KEMERIAHAN DAN PEMENANG ANUGERAH JUARA LAGU 32

KEMERIAHAN DAN PEMENANG ANUGERAH JUARA LAGU 32 | Assalamualaikum semua.. Berakhir la sudah penantian debaran AJL 32. So, macam mana ?? puas hati tak dengan keputusan malam tu? Iya, aku pasti sedikit sebanyak mesti ada yang tak puas hati bila artis pujaan tidak mendapat apa-apa hadiah. Tapi tu kan adat pertandingan. Lagipun persaingan malam tu hebat-hebat belaka.. Kalau la aku jadi juri, semua aku bagi memang.. haha

Kemeriahan Dan Pemenang Anugerah Juara Lagu 32
Anugerah Juara Lagu 32

Pada malam Anugerah Juara Lagu ke 32 kali ni aku berkesempatan untuk pergi sendiri ke Axiata Arena Bukit Jalil bersama dengan beberapa rakan blogger yang lain. Perghh.. ini la pertama kali aku dapat menyaksikan Anugerah Juara Lagu secara Live. Selalu tengok kat TV je. Siyesly lain perasaan bila tengok sendiri depan mata dengan kat TV. Time ni la dapat tengok apa yang berlaku di sebalik persiapan sebelum penyanyi mula menyanyi di tambah pulak dengan kemeriahan sokongan padu dari peminat. Meriah dan sangat-sangat happening weiii... Terima kasih Tonton dan Xtra sebab bagi tiket VIP kat sis.. hehe

Kemeriahan Dan Pemenang Anugerah Juara Lagu 32
Antara geng Blogger yang hadir

Kemeriahan Dan Pemenang Anugerah Juara Lagu 32
Gambar kenangan di dalam Axiata Arena sempena AJL32

Bila dah tengok secara Live ni, dapat la aku shoot gambar-gambar sekitar AJL 32 dan juga persembahan 12 finalis. Berikut aku kongsikan gelagat artis di atas pentas semasa membuat persembahan.


Persembahan Pembukaan : Stacy, Waris, Ag Coco & Edrie Hashim

Kemeriahan Dan Pemenang Anugerah Juara Lagu 32
Persembahan pembukaan yang bertenaga

Kemeriahan Dan Pemenang Anugerah Juara Lagu 32
Stacy muncul dengan 3 persalinan baju.. pantas betul dia tukar pakaian


Memperkenalkan Trofi Untuk Pemenang : Rekaan Rizman Ruzaini

Kemeriahan Dan Pemenang Anugerah Juara Lagu 32
Nasha Aziz, Aleeza Kassim dan Tinie membawa trofi AJL 32

Kemeriahan Dan Pemenang Anugerah Juara Lagu 32
Pereka Trofi Rizman Ruzaini


Pengacara AJL 32 : Alif Satar dan Sherry Al-Hadad

Kemeriahan Dan Pemenang Anugerah Juara Lagu 32
Pengacara AJL32 yang memang torbaekk.. ada je punch line mereka


Persembahan Finalis 1 : Lebih Sempurna - Syamel

Kemeriahan Dan Pemenang Anugerah Juara Lagu 32
Syamel membuka tirai sebagai persembahan finalis pertama

Kemeriahan Dan Pemenang Anugerah Juara Lagu 32
Suara Syamel memang tidak dapat disangkal lagi. best


Persembahan Finalis 2 : Sejati - Azmi Caliph Buskers

Kemeriahan Dan Pemenang Anugerah Juara Lagu 32
Lelaki yang dikatakan Sofi Jikan. Eh, macam tak sama jek.. hehe

Kemeriahan Dan Pemenang Anugerah Juara Lagu 32
Azmi sekali lagi membuktikan bahawa kecacatan bukan penghalang untuk membuat persembahan memukau


Persembahan Finalis 3 : Aku Yang Sebenar - Hazama The Penglipur Lara

Kemeriahan Dan Pemenang Anugerah Juara Lagu 32
Persembahan Hazama The Penglipur Lara

Kemeriahan Dan Pemenang Anugerah Juara Lagu 32
Air mata hitam ke tu?? 

