promotion

Subscribe