SPACETASTIC ADVENTURE WITH ICE AGE COLLISION COURSE AT RESORTS WORLD GENTING HIGHLANDS

14.7.16

SPACETASTIC ADVENTURE WITH ICE AGE : COLLISION COURSE AT RESORTS WORLD GENTING | Kota keriangan Genting Highlands kini digegarkan pula dengan kehadiran Sid, Scrat, Diego dan rakan-rakan. Sempena pembukaan World’s First Twentieth Century Fox World Theme Park di Resorts World Genting pada 2017 nanti, pelbagai aktiviti telah dibuat seperti Spacetastic Adventure with Ice Age: Collision Course at Resorts World Genting sempena cuti sekolah iaitu dari 4 Jun hingga 24 Julai 2016.

Spacetastic Adventure with Ice Age Collision Course at Resorts World Genting Highlands
Spacetastic Adventure with Ice Age Collision Course at Resorts World Genting Highlands

Selain tayangan perdana khas filem itu pada 5 Julai, seisi keluarga juga boleh menyertai pelbagai jenis acara di sini seperti permainan interaktif pendidikan dan pertandingan media sosial. Selain itu, anda juga berpeluang untuk bertemu dan menghadiri sessi bertemu dengan watak-watak popular dari filem Ice Age: Collision Course.

Sinopsis Ice Age Collision Course


Apakah kisah Ice Age Collision Course kali ni ? Kali ini, Scrat mengejar acorn sehingga membawa beliau dia ke angkasa lepas di mana beliau tanpa sengaja telah mencetuskan sesuatu di cosmic hingga boleh mengancam Bumi. Hal ini menyebabkan Manny, Sid dan Diego membawa seluruh kumpulan untuk mencari perlindungan. Saksikan usaha mereka yang penuh sensasi dan terdapat gelak tawa dari karakter-karakter lucu mereka seperti tagline tersebut iaitu “one small step and one giant mess”!

Spacetastic Adventure with Ice Age Collision Course at Resorts World Genting Highlands
Ice Age Collision Course In Cinemas 7 July

Para peminat yang datang menonton filem ini boleh juga mengambil bahagian dalam acara-acara promosi di First World Plaza dari 10 pagi hingga tengah malam, dari 4 Jun hingga 24 Jul 2016. Ahli Genting Rewards pula boleh menikmati kemasukan percuma ke acara itu dan begitu juga dengan pelanggan First World Indoor Theme Park dan SnowWorld asalkan masih memakai gelang tangan (tiket).

Spacetastic Adventure Challenge


Spacetastic Adventure Challenge ini adalah permainan media sosial interaktif dan pertandingan pendidikan yang dijalankan untuk sepanjang tempoh acara ini. Sesi 10 minit diperuntukkan yang mana setiap pasukan terdiri daripada dua atau empat orang peserta setiap satu, membantu Scrat untuk perjalanan pulang ke bumi dengan selamat. Kanak-kanak dan keluarga akan menikmati pertandingan ini yang menonjolkan fakta-fakta yang menyeronokkan tentang sistem dan buruj apabila mereka mengambil bahagian dalam tiga solar cabaran dan melengkapkan pertandingan Facebook. Peserta berpeluang memenangi Ice Age Collision Course movie merchandises bernilai sehingga RM3,000.

Spacetastic Adventure with Ice Age Collision Course at Resorts World Genting Highlands
Interactive Game : What Sign Are You?

Spacetastic Adventure with Ice Age Collision Course at Resorts World Genting Highlands
Interactive Game : What Sign Are You?

Satu lagi aktiviti yang menyeronokkan adalah Manny's Match Up yang mana peserta perlu untuk menghafal kad yang disediakan dan membantu watak-watak yang terlibat mencari pasangan mereka. Token percuma akan diberikan kepada pemenang permainan ini.

Spacetastic Adventure with Ice Age Collision Course at Resorts World Genting Highlands
Interactive Game : Manny's Match Up

Peminat filem juga mempunyai peluang untuk berjumpa watak-watak kegemaran seperti Sid, Scrat dan Diego di sesi bertemu dan beramah mesra yang dijadualkan berlangsung dari 4 hingga 12 Jun, dan pada 18 , 19, 25 , 26 Jun 2016 dan 5-10 Julai 2016. Waktu dijadualkan: 11:30 , 13:30 , 15:30 dan 17:30. Jangan terlepas peluang untuk bertemu Buck, Crash & Eddie buat kali pertama di Resorts World Genting dan tidak lupa Scrat dalam Spacesuit beliau!

Spacetastic Adventure with Ice Age Collision Course at Resorts World Genting Highlands
Jangan lupa datang ke Resort World Genting untuk menyaksikan Ice Age : Collision Course (pic : blogger2u)

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.rwgenting.com atau hubungi 03-2718 1118 .



You Might Also Like

0 ♥ Surat Cinta ♥

Hubungi Penulis

Name

Email *

Message *

PRchecker.info
free web site traffic and promotion

Subscribe