BUFFET RAMADHAN 2017 : QUALITY HOTEL CITY CENTRE KUALA LUMPUR

BUFFET RAMADHAN 2017 : QUALITY HOTEL CITY CENTRE KUALA LUMPUR | Assalamualaikum semua.. Hari ni kita kembali berkongsi cerita mengenai lokasi berbuka puasa. Bukan apa, mana tau ada di antara pembaca kat sini tengah berfikir nak berbuka kat mana kan petang ni. So, meh aku suggest satu lakgi lokasi iaitu di Benteng Coffee House, Quality Hotel City Centre, Kuala Lumpur. Lokasi hotel ni sangat dekat dengan stesen LRT Bandaraya. So, bagi sesiapa yang tidak mempunyai kenderaan sendiri, boleh nak LRT aje. So, mudah la nak ajak kengkawan pergi berbuka di hotel kan. 

Buffet Ramadhan 2017 : Quality Hotel City Centre Kuala Lumpur
Buffet Ramadhan 2017 di Quality Hotel City Centre Kuala Lumpur

Untuk tahun 2017 ni, Quality Hotel City Centre, Kuala Lumpur menampilkan buffet ramadhan dengan bertemakan 'Juadah Berbuka Puasa, Tradisi Masakan Bonda'. Terdapat lebih kurang 100 variasi menu dari pembuka selera sehingga pencuci mulut bakal dihidangkan kepada para pengunjung. So, bagi sesiapa yang tak dapat pulang ke kampung boleh la datang ke sini untuk merasai menu macam mak kita masak. Antara menu yang ada kat sini adalah Nasi Beriyani, Nasi Minyak, Nasi Tomato, Nasi Hujan Panas, Lala Goreng Berlado, Daging Salai Masak Lemak Cili Api, Ayam Kapitan, Pajeri Nenas, Ikan Bawal Masak Tomato, Kambing Kuzi, Ikan Keli Sambal, Pucuk Manis Masak Lemak Keledek dan pastinya ada Kambing Bakar Meletop..

Buffet Ramadhan 2017 : Quality Hotel City Centre Kuala Lumpur
Paru Berlada

Buffet Ramadhan 2017 : Quality Hotel City Centre Kuala Lumpur
Sotong Paprik

Buffet Ramadhan 2017 : Quality Hotel City Centre Kuala Lumpur
Lala Goreng Berlado

Buffet Ramadhan 2017 : Quality Hotel City Centre Kuala Lumpur
Sayur Campur Goreng Dengan Fucuk

Buffet Ramadhan 2017 : Quality Hotel City Centre Kuala Lumpur
Daging Hitam Manis Mamak Style

Buffet Ramadhan 2017 : Quality Hotel City Centre Kuala Lumpur
Ikan Tenggiri Kari dengan Bendi

Buffet Ramadhan 2017 : Quality Hotel City Centre Kuala Lumpur
Ayam Masak Ros

Buffet Ramadhan 2017 : Quality Hotel City Centre Kuala Lumpur
Kambing Bakar Meletop

Adusss, bila tengok menu teringat mak kat kampunggg.. huhu.. Ni yang rasa nak balik kampung ni.. 😍. Eh, cop ada lagi tau menu lain kat sini. Tapi yang bestnya Quality Hotel City Centre, Kuala Lumpur telah menyediakan 15 gerai makanan yang menyajikan hidangan Ramadan kegemaran untuk membangkitkan suasana seperti bazaar. Antaranya gerai Nasi Ayam, gerai Laksa, gerai Keropok Lekor dan Pisang Goreng, gerai Sup Gear Box, Sup Ikan, gerai Roti John, Murtabak Ayam dan Roti Canai serta ada banyak lagi.

Buffet Ramadhan 2017 : Quality Hotel City Centre Kuala Lumpur
gerai Keropok Lekor dan Pisang Goreng

Buffet Ramadhan 2017 : Quality Hotel City Centre Kuala Lumpur
gerai Nasi Ayam

Buffet Ramadhan 2017 : Quality Hotel City Centre Kuala Lumpur
gerai Laksa

Buffet Ramadhan 2017 : Quality Hotel City Centre Kuala Lumpur
Sup Gear Box

Ya ampunn.. lapar pulak tengok makanan ni.. huhu... Tapi belum habis lagi. Ada banyak lagi menu kat Quality Hotel City Centre, Kuala Lumpur ni. Ada juga disediakan pelbagai pilihan pembuka selera dan salad seperti Kerabu Nangka Muda, Kerabu Kaki Ayam, Kerabu Lidah Lembu, Ikan Masin Goreng, Telur Ikan Goreng, Udang Goreng Berempah dan banyak lagi. Tak lupa pada lemang, ketupat palas dan serunding pun ada. Dah macam raya plak.. hehe

Buffet Ramadhan 2017 : Quality Hotel City Centre Kuala Lumpur
Pelbagai jenis kerabu

Buffet Ramadhan 2017 : Quality Hotel City Centre Kuala Lumpur
Lemang, ketupat palas dan serunding

Tak lengkap rasanya kalau makan buffet tapi takde desserts kan. Kat sini pun ada disediakan pelbagai jenis desserts dan juga kuih muih melayu  yang pastinya membuat kita rasa tak mau berhenti makan. Buah-buahan dan kurma pun ada. Jangan risau kalau rasa kenyang, berhenti sebentar lepas tu boleh sambung makan lagi... hehe

Buffet Ramadhan 2017 : Quality Hotel City Centre Kuala Lumpur
Pelbagai jenis desserts dan kuih muih

Fuhh.. bila tengok semua menu-menu yang ada ni, mesti korang nak tau harga kan. Kat bawah ni ada harga untuk Buffet Ramadhan 2017 di Quality Hotel City Centre, Kuala Lumpur yang bermula pada 27 Mei 2017 hingga 24 Jun 2017. So, mai ajak semua datang untuk berbuka puasa di sini.

Buffet Ramadhan 2017 : Quality Hotel City Centre Kuala Lumpur
Iftar di Quality Hotel City Centre, Kuala Lumpur


Harga Buffet Ramadhan 2017 di Quality Hotel City Centre, Kuala Lumpur
RM72++ untuk dewasa
RM52++ untuk kanak-kanak

--------------------------------------------------------------------------------------------

Telefon :
03-26148000
03-26148026
03-26148033

Facebook :

Instagram :

Twitter :

Website :



Post a Comment

0 Comments