MANDIAN AURA PENGASIH 7 BUNGA TITISAN CENUAI SHIFAA

21.11.16

MANDIAN AURA PENGASIH 7 BUNGA TITISAN CENUAI SHIFAA | Assalamualaikum semua.. Orang tua-tua kata kalau lambat dapat jodoh ke atau selalu ditimpa malang, elok la mandi bunga. Eh, jangan salah sangka pulak. Bukan la niat mandi bunga tu supaya boleh dapat jodoh atau dapat buang bala. Tapi mandi bunga ni dapat menaikkan semula aura positif dalam diri. Yang penting mandi bunga ini haruslah dilakukan dengan niat kerana Allah SWT semata-mata dan juga tidak bercanggah dari landasan Islam. Menurut kata Dr. Fadzilah Kamsah dalam ceramahnya ada menyebut :

 "Mandi bunga ini dapat menaikkan seri wajah kerana badan manusia itu kembali segar selepas mandi bunga ini di lakukan kerana khasiat yang terdapat pada bunga ini menyerap kedalam tubuh badan"

Mandian Aura Pengasih 7 Bunga Titisan Cenuai Shifaa
Aura Pengasih 7 Bunga Titisan Cenuai Shifaa

Ha, elok juga kan amalkan mandi bunga ni. Patut la orang dulu-dulu sanggup pi petik bunga untuk buat mandian. Tapi kan zaman sekarang ni duduk kat rumah bertingkat, mana pulak nak pi cari bunga. Takkan nak petik bunga kat taman bunga pulak kan. Kang tak pasal-pasal kena saman pulak. Adoiii... kalau nak pi beli jenuh la pulak sampai 7 jenis bunga kan. Nasib baik ada mandian Aura Pengasih 7 Bunga Titisan Cenuai Shifaa.

Aura Pengasih 7 Bunga Titisan Cenuai Shifaa

Produk Aura Pengasih 7 Bunga Titisan Cenuai Shifaa ni merupakan pati dari 7 jenis bunga iaitu bunga senduduk putih, bunga kenanga, bunga harum sundal malam, bunga melor, bunga tanjung, bunga melati dan bunga kemboja. Perghh.. semuanya gabungan wangian dari bunga-bunga yang memang terkenal dengan haruman semulajadinya. Selain tu dalam produk Aura Pengasih 7 Bunga Titisan Cenuai Shifaa ni juga mengandungi limau purut, bidara dan akar-akar cenuai seperti akar senduduk Putih. Ha, cenuai ni la yang digunakan untuk pengasih.

Mandian Aura Pengasih 7 Bunga Titisan Cenuai Shifaa
Kebaikan Aura Pengasih 7 Bunga Titisan Cenuai Shifaa

Kalau nak tahu, produk Aura Pengasih 7 Bunga Titisan Cenuai Shifaa ini didatangkan dalam botol 30ml dan mudah untuk dibawa ke mana-mana. Ia juga telah dibacakan Asma tertentu untuk tujuan :

1.  Rawatan Islam (jin & sihir) 
2. Ilmu pengasihan (Rawatan untuk masalah berkaitan kasih sayang, ilmu yg dirahsiakan supaya tidak disalah guna, tetapi harus untuk menyelamatkan hubungan sesama manusia dan rumahtangga kerana dengki manusia lain)

Produk ni sesuai bagi semua yang punyai masalah dan mahu mencari IKHTIAR untuk :

❣  hindar gangguan sihir
❣  lambat jodoh
❣  tidak disenangi orang sekeliling
❣  mahu dikasihi orang sekeliling
❣  melembutkan hati seseorang
❣  penyeri wajah
❣  pengikat kasih sayang
❣  pemanis kata
❣  Mandian anak degil (mandikan kat anak)
❣  Bila mak ayah mandi.. anak lembut hati.. kasih sayang pada mak ayah. (Dgn bacaan ayat pengasih dan syifaa)

Mandian Aura Pengasih 7 Bunga Titisan Cenuai Shifaa
Cara guna Aura Pengasih 7 Bunga Titisan Cenuai Shifaa

Mungkin ada sesetengah pihak yang menganggap mandi bunga ni satu perbuatan Khurafat. Tapi bagi aku semua ni bergantung kepada niat kita kan. Tak salah kalau mandi bunga dengan niat untuk memberi kesegaran dan membangkitkan aura positif pada diri. Bila badan dah segar dan positif secara automatik orang di sekeliling kita pun akan berasa senang untuk mendekati kita. Kalau tak silap, dalam kajian saintifik pun ada mengenai isu ni. Yang penting jangan lupa untuk sentiasa berdoa kepada Allah agar dipermudahkan segala urusan di dunia dan di akhirat. Lagipun dalam Islam juga menggalakkan kita untuk berikhtiar jika inginkan sesuatu. 

