KEMUNCAK ANUGERAH JUARA LAGU 32

KEMUNCAK ANUGERAH JUARA LAGU 32 | Assalamualaikum semua.. Malam ini sekali lagi bakal menyaksikan sebuah lagu dijulang di pentas penuh prestij, Anugerah Juara Lagu (AJL 32). Wahh.. tak sabar rasanya nak tau siapa Juara AJL 32 tahun ni. Agak-agak korang la kan, sape yang menang? Adakah milik Dayang Nurfaizah lagi? Apapun, serius aku katakan susah nak ramal sape yang menang sebab saingan pada malam ni sangat sengit. Semua 12 finalis hebat-hebat dan mempunyai kekuatan vokal masing-masing.

Kemuncak Anugerah Juara Lagu 32
Kemuncak Anugerah Juara Lagu 32


ANUGERAH JUARA LAGU 32


Anugerah Juara Lagu merupakan inisiatif TV3 sejak tahun 1986 yang mahu memberi pengiktirafan pada seni indah ciptaan pemuzik khususnya pencipta lagu, penulis lirik dan penyanyi. Seramai 12 finalis telah mula menjadi tumpuan ramai selepas berjaya melepasi Separuh Akhir Muzik Muzik pada November tahun lalu kini akan berentap untuk merebut gelaran Juara Lagu 32.

Kali ini Anugerah Juara Lagu 32 diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil. Pengacara untuk malam ni pula adalah pasangan yang bakal menceriakan suasana iaitu Alif Satar dan juga Sherry Al-Hadad. Manakala pengacara untuk Karpet Merah yang akan bersiaran di Pop TV, TV9 pada jam 8.30 malam diberi pada Nana Mahazan dan Shuk Sahar.

Kemuncak Anugerah Juara Lagu 32
Pengacara AJL 32

Tema tahun ini adalah Fesyen dan Muzik di mana kedua elemen ini sering bergerak seiringan dan saling melengkapi. Ha, nak tau tak, Trofi yang bakal dijulang juga sangat unik dengan bertatahkan permata Swarovski hasil sentuhan pereka fesyen Rizman Ruzaini. Mesti semua finalis mengidam untuk menjulang trofi AJL 32 kali ni kan.

Kemuncak Anugerah Juara Lagu 32
Trofi AJL 32 (photo kredit Xtra.com.my)

Sebagai pembukaan, Pentas AJL 32 dimulakan dengan persembahan penuh bertenaga oleh ratu tari Malaysia, Stacy bersama Waris dan diiringi petikan gitar oleh Edrie Hashim bersama AG Coco. Mereka akan membawakan lagu Aku Stacy, Bosan dan Pakai Buang. Manakala untuk persembahan penutup pula bakal menggamit kenangan dengan menggabungkan penyanyi era 60-an iaitu Datuk A.Rahman Hassan, Datuk Jeffrydin bersama Datuk Awie dan Siti Sarah yang menyanyikan lagu-lagu popular genre Pop Yeh Yeh secara medley iaitu Tak Mengapa, Suzana & Hidup Bersama, Syurga Idaman, Siapa Gerangan dan Kenanganku.

Berikut adalah 12 finalis AJL 32 yang bertanding mengikut turutan malam ini:

Kemuncak Anugerah Juara Lagu 32
12 finalis AJL 32 (photo kredit Xtra.com.my)


1) Lebih Sempurna - Syamel
Komposer : Syamel, Edry Abd Halim & Boy Anaz
Penulis Lirik : Syamel

2) Sejati - Azmi Caliph Buskers (Penyanyi Asal Faizal Tahir)
Komposer : Faizal Tahir & Mike Chan
Penulis Lirik : Faizal Tahir & Mike Chan

3) Aku Yang Sebenar - Hazama The Penglipur Lara
Komposer : M.Nasir
Penulis Lirik : Ad Samad

4) Menahan Rindu - Wany Hasrita
Komposer : Ibnu & Gouffran
Penulis Lirik : Ibnu & Gouffran

5) Warkah Untukku - Ara Johari
Komposer : Hang Nadim
Penulis Lirik : Laq

6) Bayang - Khai Bahar
Komposer : Alam (Harry Khalifah)
Penulis Lirik : Patrick Anohada

7) Separuh Matiku Bercinta - Dayang Nurfaizah
Komposer : Ajai
Penulis Lirik : Ajai

8) Aku Cinta - Syamel & Ernie Zakri
Komposer : Syamel
Penulis Lirik : Syamel

9) Amboi - Altimet
Komposer : Navigator
Penulis Lirik : Altimet

10) Akhirnya Cinta - Salma
Komposer : Ajai
Penulis Lirik : Slen

11) Jampi - Hael Husaini
Komposer : Hael Husaini & Ezra Kong
Penulis Lirik : Hael Husaini & Ezra Kong

