PENGALAMAN TEAM BUILDING DI KLANA RESORT SEREMBAN

17.3.16

PENGALAMAN TEAM BUILDING DI KLANA RESORT SEREMBAN | Team Building?? Dah berbelas tahun tak buat aktiviti ni. Tak tau still mampu or tidak nak panjat-panjat tu. Tapi bila team Projek Travel dijemput untuk merasai sendiri pengalaman Team Building di Klana Resort Seremban, aku pun tak lepas peluang la nak join. *padahal jadi tukang snap gambor je..ahakksss*. Kalau ikut hati, memang teringin nak naik tapi karang kalau naik jugak, mau melekat je kat atas tu tak gerak-gerak. hahaha....

Pengalaman Team Building Di Klana Resort Seremban
Klana Resort Seremban


Hari Pertama (Sabtu) - Hotel Klana Resort Seremban


Sebelum aku cerita pasal aktiviti team building, meh aku cerita dulu pasal lokasi team building yang kami pi ni. Hotel Klana Resort Seremban yang bertaraf 4 bintang ni takde la jauh sangat dari KL. Lebih kurang sejam sampai la. Bila sampai tu kami pun cek in la cam biasa kat lobi. Cantik penyambut tetamu hotel hari ni, siap pakai pakaian tradisional Negeri Sembilan. Ni yang terasa nak speking noghori ni... ghombau most wanted yooo... hahaha

Pengalaman Team Building Di Klana Resort Seremban
Kaunter di lobi hotel

Pengalaman Team Building Di Klana Resort Seremban
Lobi

Pengalaman Team Building Di Klana Resort Seremban
Selfie dulu ngan Mekonie kat lobi

Kalau korang nak tau kat sini ada 5 pilihan bilik mengikut kesesuaian kita dan lengkap dengan kemudahan-kemudahan seperti TV, air-cond, wifi, mini fridge, shower, siap bathtub lagi. Kat bawah ni antara pilihan bilik yang ada :
  • Superior Room
  • Deluxe Room
  • Garden Wing Room
  • Executive Room
  • Presidential Suite

Pengalaman Team Building Di Klana Resort Seremban
Presidential Suite

Pengalaman Team Building Di Klana Resort Seremban
Executive Room

Pengalaman Team Building Di Klana Resort Seremban
Garden Wing Room

Pengalaman Team Building Di Klana Resort Seremban
Deluxe room

Pengalaman Team Building Di Klana Resort Seremban
Superior Room

Teman sebilik aku kali ni ofkos la cik mekonie kan. Kami duduk bilik 'Superior Room'. Bagi aku bilik ni luas dan sangat selesa untuk 2 orang. Siap boleh golek-golek kat lantai sebab luas sangat.. hehe. Balkoni kami pun best sebab mengadap kolam renang.... fuyooo... dari atas nampak besar wei kolam dia. Ni kalau anak sedara aku mai, mau yang tu dituju dulu.. haha

Pengalaman Team Building Di Klana Resort Seremban
Mekonie - my roomate

Pengalaman Team Building Di Klana Resort Seremban
View dari balkoni

Kami sampai kat hotel ni sebelum tengah hari, jadi kitorang sempat merasa lunch di Selera Coffee House. Berkonsepkan buffet lunch, apa lagi memang banyak la kami makan. Maklum la masing-masing kelaparan. Tambahan pulak ada lauk favourite masak gulai lemak nenas dan ikan masin, perghhh.... sedap tu. Kerabu dan desserts pun banyak pilihan. Kekenyangan kami dibuatnya.. *nasib baik team building keesokkan hari, kalau petang tu aku rasa ada yang terburai isi perut.. haha*

Pengalaman Team Building Di Klana Resort Seremban
Selera Coffee House

Pengalaman Team Building Di Klana Resort Seremban
Antara lauk pauk untuk buffet lunch

Pengalaman Team Building Di Klana Resort Seremban
Kerabu dan salad menaikkan selera makan

Pengalaman Team Building Di Klana Resort Seremban
Desserts dan buah-buahan

Selera Coffee House
Buffet Lunch
Masa : 12.00pm - 3.00pm
Harga : RM55.00 (dewasa) / RM 28.00 (kanak-kanak)

Memandangkan Team Building keesokkan hari, maka petang tu aktiviti Free & Easy la. Apa lagi, masing-masing tukar baju dan turun ke kolam renang. Fuh, mana boleh tahan kan tengok kolam yang luas tu. Dengan kedalaman 5 kaki, masing-masing tunjuk bakat buat aksi dugong.. ehh... hahahaha. Tapi kolam untuk yang kanak-kanak punya asing la. Siap ada gelongsor ngan air pancut lagi. bestnyerrrr.. Rasa nak join jek kolam kanak-kanak tu sebab iols sebenarnya tak reti berenang.. haha

