MATIC STREET ARTS FESTIVAL 2015

26.10.15

MATIC STREET ARTS FESTIVAL 2015 | KUALA LUMPUR:  Bulan November ini merupakan detik yang ditunggu-tunggu oleh semua pencinta seni jalanan, karyawan, artis serta orang ramai yang terlibat dalam memeriahkan MaTiC Street Arts Festival (MSAF) 2015 yang julung kali diadakan di Lanai, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC). Festival Seni Jalanan atau dikenali sebagai ‘Street Arts Festival’ bukanlah suatu yang asing di mata dunia. Beberapa negara lain juga telah lama mengadakan program seperti ini dan ternyata dilihat sebagai salah satu usaha baik dalam memperkasakan industri pelancongan dan kebudayaan negara.

MATIC STREET ARTS FESTIVAL 2015
Street Arts Festival


Festival yang akan berlangsung pada 7 hingga 8 November 2015 bertujuan untuk mengetengahkan keunikan seni dan budaya masyarakat Malaysia khususnya masyarakat bandar atau urban yang merupakan salah satu trend hidup terkini. Ini kerana ianya mampu menjadi satu platform untuk menyerlahkan bakat para seniman, artis dan karyawan serta memberi ruang agar mereka dapat mempertontonkan hasil karya mereka kepada orang ramai. Selain itu, festival seperti ini juga dapat membina dan membuka peluang perniagaan kepada usahawan termasuk artis tempatan dalam industri kreatif dan makanan.

MSAF telah dirangka dengan pelbagai jenis aktiviti menarik khas buat pengunjung yang hadir seperti konsert, kartun dan komik termasuk kemunculan karektor kartun terkenal BoboiBoy dan Megamind, Persembahan serta Pertandingan Buskers dan Band Indie, Mural dan Graffit, Barber dan Clothing, Perhimpunan ‘Bikers’, Pertandingan Bola Sepak Jalanan (Street Soccer) dan Trak Makanan (Food Truck). Barisan artis terkenal tanah air akan memeriahkan lagi kehangatan festival ini ialah Akim & Majistret, Bunkface, Lan Typrewriter, S.O.G, Ana Rafali, Shiha, Ainan Tasneem dan Sakura Band. MSAF juga turut membawa pameran khas iaitu Pameran ‘Flash Hollywood and Football’ di Mini Auditorium dan Galeri MaTiC mulai 6 hingga 8 November 2015.

MATIC STREET ARTS FESTIVAL 2015
Street Arts Festival

Penganjuran festival seperti ini juga secara tidak langsung dapat mempromosikan MaTiC sebagai salah satu ikon Pelancongan Kuala Lumpur dan pusat sehenti informasi pelancongan. Menggunakan konsep ‘Family Fun’, festival seni jalanan ini pasti akan memukau perhatian anda! Jom sama-sama kita meriahkan MSAF pada 7 hingga 8 November 2015 ini!




You Might Also Like

4 ♥ Surat Cinta ♥

  1. Replies
    1. byk aktiviti kan... hope dapat pergi jugak

      Delete
  2. Haritu dapat invitation media ke sidang media matic street arts festival 2015 ni di Saloma Bistro..tapi tak dapat nak attend..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak dapat gak sebab office hour...huhu

      Delete

Hubungi Penulis

Name

Email *

Message *

PRchecker.info
free web site traffic and promotion

Subscribe