JUALAN GUDANG BESAR-BESARAN BENANG HIJAU DAN MCC

JUALAN GUDANG BESAR-BESARAN BENANG HIJAU DAN MCC | Assalamualaikum semua... yeahhh, bertemu lagi kita. Hari ni dua entri aku update. Sesuatu yang di luar jangkauan minda sebab kalau tak, seminggu berabuk jek. Tak tau la nape malam ni mood terlebih rajin. Lagipun aku nak share something yang special untuk korang-korang semua. Memandangkan ianya berlaku hujung minggu ni, harusla aku kena share awal kan. So, boleh la korang plan apa yang patut.

Jualan Gudang Besar-Besaran Benang Hijau dan MCC

Berita baik untuk korang-korang yang berada di sekitar Lembah Klang, butik pakaian muslimah popular Benang Hijau akan bergabung dengan butik MCC untuk membuat jualan gudang secara besar-besaran pada Sabtu dan Ahad ni bersamaan 25 & 26 Februari. Sape tak kenal Benang Hijau ni kan. Butik yang menawarkan pelbagai pakaian muslimah yang popular di Malaysia. 

Jualan Gudang Besar-Besaran Benang Hijau dan MCC

Untuk jualan gudang nanti, Benang Hijau dan MCC menawarkan lebih 50 jenis tudung dengan harga paling murah iaitu serendah RM5 bagi penghabisan stok. Selain itu, sebanyak 100 jenis blouse, jubah dan palazzo boleh didapati dengan harga serendah RM35 dan RM50 pada hari istimewa berkenaan. Rugi wei kalau tak pergi. Bayangkan kalau harga macam tu, beli 10 helai pun baru dalam RM350-RM500. Wow, murah gilerrrr tu 😍 sebab selalunya jubah mau cecah RM100++ sepasang.

Jualan Gudang Besar-Besaran Benang Hijau dan MCC

HA, ada satu lagi yang best. Pengujung juga berpeluang mendapat cabutan bertuah, hamper dan baucar tunai untuk setiap pembelian sehingga RM150. Gileee... siap dapat hadiah tu. Ni yang buat iols makin teruja nak pi.. adusssss....

Jualan Gudang Besar-Besaran Benang Hijau dan MCC

Selain itu, Benang Hijau dan MCC turut memperkenalkan tudung rekaan terbaru mereka dan dijual dengan harga istimewa khas untuk hari itu sahaja. Lebih menarik lagi, pelbagai aktiviti disediakan untuk kanak-kanak antaranya hiburan bersama watak animasi Didi & Friends. So, sape-sape yang datang bawa anak-anak tu takde la diorang bosan kan menunggu mak nya shopping.

Jualan Gudang Besar-Besaran Benang Hijau dan MCC

Jadi, apa tunggu lagi. Datang beramai-ramai ke jualan gudang Benang Hijau dan Butik MCC yang berlangsung pada 25 & 26 Februari ini di HQ MCC Bangi yang beralamat di No. 3, Perindustrian Suntrack, Seksyen 13, Bandar Baru Bangi, Selangor... Sape-sape yang tak sempat nak pergi tapi ingin membeli, boleh berhubung dengan personal shopper kat bawah ni...jadi tiada lagi alashonnn hokeyyy....adios..

Jualan Gudang Besar-Besaran Benang Hijau dan MCC

Facebook :



Post a Comment

2 Comments