DRAMATARI LATANA THE BOBOHIZAN

by - 24.1.18

DRAMATARI LATANA THE BOBOHIZAN | Assalamualaikum semua.. Permulaan 2018 yang agak busy tapi masih sempat meluangkan masa untuk menonton teater. Yeayyy, kiranya ni la teater yang pertama aku tonton untuk 2018 ni. Kalau korang nak tau, aku memang minat tengok teater. Bagi aku menonton teater ni ada kepuasan dia yang tersendiri. Sape yang belum pernah tengok teater, aku sarankan korang cuba la pergi. Harga tiket pun tak mahal dan kadang-kadang ada juga yang percuma. Mesti korang tak percaya kan.. Iyee, betul wakkk... zaman sekarang ni masih ada lagi yang percuma tau. 

Dramatari Latana The Bobohizan
Dramatari Latana The Bobohizan

Macam biasa la, aku pergi tengok teater beramai-ramai dengan geng Projek Travel. Baru la happening.. hehe. Tajuk teater yang kami tengok ni adalah Latana The Bobohizan. Sebenarnya teater ni adalah berbentuk dramatari dan merupakan sebuah program Penilaian Tahun Akhir (PETA) anjuran Pelajar Fakulti Pengurusan Seni Budaya ASWARA. Pementasan dramatari ini menampilkan barisan para pelajar dan alumni dari Fakulti Tari dan Teater ASWARA di bawah pimpinan saudara Aim Zackry. Projek ini bertujuan untuk membantu usaha dalam mempromosikan produk kebudayaan Negeri Sabah khususnya Kadazandusun sekaligus menyambut Tahun Melawat Sabah 2018 (Keningau).


SINOPSIS DRAMATARI LATANA THE BOBOHIZAN


Dramatari ini menceritakan perjalanan hidup Latana yang mana dilahirkan sebagai anak yatim piatu, beliau kehilangan bapanya sebelum dilahirkan dan ibunya pula meninggal selepas beliau dilahirkan. Latana dibesarkan dan diasuh dengan penuh kasih sayang oleh Odu Lijah yang merupakan nenek kepada Latana dan beliau adalah seorang Bobohizan yang berkuasa. Dalam kehidupannya, Odu Lijah ingin menjadikan Latana sebagai seorang Bobohizan sepertinya yang mempunyai pelbagai kebolehan yang luar biasa. Apabila meningkat dewasa Latana bertemu dengan seseorang yang bernama Gandis dan kawannya Lunggok yang berasal dari kampung sebelah. Mereka semakin rapat dan akhirnya berkahwin.

Dramatari Latana The Bobohizan
Ini la gadis yang bernama Latana

Berlaku kemarau panjang di kampung tersebut. Kemarau ini mengakibatkan pelbagai kesengsaraan kepada penduduk terutamanya kepada bekalan makanan yang semakin berkurangan, hasil tanaman tidak menjadi, tanah menjadi tandus dan gersang. Oleh yang demikian, Latana telah mendapat petanda bahawa beliau perlu melakukan pengorbanan nyawa seorang perempuan suci. Jadi sebagai tanda membalas budi atas pengorbanan Latana maka sambutan Magavau diadakan sebagai tanda kesyukuran dan memperingati peristiwa itu.


BABAK DRAMATARI LATANA THE BOBOHIZAN


Dalam teater, plot penceritaan dibahagi kepada beberapa babak bagi memudahkan pementasan. Untuk dramatari Latana The Bobohizan, sebanyak 7 babak dipentaskan. Setiap babak mempunyai kekuatan jalan cerita nya sendiri seperti berikut :


Dramatari Latana The Bobohizan
Babak 1 : Kelahiran (Popo-du)

Dramatari Latana The Bobohizan
Babak 2 : Pelajari Ilmu (Inaisi Ingkau)

Dramatari Latana The Bobohizan
Babak 3 : Perkahwinan (Mionon Pinisi)

Dramatari Latana The Bobohizan
Babak 4 : Tolak Bala (Monogit)

Dramatari Latana The Bobohizan
Babak 5 : Kematian (Dunsai)

Dramatari Latana The Bobohizan
Babak 6 : Ritual dan Alam Ghaib (Mimpi)

Dramatari Latana The Bobohizan
Babak 7 : Magavau (Mendapat rezeki / Acara Kesyukuran)

Ternyata Dramatari Latana The Bobohizan merupakan sebuah kisah yang penuh menyayat hati namun memberi impak terhadap kepercayaan dan budaya masyarakat Kadazandusun. Aku pasti ramai yang tidak mengetahui kisah seperti Latana iaitu seorang Bobohizan yang sangat berpengaruh. Itu sebab aku suka tengok teater begini. Dapat menambah ilmu pengetahuan.. hehe.. 

Dramatari Latana The Bobohizan
Tahniah semua yang terlibat

Apapun tahniah kepada semua pelakon dan juga krew yang terlibat dalam pementasan Dramatari Latana The Bobohizan.. adiosss


You May Also Like

2 ♥ Surat Cinta ♥

  1. Rasa mcm masih belum pernah tengok teater lg.. kene try jgk ni

    ReplyDelete
  2. kalau diberi peluang saya pun nak tengok teater

    ReplyDelete