12) Tergantung Sepi - Haqiem Rusli
Komposer : Ibnu & Gouffran
Penulis Lirik : Ibnu & Gouffran


PENAJA DAN HADIAH UTAMA


Setiap acara gilang gemilang harus la ada penaja kan. So, untuk AJL 32 kali ini dibawakan khas oleh Nivea Face Care, Nivea Pearl White Whip Foam dan Samsung Galaxy A8 | A8+. Kalau korang nak tau, Samsung akan turut menyumbangkan dua hadiah iaitu telefon pintar Samsung A8 dan A8+ bagi kategori Anugerah Penyanyi Pilihan Samsung dan juga Persembahan Terbaik. Wow, bestnya..


HADIAH UTAMA AJL 32


Berikut adalah senarai hadiah yang akan dibawa pulang oleh setiap pemenang :

Juara 
RM 50,000 berserta trofi & baucar CJ WOW Shop RM10,000

Tempat Kedua 
RM 35,000 berserta trofi & baucar CJ WOW Shop RM2,000

Tempat Ketiga 
RM 20,000 berserta trofi & baucar CJ WOW Shop RM2,000

Vokal Terbaik 
RM12,000 berserta trofi & baucar CJ WOW Shop RM2,000

Persembahan Terbaik
(dibawakan oleh Samsung)
RM12,000 berserta trofi, baucar CJ WOW Shop RM 2,000 &
telefon pintar Samsung A8

Anugerah Penyanyi Pilihan Samsung
Trofi & telefon pintar Samsung A8+



AFTER PARTY RATED XTRA


Kemuncak Anugerah Juara Lagu 32
AJL32 After Party Rated Xtra

Lepas habis Anugerah Juara Lagu 32, jangan tidur dulu tau. Korang boleh ikuti siaran FB LIVE di laman Facebook @tontonMY bermula 12.00 malam sehingga lewat malam untuk merasai bahang kemeriahan acara `AJL32 After Party Rated Xtra’ yang menghimpunkan ramai selebriti selain finalis AJL 32 dihoskan oleh selebriti media sosial, Nisa Kay



TONTON





Peminat tegar AJL yang tidak berkesempatan pulang ke rumah menonton di kaca TV atau tidak berpeluang mendapat tiket ke acara gilang gemilang, korang masih mempunyai peluang menonton AJL 32 ini. Platform penstriman video pertama dan nombor satu di Malaysia, Tonton, menyiarkan acara gilang gemilang ini secara langsung dan berdefinisi tinggi (HD). tonton menyiarkan rakaman siaran langsung bermula dengan Karpet Merah Pop TV pada jam 8.30 malam. Antara kandungan istimewa lain yang hanya dapat disaksikan oleh pelanggan tonton, adalah empat kapsul khas dan acara belakang pentas AJL 32 bersama Zulin Aziz sebagai pengacara. Tonton AJL 32 dengan penuh gaya menerusi peranti digital masakini, sama ada menerusi portal tonton.com.my di komputer, atau aplikasi tontonmy di tablet dan telefon bimbit (android/IOS) walau di mana saja korang berada. AJL 32 boleh dilayari di tiga buah negara – Malaysia, Singapura menerusi CAST (Singtel) dan Brunei  (DST).


TONTON XTRA


Tambah menarik, AJL32 tahun ini turut menawarkan peluang buat penonton mengundi kategori Persembahan Terbaik pada malam kemuncak menerusi laman web www.xtra.com.my/ajl32. Undian dibuka bermula jam 9.00 malam (menyumbang kepada 50% markah keseluruhan untuk kategori tersebut manakala 50% baki pemarkahan dari juri profesional). Ketahui info finalis, berita terkini  AJL32, video dan galeri sebalik tabir serta siaran penstriman langsung menerusi LIVE TV di xtra yang dikuasakan oleh tonton bermula 9 malam ini. Ikuti siaran FB LIVE di laman Facebook @tontonMY bermula 12.00 tengah malam sehingga lewat malam untuk merasai bahang kemeriahan acara AJL32.

Akhir ssekali AJL 32 turut disokong oleh Geng Radio iaitu Hot FM & Kool FM, Geng Media Berita Harian dan Harian Metro serta Geng Media Digital Ohbulan & Durian Stroberi!. Layari dan dapatkan perkembangan terkini AJL 32 menerusi Facebook, Twitter & Instagram TV3Malaysia. Gunakan hashtag #AJL32 untuk menghangatkan lagi perbualan tentang anugerah ini di laman sosial.





Post a Comment

2 Comments