Kemeriahan Dan Pemenang Anugerah Juara Lagu 32
Isteri Hazama juga turut mengiringi persembahan beliau


Persembahan Finalis 4 : Menahan Rindu - Wany Hasrita

Kemeriahan Dan Pemenang Anugerah Juara Lagu 32
Wany Hasrita berganding dengan pelakon Syazuwan Hassan

Kemeriahan Dan Pemenang Anugerah Juara Lagu 32
Merahnya outfit Wany


Persembahan Finalis 5 : Jampi - Hael Husaini

Kemeriahan Dan Pemenang Anugerah Juara Lagu 32
Persembahan Hael Husaini dah mantap tapi sayang lighting merah sangat

Kemeriahan Dan Pemenang Anugerah Juara Lagu 32
Ni je yang mampu wakk, merah sangat lighting


Persembahan Finalis 6 : Akhirnya Cinta - Salma

Kemeriahan Dan Pemenang Anugerah Juara Lagu 32
Salma kelihatan kecil di sebalik Prop 

Kemeriahan Dan Pemenang Anugerah Juara Lagu 32
Tapi suara Salma paling power malam tu


Persembahan Finalis 7 : Separuh Matiku Bercinta - Dayang Nurfaizah

Kemeriahan Dan Pemenang Anugerah Juara Lagu 32
Persembahan Dayang diiringi biola

Kemeriahan Dan Pemenang Anugerah Juara Lagu 32
Cantik baju Dayang Nurfaizah


Persembahan Finalis 8 : Aku Cinta - Syamel & Ernie Zakri

Kemeriahan Dan Pemenang Anugerah Juara Lagu 32
Prop paling besar.. siap ada tangga tu

Kemeriahan Dan Pemenang Anugerah Juara Lagu 32
Persembahan mantap Syamel & Ernie sehingga mendapat komen Pitch Perfect dari Juri


Persembahan Finalis 9 : Amboi - Altimet

Kemeriahan Dan Pemenang Anugerah Juara Lagu 32
Persembahan paling meriah dari Altimet

Kemeriahan Dan Pemenang Anugerah Juara Lagu 32
Ha, perasan tak makcik tu sape? Tu la Pelakon Nabila Huda


Persembahan Finalis 10 : Warkah Untukku - Ara Johari

Kemeriahan Dan Pemenang Anugerah Juara Lagu 32
Walaupun ada masalah suara tetapi Ara tetap teruskan persembahan

Kemeriahan Dan Pemenang Anugerah Juara Lagu 32
Apapun persembahan Ara tidak mengecewakan


Persembahan Finalis 11 : Bayang - Khai Bahar

Kemeriahan Dan Pemenang Anugerah Juara Lagu 32
Persembahan Khai Bahar bersama penari latar

Kemeriahan Dan Pemenang Anugerah Juara Lagu 32
Eh, takde plak bayangnya.. hehe


Persembahan Finalis 12 : Tergantung Sepi - Haqiem Rusli

Kemeriahan Dan Pemenang Anugerah Juara Lagu 32
Haqiem membuat kelainan dengan membawa pelajar ‘istimewa’ yang membuat pergerakan bahasa isyarat 

Kemeriahan Dan Pemenang Anugerah Juara Lagu 32
Persembahan Haqiem Rusli menyentuh hati peminat


Persembahan Interlude : Datuk A. Rahman Hassan, Datuk Jeffrydin, Datuk Awie, Siti Sarah

Kemeriahan Dan Pemenang Anugerah Juara Lagu 32
Datuk A. Rahman Hassan

Kemeriahan Dan Pemenang Anugerah Juara Lagu 32
Datuk Awie

Kemeriahan Dan Pemenang Anugerah Juara Lagu 32
Siti Sarah

Kemeriahan Dan Pemenang Anugerah Juara Lagu 32
Datuk Jeffrydin

Sebagaimana yang telah maklum, keputusan pada malam tersebut telah menobatkan lagu JAMPI nyanyian Hael Husaini sebagai Juara AJL 32. Bagi aku lagu ini memang layak bergelar juara kerana lagunya yang dapat diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat. Bayangkan, budak-budak pun boleh hafal lagu ni. Tu pendapat aku la tapi semestinya pihak juri ada kriteria yang tertentu untuk memilih juara. Jom kita tengok senarai penuh Pemenang Anugerah Juara Lagu 32 :

Juara Lagu 
RM 50,000 berserta trofi & baucar CJ WOW Shop RM10,000

Kemeriahan Dan Pemenang Anugerah Juara Lagu 32
Juara AJL 32 - Jampi Nyayian Hael Husaini