Pengalaman Team Building Di Klana Resort Seremban
Excited pi mandi kolam

Pengalaman Team Building Di Klana Resort Seremban
Kolam untuk orang dewasa - ni sebahagian je tau

Pengalaman Team Building Di Klana Resort Seremban
Aksi order roti canai 1 keping (okey, pojie 4 keping).. haha

Pengalaman Team Building Di Klana Resort Seremban
Kolam kanak-kanak

Pada sebelah malam, kami menjamu selera sekali lagi di Selera Coffe House. Sama jugak konsep buffet dinner cuma untuk malam Sabtu special sket sebab ada BBQ sekali. Apa yang aku boleh komen, BBQ dia memang sedap. Maybe sebab chef yang masakkan kot. Jadi, texture makanan tu lembut dan tak overcooked. Ditambah pulak dengan penangan 20 jenis sos istimewa yang dibuat sendiri oleh chef Klana Resort Seremban, memang terangkat la. Aku rasa lebih 3 round kot makan, especially satay. Hantu satay la katakan.. haha

Pengalaman Team Building Di Klana Resort Seremban
BBQ night buffet

Pengalaman Team Building Di Klana Resort Seremban
20 jenis sos istimewa

Pengalaman Team Building Di Klana Resort Seremban
Antara menu yang disediakan untuk buffet dinner

Selera Coffee House
Buffet Dinner (Ahad-Jumaat)
Masa : 7.00pm - 10.00pm
Harga : RM65.00 (dewasa) / RM 33.00 (kanak-kanak)

BBQ Night Buffet (Sabtu)
Masa : 7.00pm - 10.30pm
Harga : RM75.00 (dewasa) / RM 38.00 (kanak-kanak)

Tudia.. panjang lebar aku cerita pasal hotel Klana Resort Seremban ni *padahal banyak gambar je kan..hikhik*. Tapi tu la, sayang pulak dah snap banyak-banyak tapi tak share kan. Ni belum masuk story pasal team building lagi. Ha, mesti korang terpikir, mana nye cerita pasal pengalaman team building tu?? sabar.. sabar... team building kan esok (Ahad). So, sila sambung baca kat bawah ekk.. hehehuhu...

Hari Kedua (Ahad) - Aktiviti Team Building


Bangun je pagi tu, bersemangat semua turun ke lobi sebab nak buat aktiviti Team Building. Tapi nak bagitau rahsia, aku nebes sebenarnya tapi cover line baik punya.. haha. Mana taknyer, dah lama giler tak buat aktiviti cenggini. Office pun tak pernah buat team building. Tu yang nebes semacam. Tapi bila aku tak perlu buat aktiviti sebab ditugaskan snap gambar, fuhhhh... taktik ngelat menjadi... yessss... hahaha.. So, pengalaman ni bukan dari aku la ekk, takpe walaupun ahli Projek Travel yang lain buat, aku tetap nak share gak. Sharing is caring kan.

Sebelum memulakan aktiviti team building, kami diberi briefing mengenai peralatan yang digunakan dan keselamatan yang perlu semasa melakukan aktiviti team building. Alat-alatan ni perlu dipakai dengan cara yang betul untuk elak sebarang kecederaan. Mana taknya, nak kena panjat tinggi kot. Kang jadi pape susah pulak kan.

Pengalaman Team Building Di Klana Resort Seremban
Team building

Pengalaman Team Building Di Klana Resort Seremban
Sesi briefing

Pengalaman Team Building Di Klana Resort Seremban
Peralatan keselamatan

Aktiviti pertama pagi ni adalah Rappelling. Biasa tengok orang buat aktiviti ni dalam tv. Ala, yang turun dari bangunan guna tali tu. Untuk aktiviti ni, peserta kena naik bangunan 5 tingkat dan turun dari tingkap melalui dinding menggunakan tali.. Fuh, gayat beb...

Pengalaman Team Building Di Klana Resort Seremban
Rappelling

Aktiviti kedua pulak Flying Fox. Ha, yang ni pun gayat gak sebab kena naik ke pelantar tu setinggi 60 kaki. Pastu kena meluncur guna wayar dan laluan yang disediakan. Masa ni la nak menjerit sakan kalau nak release tension kan. Kasi keluar semua yang serabut kat kepala otak tu. Ekceli mula-mula je takut dan terasa gugur jantung masa nak mula meluncur tu. Tapi bila dah meluncur siap pakej menjerit sakan, dah sampai mesti rasa nak naik lagi.. hehe

Pengalaman Team Building Di Klana Resort Seremban
Flying Fox

Lepas flying fox, kitorang buat pulak aktiviti High Ropes. Ok, yang ni memang sangat-sangat menguji kekuatan fizikal dan juga daya tahan melawan perasaan gayat. Kalau tak, ada yang freeze kat atas tu tak gerak-gerak. Tapi aku tengok budak-budak ni, rilek je melalui semua halangan dan laluan tali tu. Patut la masing-masing sado. Yang mekonie pun sama, tak padan ngan kecik tapi berjaya habiskan semua halangan.. salute la...