Cara Penggunaan 1 

Cara terapi mandian aura

➠ titiskan 3 atau 5 atau 7 titis mandian aura cenuai ke dalam baldi (bilangan titisan mengikut keperluan)

➠ Mandi seperti biasa dahulu, kemudian jadikan mandian aura ini sebagai bilasan terakhir, diikuti niat yang positif. Dan jangan dibilas sesudah itu.

Cara Penggunaan 2

➠ titiskan 3 atau 5 atau 7 titis mandian aura cenuai ke dalam baldi (bilangan titisan mengikut keperluan)

➠ Mandi seperti biasa dahulu, kemudian jadikan mandian aura ini sebagai bilasan terakhir, selawat (3x) atau (11x) diikuti niat yang positif. Dan jangan dibilas sesudah itu.

Doa pilihan

Ya Allah jadikanlah ikhtiarku ini asbab kecantikan aura diriku, penyembuhan rohani dan jasmaniku, kembali pulih seperti mana keluar aku dari perut ibuku dulu.Amin

doa ini boleh diamalkan atau tidak, terpulang kepada anda, Lebih cepat kesan jika diamalkan semasa mandi

Waktu sesuai Mandi

Waktu yang paling afdhal mandian adalah ketika subuh, dan sebelum tidur, kadar mandian terpulang mengikut keperluan individu. Tiada sebarang syarat dan pantang larang.

Mandian Aura Pengasih 7 Bunga Titisan Cenuai Shifaa
Memberi kesegaran dan membangkitkan aura positif

Setelah mencuba beberapa kali produk Aura Pengasih 7 Bunga Titisan Cenuai Shifaa ni, ternyata aku lebih yakin untuk berhadapan dengan orang. Tambahan pula sebagai seorang blogger, memang aku akan kerap berjumpa dengan klien ataupun sesama rakan blogger. Tapi bab jodoh, mungkin masih menjadi rahsia Allah. Aku hanya melakukan ikhtiar selebihnya aku serahkan kepada Allah s.w.t. 

Jika ada antara korang yang ingin mencuba produk Aura Pengasih 7 Bunga Titisan Cenuai Shifaa ini ataupun berminat untuk menjadi agent, boleh rujuk info melalui laman facebook atau menghubungi sendiri melalui talian telefon yang tertera di bawah. Untuk makluman, laman web mereka ada tapi masih under construction. 

Harga Aura Pengasih :
RM60 (SM)
RM70 (SS)

Laman web :

Facebook :

Hashtag : 
#aurapengasih #aurapengasihmalaysia #aurapengasihmurah #mandibunga #pati7bunga #gelmandian #titisancenuai #bungacenuai #harumanbunga #limitedstock #jomcantik #jomwangi #mandianspa #mandianaura #terlajaklaris #terlajakmurah #pikatsuami #anakdara #bakalpengantin #rahsiawanita  #nakcantikcarisaya  #sayagunasayajual #sayajualmurah #bazarpaknil #bazarmalaysia #igreview #igreviewmalaysia #igseller #vsco #vscom

Telefon :
013-6608990



You Might Also Like

6 ♥ Surat Cinta ♥

  1. hi, saya datang blogwalking sambil follow sini terus :)

    ReplyDelete
  2. ni bukan je cepat sampai jodoh, silap2 lalu je smua dok pandang sebab aura kuat sangat hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha... tapi jodoh ko plak yg sampai dulu.. ehh

      Delete
  3. Replies
    1. InshaAllah, ni kita usaha je. Selebihnya terserah pada Tuhan

      Delete

Hubungi Penulis

Name

Email *

Message *

PRchecker.info
free web site traffic and promotion

Subscribe