PERADUAN MENANG TIKET VIP KE ANUGERAH JUARA LAGU 32

MENANG TIKET VIP KE ANUGERAH JUARA LAGU 32 (AJL32) | Assalamualaikum semua.. Dag Dig Dug... Debaran Anugerah Juara Lagu ke-32 kian terasa. Mana tak nya tak sampai 7 hari je lagi acara yang berprestij dan dinanti-nantikan oleh seluruh penggiat dan peminat seni muzik tempatan ini akan berlangsung. Setiap tahun tak pernah miss tengok weii..Mesti melekat depan TV. Tapi tahun ni paling best sebab inshaAllah dapat merasa pergi tengok secara live.. Tak sabar weiiii... 😍

Peraduan Menang Tiket VIP Ke Anugerah Juara Lagu 32
Anugerah Juara Lagu ke-32

Seperti yang semua sedia maklum, Anugerah Juara lagu ke-32 kali ini akan diadakan pada 11 Februari 2018 dan dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Alhadad. Wah, gabungan yang mantap sebab memang suka kedua-dua pengacara ni. Dari segi lokasi pulak tahun ini bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil. Ok, mudah sikit nak pergi sebab boleh naik LRT je. 

Setiap tahun AJL akan tampil dengan tema yang berlainan dan tema tahun ini adalah “Fesyen dan Muzik”. Tema ini dipilih kerana pemilihan pakaian penyanyi setiap kali Anugerah Juara Lagu berlangsung memberi impak yang besar dan melengkapkan lagi jalan cerita bagi lagu yang disampaikan. Teringat dulu ketika Ramlah Ram menggayakan pakaian dengan bentuk hati di dada. Memang trending dan diingati sepanjang zaman tuuu... Manakala Hafiz Suip pula pernah tampil dengan hanya berseluar track dan berbaju T berwarna biru semata-mata untuk menjiwai watak di dalam lagunya. So, agaknya apa la pakaian yang akan ditonjolkan oleh finalis-finalis kali ni pulak... haaa, nantikannnn...

Seperti tahun-tahun lalu, 12 buah lagu telah terpilih untuk ke peringkat akhir dan akan bertarung untuk merebut gelaran Juara, Tempat Kedua dan Tempat Ketiga. Selain itu ada juga hadiah untuk kategori Persembahan Terbaik dan Vokal Terbaik. Pemenang untuk setiap kategori akan memenangi sebuah trofi dan wang tunai. Menariknya Trofi AJL32 ni sangat unik dan Bling Bling apabila disuntik dengan elemen fesyen hasil kerjasama Rizman Ruzaini. Agak-agak korang la, sape Juara AJL32 ?? Seriusly, saingan semua hebat-hebat belaka...


SENARAI FINALIS ANUGERAH JUARA LAGU KE-32 (AJL32)


Peraduan Menang Tiket VIP Ke Anugerah Juara Lagu 32
Finalis AJL32

1) Sejati - Azmi Caliph Buskers
Komposer : Faizal Tahir & Mike Chan
Penulis Lirik : Faizal Tahir & Mike Chan

2) Tergantung Sepi - Haqiem Rusli
Komposer : Ibnu & Gouffran
Penulis Lirik : Ibnu & Gouffran

3) Jampi - Hael Husaini
Komposer : Hael & Ezra Kong
Penulis Lirik : Hael & Ezra Kong

4) Separuh Matiku Bercinta - Dayang Nurfaizah
Komposer : Ajai
Penulis Lirik : Ajai

5) Amboi - Altimet
Komposer : Navigator
Penulis Lirik : Altimet

6) Lebih Sempurna - Syamel
Komposer : Syamel
Penulis Lirik : Syamel

7) Aku Yang Sebenarnya - Hazama The Penglipur Lara
Komposer : M.Nasir
Penulis Lirik : Ad Samad

8) Akhirnya Cinta - Salma
Komposer : Ajai
Penulis Lirik : Slen

9) Menahan Rindu - Wani Hasrita
Komposer : Ibnu & Gouffran
Penulis Lirik : Ibnu & Gouffran

10) Aku Cinta - Syamel & Erni Zakri
Komposer : Syamel
Penulis Lirik : Syamel

11) Bayang - Khai Bahar
Komposer : Alam
Penulis Lirik : Patrick Anahoda

12) Warkah Untukku - Ara
Komposer : Hang Nadim
Penulis Lirik : Laq


UNDI PERSEMBAHAN TERBAIK FINALIS AJL32


Pada kali ini, AJL32 turut membuka peluang kepada para penonton untuk membuat undian bagi Kategori Persembahan Terbaik. So, kalau korang nak memilih finalis pilihan korang menang bagi kategori ni, kena la mengundi pada malam kemuncak nanti ekk. Untuk mengundi boleh rujuk link di bawah. 

