BUZZME WORLD SIM STARTER PACK : SATU SIM KAD UNTUK MELANCONG

21.5.17

BUZZME WORLD SIM STARTER PACK : SATU SIM KAD UNTUK MELANCONG | Assalamualaikum semua.. Sebagai seorang blogger bila kena pergi keluar negara, internet la benda penting yang disetelkan dulu. Mana taknya, karang dibuatnya takde internet, mati kutu la sepanjang perjalanan. Kalau kat hotel boleh la tumpang wifi hotel tapi bila keluar jenjalan, alamatnya peram la gambar tu sampai balik.. Jadinya bila sampai aja kat airport, benda pertama yang dicari local sim kad la. Betul tak?

BuzzMe World Sim Starter Pack : Satu Sim Kad Untuk Melancong
BuzzMe World Sim Starter Pack : Satu Sim Kad Untuk Melancong

Tapi kan, kadang-kadang sampai airport tu tak sempat nak beli simkad. Lagipun konpius la nak beli yang mana satu sebab kita tak tau simkad kat negara luar ni macam mana rate dia. Betul tak? Masa tu la terfikir, alangkah bagusnya kalau sim kad kita tu boleh terus pakai je kat oversea. Tak payah nak beli sim kad lain. 

BuzzMe World Sim Starter Pack : Satu Sim Kad Untuk Melancong
BuzzMe World Sim Starter Pack

Memahami kehendak orang-orang macam aku ni, rupanya ada pihak telah mengambil inisiatif untuk mengeluarkan satu sim kad yang boleh digunakan di pelbagai negara. Pelancaran M8 Word Sim, Buzzme World SIM Starterpack merupakan satu kategori baru untuk Sim Kad Prabayar telah menembusi pasaran pengguna mudah alih Malaysia sejak Mei 2017. BuzzMe telah didaftarkan di bawah Mobile 8 Telco Sdn Bhd dan EA in-house MVNO.

BuzzMe World Sim Starter Pack : Satu Sim Kad Untuk Melancong
Tandatangan Bersama Enabling Asia

BuzzMe World Sim Starter Pack dengan menggunakan tagline "ONE WORLD. ONE SIMCARD", mengendalikan ciri M8 World SIM dalam model hibrid, membolehkan pelanggan untuk berhubung di dalam Malaysia dan juga di lebih daripada 200 buah negara. Wow, dahsyat tu. Nak kena tengok ni list negara yang terlibat. Senang nak masukkan dalam wishlist Travel nanti. hehe.

KELEBIHAN BUZZME WORLD SIM


BuzzMe World Sim Starter Pack : Satu Sim Kad Untuk Melancong
BuzzMe World Sim Starter Pack

Buzzme yang berwajah baru dilancarkan pada Ogos 2016 dengan imej yang lebih segar dan lebih bertenaga dengan bersesuaian dengan keperluan dan kehendak Gen X, Gen Y dan zaman serba millenium. Berikut antara kelebihan BuzzMe World Sim :

📌 Unlimited Validity - 1st di Malaysia yang menawarkan pelan langganan dengan kesahihan percuma
📌 Delightful Rewards - 1st di Malaysia yang menawarkan kredit 20% kembali untuk bayar per- penggunaan trafik
📌 Reload Indulgence - 1st di Malaysia yang menawarkan program Reload Indulgence
📌 Cheaper Reloads Online - 1st di Malaysia yang menawarkan nilai tambah nilai yang lebih baik melalui top-up secara talian (online)
📌 Smarter Bundles - 1st di Malaysia yang menawarkan pakej yang berpatutan dan well-rounded kepada pelanggan prabayar
📌 Free PA Insurance - 2nd di Malaysia yang menawarkan perlindungan Kemalangan Peribadi sehingga RM100,000

Terdapat 3 jenis langganan atau pakej yang ditawarkan iaitu :

📌 Smarter Bundle - semua-bulat, pakej wang bernilai bagi- dengan data, panggilan dan SMS
📌 Smart Surf - pelan data Smart dan munasabah bagi pelanggan yang mengambil berat lebih lanjut mengenai data
📌 Kesahan Smart - Membolehkan pelanggan menikmati 365 hari tempoh sah dengan membayar yuran sekali sebanyak RM38

Cara Menggunakan Buzzme World Simcard Starter pack.

Berikut adalah cara-cara untuk menggunakan Buzzme World Simcard Starter pack

📌 Step 1 Getting Started – Masukkan Buzzme World Simcard ke dalam peranti mudah alih, sambung ke WiFi dan memuat turun aplikasi M8 World Sim (APP).
📌 Step 2 Login – Log masuk dengan nombor telefon bimbit dan kata laluan APP yang dicetak pada kad SIM, kemudian daftar butir-butir peribadi seperti yang dikehendaki. Anda akan menerima pengesahan SMS dan e-mel setelah selesai.
📌 Step 3 Before Departure – Anda boleh membeli pelan langganan dari negara destinasi melalui APP dan pembayaran boleh dibuat melalui prabayar (eWallet) atau kad kredit anda yang sedia ada. Anda akan menerima SMS pemberitahuan dan e-mel apabila transaksi itu berjaya diselesaikan. Nombor anda akan ditukar secara automatik dan akan muncul dalam APP bersama-sama dengan  pelan langganan yang dibeli.
📌 Step 4 Arriving Abroad – Masuk log masuk di aplikasi dan pilih nombor yang anda telah terima sebelum ini dan anda boleh terus menggunakan internet dari nombor tersebut. 
📌 Step 5 Coming Home – Log masuk semula ke aplikasi tersebut dan pilih nombor telefon asal anda.

BuzzMe World Sim Starter Pack : Satu Sim Kad Untuk Melancong
Saya dah ada satu.. hehe

Ha, mudah kan.. semuanya hanya dibuat melalui applikasi M8 World Sim sahaja. Jadi tak perlu nak susah-susah pergi beli sim kad baru bila setiap kali nak melancoong ke luar negara. Guna je BuzzMe. Dok cerita-cerita ni, mesti korang nak tau harga kan.  BuzzMe Simcard Starter Pack ini dijual dengan harga RM99 (dengan nilai kredit sebanyak RM50). Kalau nak top up pulak, boleh buat secara online (atas talian) melalui www.m8.com.my ataupun dimana-mana kedai 7-Eleven di seluruh negara dan E-Pay (Touch Point) atau dimana-mana dealer yang dilantik. Untuk maklumat lanjut boleh rujuk di :

Website : 

Contact no : 
011 3400 4400 (hello centre)



You Might Also Like

2 ♥ Surat Cinta ♥

  1. kesahan smart tu murah la plak weh..untuk setahun terus haaaaa...

    ReplyDelete

Hubungi Penulis

Name

Email *

Message *

PRchecker.info
free web site traffic and promotion

Subscribe