PENGALAMAN DI GENTLEMEN'S TONIC SALON MEWAH UNTUK LELAKI

19.10.16

PENGALAMAN DI GENTLEMEN'S TONIC SALON EKSKLUSIF UNTUK LELAKI | Assalamualaikum semua.. Pertama kali ke kedai dandanan rambut Gentlemen's Tonic Mayfair ni mata dah terpukau dengan dekorasi dalamannya. Mana taknya, selalunya yang aku tau orang lelaki ni pi potong rambut mesti kat kedai india je. Ni la kali pertama aku gi tempat gunting rambut lelaki yang mewah ala hotel 5 bintang. 

Pengalaman Di Gentlemen's Tonic Salon Mewah Untuk Lelaki
kedai dandanan rambut Gentlemen's Tonic Mayfair

Uiks, dah nama kedai gunting rambut lelaki, mesti la untuk lelaki kan. Haaa... takkan potong rambut aku plak.. hehe.. sebenarnya aku teman bos besar Projek Travel saudara Mawardi Yunus pi gunting rambut kat sini. Alang-alang dapat free bagi la hadiah kat bos. Kemaen happy lagi muka bos. Mana tau lepas ni murah rezeki nak pi travel.. ahakss.. nampak nau ayat bodeksss.... keh keh keh..

Pengalaman Di Gentlemen's Tonic Salon Mewah Untuk Lelaki
Sessi nak makeover boss Projek Travel.. hehe

Gentlemen's Tonic yang terletak di Publika, Solaris Dutamas ni merupakan satu-satunya cawangan yang ada di Malaysia. Selain Malaysia cawangan lain adalah di Abu Dhabi, Dubai, Hong Kong, Mexico, New Delhi dan London. Patut salon ni nampak mewah dan eksklusif. Rupanya ia jenama antarabangsa. Tapi yang di Malaysia ni dikendalikan oleh orang tempatan kita iaitu En Fiqri Hylmanshah. Wahhhh... bangga tengok anak tempatan mengendalikan salon yang mewah macam ni.

Pengalaman Di Gentlemen's Tonic Salon Mewah Untuk Lelaki
Ruang tetamu

Pengalaman Di Gentlemen's Tonic Salon Mewah Untuk Lelaki
Ruang untuk gunting rambut menggunakan Takara Belmont Apollo 2 barberchair

Kat sini ada banyak khidmat dandanan yang boleh kaum Adam buat. Dari potong rambut sampai la ke massage. Semua ada. Tapi untuk hari ni, Mawardi akan melakukan  Haircut & Finish dan Beard Design. Maklum la Mawardi ni sayang bebenor ngan jambang dia tu, so tak boleh la nak shave kasi licin. Jom tengok apa lagi khidmat yang ada kat sini :

Pengalaman Di Gentlemen's Tonic Salon Mewah Untuk Lelaki
Pakej yang ditawarkan

Memandangkan salon dandanan kat sini ekslusif, dah tentu la sentuhan yang diberi ketika menggunting dan mendandan sangat kemas untuk menghasilkan kepuasan pelanggan. Menggunakan khidmat barber yang mahir dari luar negara sambil diiringi alunan muzik instrumental, memang tak terasa lama walaupun hakikat sebenar dekat satu jam setengah jugak la Mawardi duduk di kerusi tu. Mana taknya, setiap satu proses dilakukan dengan teliti tau. Tapi jangan risau, kerusi kat sini adalah jenis Takara Belmont Apollo 2 barberchair yang mana memang memberi keselesaan kepada pelanggan. Duk lama-lama pun best je. Ha, meh tengok proses mendandan Mawardi ni :

Pengalaman Di Gentlemen's Tonic Salon Mewah Untuk Lelaki
Rambut Mawardi dipotong pendek

Pengalaman Di Gentlemen's Tonic Salon Mewah Untuk Lelaki
Rambut Mawardi dikemaskan dengan menggunakan gunting

Pengalaman Di Gentlemen's Tonic Salon Mewah Untuk Lelaki
Jambang Mawardi dibentuk dan dikemaskan