Jampi
Penyanyi :  Hael Husaini
Komposer : Hael Husaini & Ezra Kong
Penulis Lirik : Hael Husaini & Ezra Kong

Naib Juara 
RM 35,000 berserta trofi & baucar CJ WOW Shop RM2,000

Kemeriahan Dan Pemenang Anugerah Juara Lagu 32
Tempat Kedua AJL 32 - Sejati Nyanyian Azmi Caliph Buskers

Sejati 
Penyanyi : Azmi Caliph Buskers
 (Penyanyi Asal Faizal Tahir)
Komposer : Faizal Tahir & Mike Chan
Penulis Lirik : Faizal Tahir & Mike Chan

Tempat ketiga
RM 20,000 berserta trofi & baucar CJ WOW Shop RM2,000

Kemeriahan Dan Pemenang Anugerah Juara Lagu 32
Tempat Ketiga AJL 32 - Tergantung Sepi Nyanyian Haqiem Rusli

Tergantung Sepi
Penyanyi : Haqiem Rusli
Komposer : Ibnu & Gouffran
Penulis Lirik : Ibnu & Gouffran

Vokal Terbaik 
RM12,000 berserta trofi & baucar CJ WOW Shop RM2,000

Kemeriahan Dan Pemenang Anugerah Juara Lagu 32
Vokal Terbaik AJL 32 - Syamel & Ernie Zakri

Aku Cinta
Penyanyi : Syamel & Ernie Zakri
Komposer : Syamel
Penulis Lirik : Syamel

Persembahan Terbaik
(dibawakan oleh Samsung)
RM12,000 berserta trofi, baucar CJ WOW Shop RM 2,000 &
telefon pintar Samsung A8

Kemeriahan Dan Pemenang Anugerah Juara Lagu 32
Persembahan Terbaik AJL 32 - Altimet

Amboi
Penyanyi : Altimet
Komposer : Navigator
Penulis Lirik : Altimet

Anugerah Penyanyi Pilihan Samsung
Trofi & telefon pintar Samsung A8+

Khai Bahar

Kemeriahan Dan Pemenang Anugerah Juara Lagu 32
Anugerah Penyanyi Pilihan Samsung - Khai Bahar


Tahniah buat semua pemenang AJL 32. Pada yang tak menang jangan putus asa. Perjalanan masih jauh dan jangan berhenti berkarya. Mana tau ada rezeki di tahun hadapan pulak kan. Tak sabar nak tunggu AJL 33 pulak.. haha..

Kemeriahan Dan Pemenang Anugerah Juara Lagu 32
Hael Husaini

Kemeriahan Dan Pemenang Anugerah Juara Lagu 32
Lagu Jampi dinyanyikan semula sebagai penutup tirai AJL 32

Ha, buat yang terlepas menonton AJL 32 yang lalu, korang boleh tengok siaran ulangan di Aplikasi Tonton. Aku pun nak tengok semula di aplikasi tonton sebab dengar kata kat TV ada kelainan di mana kesan-kesan khas digunakan untuk menghasilkan awan dan petir. Betul ke?? nak kena repeat lagi ni tengok... hihi adiosss


Post a Comment

7 Comments

  1. Wah bestnya dapat pergi tgk AJL live.Memang berpuashati dgn semua yg menang.sebelum ni xpernah tgk AJL sampai habis tau.kali ni pecah rekod tgk AJL sampai habis.kalau x memang tidur awal.tapu memang puas hati lah lagu JAMPI menang

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. kali ni susah nak ramal sape yang menang sbb semua best2.. tapi rezeki berpihak pada Jampi.. heehe

      Delete
  2. Wah bestnya dapat pergi tgk AJL live.Memang berpuashati dgn semua yg menang.sebelum ni xpernah tgk AJL sampai habis tau.kali ni pecah rekod tgk AJL sampai habis.kalau x memang tidur awal.tapu memang puas hati lah lagu JAMPI menang

    ReplyDelete
  3. Seronoknya dapat tgk ajl secara live

    ReplyDelete
  4. oo.. pegi ye? saya sendiri tak sempat tengom pun hari tu. ramai ckp best

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah.. puas hati dapat tengok persembahan mereka. semua suara power2

      Delete