Pengalaman Team Building Di Klana Resort Seremban
High ropes

Pengalaman Team Building Di Klana Resort Seremban
High ropes

Pengalaman Team Building Di Klana Resort Seremban
High ropes

Pengalaman Team Building Di Klana Resort Seremban
High ropes

Yang dalam gambar kat bawah ni, namanya Cargo Net. Nampak memang macam tak mencabar tapi more to semangat kumpulan. Sorang jatuh, kena buat semula. Nampak tak muka madi yang serius tu?? Kompem takde yang berani jatuh.. hahahaha

Pengalaman Team Building Di Klana Resort Seremban
Cargo net

Aktiviti Spider Web ni pun memerlukan semangat berpasukan. Yang ni yang dinamakan berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Nasib baik kena angkat mekonie. Kalau angkat aku, rasanya diorang humban je dalam air... hahahaha

Pengalaman Team Building Di Klana Resort Seremban
Spider web

Next, aktiviti Laser Zone. Halangan yang diperbuat dari tali ni seolah-olah pancaran laser la. Sape-sape yang terkena tali masa merentasi halangan ni, satu pasukan kena buat semula. Masa buat halangan ni, pojie le yang paling kerap tersentuh tali. Nasib bukan laser sebenar. Kalau tak, kejung dah pojie kat situ.. hehe

Pengalaman Team Building Di Klana Resort Seremban
Laser zone

Aktiviti terakhir ialah Water Rafting. Korang pernah tengok orang berakit dalam kolam renang?? ha, kat sini ada kaw. Dengan muatan seramai 6 orang satu pasukan, rakit ni perlu diikat sendiri oleh ahli kumpulan. Nasib ler kalau ada rakit yang terburai dalam kolam renang kalau tak betul ikatan. Pasukan yang sampai dulu setelah buat satu pusingan kolam renang, dikira pemenang. ha, korang jangan ingat aktiviti ni mudah ye sebab kolam tu besar kot. satu pusingan letih bak angg...

Pengalaman Team Building Di Klana Resort Seremban
Water rafting

Pengalaman Team Building Di Klana Resort Seremban
Water rafting

Sebenarnya ada lagi aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan untuk team building. Korang boleh rujuk website Klana Resort Seremban untuk rujukan. Oh ya, Klana Resort Seremban ni ada jugak buat promosi CUTI SEKOLAH tau. Ha, peluang baik ni nak bawak family mai sini. Mana taknya, murah kot harga diorang offer tu. Tak caya?? meh tengok ni



Pengalaman Team Building Di Klana Resort Seremban
Projek Travel bersama PR Klana Resort Seremban

Personally bagi aku Klana Resort Seremban ni memang lokasi Team Building yang best sebab tak sangka kawasan hotel tapi complete dengan kemudahan aktiviti outdoor. Memang sesuai kalau mana-mana syarikat, institusi, student atau sape-sape yang nak buat team building kat sini. Tempat selesa dan makanan pun sedap. Sebut pasal makan, ada satu restoran jepun kat sini yang menghidangkan makanan jepun yang sedap weii... Next entri aku cerita ekk pasal Yuri Restaurant ni sebab dah panjang sangat dah entri ni. Sambil-sambil tu, korang boleh usha link kat bawah ni untuk tau info lanjut mengenai pakej atau promosi yang ditawarkan di Klana Resort Seremban. Stay Tune.... and thank tou so much kat staff Klana Resort Seremban yang sudi melayan kerenah kami sapanjang 2 hari 1 malam kat sini... adios..




You Might Also Like

7 ♥ Surat Cinta ♥

  1. Memang terbaik nampaknya tempat ni untuk di jadikan lokasi team building

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah... Sesuai untuk team building..

      Delete
  2. nampak mcm semua best..apa yang tak best?heehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang tak best sebab duk sana 2H1M je... kejap bebenor.. haha

      Delete
  3. Ceittt, taktik malas nk panjat-panjat rupanya, hahahaha

    Btw, thank you untuk semua gambor yang superb dan ohsem

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak, kantoi la pulak... hahahaa, iols tak cukup sado la nak panjat-panjat ni... ^_^

      Delete
  4. macam best je aktiviti team building dia...bestnya kalau dapat join...

    ReplyDelete

Hubungi Penulis

Name

Email *

Message *

PRchecker.info
free web site traffic and promotion

Subscribe