Pengalaman Di Gentlemen's Tonic Salon Mewah Untuk Lelaki
Wajah Mawardi dibersihkan dan dicuci menggunakan produk Gentlemen's tonic

Pengalaman Di Gentlemen's Tonic Salon Mewah Untuk Lelaki
Wajah Mawardi dituam dengan tuala panas untuk memberi kesesgaran pada wajah

Pengalaman Di Gentlemen's Tonic Salon Mewah Untuk Lelaki
Sekali lagi wajah Mawardi dicukur untuk memastikan tiada kesan tajam akibat shave

Pengalaman Di Gentlemen's Tonic Salon Mewah Untuk Lelaki
Rambut Mawardi di shampoo

Pengalaman Di Gentlemen's Tonic Salon Mewah Untuk Lelaki
Rambut Mawardi dicuci

Pengalaman Di Gentlemen's Tonic Salon Mewah Untuk Lelaki
Rambut Mawardi dikeringkan

Pengalaman Di Gentlemen's Tonic Salon Mewah Untuk Lelaki
Touch up terakhir untuk rambut Mawardi

Pengalaman Di Gentlemen's Tonic Salon Mewah Untuk Lelaki
Produk Gentlement's Tonic yang tiada mengandungi bahan kimia

Sambil-sambil tunggu Mawardi tu, sempat jugak aku meround dalam kedai ni sebab teruja kan dengan dekorasi dalam ni yang ala-ala english style. Selain ruang gunting rambut yang terbuka, ada juga bilik gunting rambut khas bagi yang inginkan privasi. Biasanya bilik ni adalah untuk pelanggan VIP. Selain tu ada juga bilik khas untuk yang nak amik package massage. Bayangkan lepas gunting rambut, buat massage pulak...mesti feel relax dan segar lepas tu...

Pengalaman Di Gentlemen's Tonic Salon Mewah Untuk Lelaki
Bilik gunting rambut khas untuk yang inginkan privasi

Pengalaman Di Gentlemen's Tonic Salon Mewah Untuk Lelaki
Dekorasi dalam bilik privasi

Pengalaman Di Gentlemen's Tonic Salon Mewah Untuk Lelaki
Bilik massage

Fuh... boleh tahan lama gak menunggu Mawardi siap, nasib baik ruang menunggu kat sini selesa. Pastu yang bestnya kat sini diorang akan hidangkan coffee ataupun tea secara percuma. Jadi takde la bosan sangat menunggu. Tazabar nak tengok perubahan kat Mawardi, makin hensem ke idokkk... hehe

Pengalaman Di Gentlemen's Tonic Salon Mewah Untuk Lelaki
Rupa Mawardi selepas make over.. hensem tak?? hehe

Tadaaaa... amacam hensem tak Mawardi ? Bertambah macho kan. Mawardi sendiri berpuas hati dengan hasil tangan barber kat sini. Kemas dan teliti. Walaupun masa yang diambil agak lama tapi pengalaman gunting rambut di sini of course berbeza dengan kedai gunting rambut biasa. Lagipun sekaki sekala memanjakan diri di tempat begini memang berbaloi. Ha, kalau nak tau best ke tidak, korang kena la rasa sendiri. Artis pun ramai dah pergi ke sini. Meh aku share lokasi kedai ni di mana :

Pengalaman Di Gentlemen's Tonic Salon Mewah Untuk Lelaki
Kedai dandanan lelaki Gentlemen's Tonic

Alamat :
Gentlemen's Tonic
D5-G3-03 Publika, Solaris Dutamas, 
No 1, Jalan Dutamas 1, 
Kuala Lumpur

Telefon :
Tel: +603 6412 8660

Waktu operasi :
10 pagi - 9 malam setiap hari.

Website :

Email:
malaysia@gentlemenstonic.com

Facebook :
gentlemenstonicmy

Instagram :
@gentlemenstonicmy





You Might Also Like

6 ♥ Surat Cinta ♥

Hubungi Penulis

Name

Email *

Message *

PRchecker.info
free web site traffic and promotion

Subscribe