FIESTA RAPIDRAIL DI STESEN LRT ARA DAMANSARA

16.4.17

FIESTA RAPIDRAIL DI STESEN LRT ARA DAMANSARA | Assalamualaikum semua... Rapid Rail, operator perkhidmatan rel Rapid KL mengumumkan penganjuran Fiesta RapidRail di Stesen LRT Ara Damansara, yang berlangsung sepanjang bulan ini dan diadakan dengan kerjasama portal membeli-belah atas talian, Roopawan.

Fiesta RapidRail Di Stesen LRT Ara Damansara
Fiesta RapidRail Di Stesen LRT Ara Damansara

Dianjurkan pada setiap hari Sabtu dan Ahad sepanjang bulan ini, Fiesta berkenaan melibatkan penyertaan lebih 60 vendor, trak makanan serta gerai selebriti tempatan dengan dimeriahkan oleh pelbagai persembahan hiburan.

Fiesta RapidRail Di Stesen LRT Ara Damansara
60 vendor, trak makanan serta gerai selebriti tempatan terlibat

Uniknya, fiesta yang bermula 10 pagi sehingga 10 malam ini dikelolakan sepenuhnya oleh kumpulan artis ternama tanah air - Sakura Band dan 6ixth Sense dengan gerai-gerai selebriti seperti Alvin Chong, Anis Al Idrus, Bunkface, Wak Doyok, Fiza Sabjahan (Personaliti TV), Hazreena (Personaliti TV), Bob Ringgo dan Tonton.

Fiesta RapidRail Di Stesen LRT Ara Damansara
Antara barisan artis yang terlibat

Berucap melancarkan fiesta itu pada 9 April 2017 (Ahad) lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd, Dato’ Ir Zohari Sulaiman berharap acara yang dianjurkan buat julung kali itu akan membuahkan hasil yang memberangsangkan.  

Fiesta RapidRail Di Stesen LRT Ara Damansara
Dato’ Ir Zohari Sulaiman

“Fiesta Makanan RapidRail yang dianjurkan di Stesen LRT Ara Damansara ini adalah satu inisiatif Rapid Rail untuk mempromosi dan menceriakan stesen-stesen LRT supaya ianya menjadi tempat tarikan dan hentian setempat untuk orang ramai berinteraksi dan juga melaksanakan aktiviti komersial. Usaha ini diharapkan dapat menarik lebih ramai orang awam menggunakan perkhidmatan LRT, yang disediakan oleh kerajaan untuk kemudahan rakyat. Inisiatif ini juga diharapkan akan  meningkatkan bilangan penumpang sekali gus menjana pendapatan positif kepada Rapid Rail. Kami berharap acara ini akan mendapat sambutan yang memberangsangkan,” kata Dato’ Ir Zohari Sulaiman.

Di pihak selebriti yang bekerja keras menjayakan acara berkenaan, mereka melahirkan rasa bangga untuk menyokong usaha Rapid Rail menggalakkan lebih ramai orang awam menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam khususnya perkhidmatan LRT dan monorel Rapid KL. 

Fiesta RapidRail Di Stesen LRT Ara Damansara
Dato’ Ir Zohari Sulaiman dan orang kuat Fiesta RapidRail

“Kami berbangga diberi kepercayaan sepenuhnya oleh pihak Rapid Rail dalam mengelolakan acara sebegini. Sakura Band dan 6ixth Sense melihat penyertaan kami selaku syarikat pengurusan acara membuktikan kami tidak mahu terus berada di dalam zon selesa hiburan sahaja. Ini adalah batu loncatan untuk kami berkecimpung dalam bisnes korporat serta membina jenama kumpulan kami,” 
- Shahrul Effendy jurucakap 6ixth Sense & Sakura Band -

Bersandarkan moto ‘Modest, Modern & Muslims’, Roopawan tampil sebagai hub atau hentian setempat untuk produk fesyen dan kecantikan buat pasaran global Muslim.

Fiesta RapidRail Di Stesen LRT Ara Damansara
 Siti Amalina Ariffin

“Roopawan menawarkan akses perniagaan kepada golongan selebriti selain syarikat usahawan kecil dan sederhana menerusi platform atas talian di www.roopawan.com selain acara bazar contohnya di Fiesta RapidRail ini,”
- Siti Amalina Ariffin Penolong Pengurus Besar Roopawan Marketing Sdn Bhd -

Fiesta RapidRail Di Stesen LRT Ara Damansara
Booth Tonton di Fiesta RapidRail 2017

Pihak terlibat Fiesta RapidRail 2017

Facebook :

Instagram :

Laman Rasmi Rapid KL


You Might Also Like

0 ♥ Surat Cinta ♥

Hubungi Penulis

Name

Email *

Message *

PRchecker.info
free web site traffic and promotion

Subscribe