Link untuk undian :

Masa undian :
11 Februari 2018
9.00 malam hingga 11.30 malam


PERADUAN MENANG TIKET VIP KE ANUGERAH JUARA LAGU 32


Peraduan Menang Tiket VIP Ke Anugerah Juara Lagu 32
Peraduan Menang Tiket VIP Ke Anugerah Juara Lagu 32

Perhatian 📣📣

Rasanya semua dah tertunggu-tunggu macam mana nak menang Tiket VIP ke Anugerah Juara Lagu Ke-32 ni kan. Iya wakkk... dengan rendah diri sis nak berikan 5 Tiket VIP khas untuk korang-korang semua. Nak tau caranya?? Ha.. sila ikuti langkah-langkah di bawah ni.. Jangan salah langkah tau, nanti melepas tiket tu.. hehe

HADIAH : 1 TIKET VIP AJL32 x 5 PEMENANG

LANGKAH 1 :

✔ Like Facebook Page : Dikbee
✔ Follow Instagram : Dikbee
✔ Follow Twitter : Dikbee
✔ Subscribe Youtube : Dikbee

LANGKAH 2 :

✔ Sila isi maklumat dan jawab soalan di sini 👉 https://goo.gl/forms/tWbshEr7ElRhNJ1l2

LANGKAH 3 :

✔ Setelah selesai Langkah 1&2, Sila komen "SAYA NAK KE AJL32" di ruangan komen di bawah.


TARIKH TUTUP : 7 Februari 2018 (11.59pm)
KEPUTUSAN : Nama pemenang akan diumumkan pada 9 Februari 2018 (Jumaat) di Instagram @Dikbee  *Keputusan adalah muktamad*


Ha, jangan lupa untuk join tau. Nanti boleh la kita sama-sama menonton Anugerah Juara Lagu ke-32 secara LIVE bersama-sama di Axiata Arena, Bukit Jalil. Bagi yang tidak berjaya, jangan risau. Korang boleh menonton AJL32 secara strim langsung berdefinisi tinggi dengan geng digital Tonton di :


Langganan Tonton VIP :
Sebulan = RM10
Setahun = RM96

Untuk maklumat lanjut, jangan lupa ikuti laman sosial Facebook, Twitter, Instagram dan Youtube TV3 iaitu @TV3Malaysia. Manakala untuk ketahui info finalis, berita terkini AJL32, video dan galeri sebalik tabir serta siaran penstriman langsung menerusi LIVE TV di Xtra yang dikuasakan oleh Tonton bermula 9 malam (11 Februari 2018).

Korang boleh guna hashtag rasmi #ajl32 untuk menghangatkan lagi perbualan dan sebarang komunikasi di laman sosial berkaitan Anugerah Juara Lagu ke-32.. So, jangan lupa tau... set time untuk temujanji kita dengan AJL32 dan good luck untuk contest ni... Adios




Post a Comment

27 Comments

  1. SAYA NAK KE AJL32

    ReplyDelete
  2. SAYA NAK KE AJL32

    ReplyDelete
  3. wah... menarik... nak join lah contest ni..mana tau kot menang heheh

    ReplyDelete
  4. SAYA NAK KE AJL32

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. QISTINA FADZLY5 Feb 2018, 22:11:00

    SAYA NAK KE AJL32

    ReplyDelete
  7. SAYA NAK KE AJL32 (QISTINA)

    ReplyDelete
  8. SAYA NAK KE AJL32 CIKBEE! TOLONG JADIKAN IMPIAN SAYA SATU REALITI :)

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. -CLOSED-

    Nantikan senarai pemenang di instagram @dikbee

    ReplyDelete