THE SETTLEMENT HOTEL : PENGINAPAN MENARIK DI MELAKA

THE SETTLEMENT HOTEL : PENGINAPAN MENARIK DI MELAKA | Assalamualaikum semua.. Cuti sekolah datang lagi. yeayy.. Mesti ramai yang dah ada planning nak bercuti kan. So, kemana je korang pergi bercuti? Aku pasti salah satu lokasi percutian yang menjadi pilihan ramai adalah Melaka. Selain faktor jarak lokasi yang tidak terlalu jauh, Melaka juga mempunyai pelbagai tarikan yang menarik dn sesuai untuk aktiviti bersama anak-anak.

The Settlement Hotel : Penginapan Menarik Di Melaka
Bercuti ke Melaka

Sebut pasal percutian di Melaka, aku nak kongsikan satu lokasi penginapan yang best dan menarik iaitu di The Settlement Hotel yang terletak di Jalan Ujong Pasir. Hotel ini dahulunya merupakan sebuah bangunan pusat latihan kerajaan tetapi telah diubahsuai menjadi boutique hotel bertaraf 4 bintang. Kenapa aku katakan hotel ni menarik kerana hanya mereka yang pernah menginap di sini sahaja yang dapat merasai keunikan hotel ni. Umpama khazanah yang tersembunyi, The Settlement Hotel mengandungi pelbagai elemen sejarah yang unik dan masih terpelihara untuk tatapan pengunjungnya.

The Settlement Hotel : Penginapan Menarik Di Melaka
Penginapan kami di Melaka - The Settlement Hotel

Pada bulan lepas aku sendiri telah berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman menginap di The Settlement Hotel Melaka. Masa mula-mula sampai tu rasa macam bangunan biasa je tapi bila melangkah je masuk ke dalam, aku rasa macam berada di kawasan yang lain. Setiap sudut dalam bangunan ni mempunyai dekorasi yang cantik dan menarik. Ni kalau sesiapa yang suka #OOTD banyak port best nak bergambar ni.. hehe

The Settlement Hotel : Penginapan Menarik Di Melaka
Tenang je duduk kat taman ni

The Settlement Hotel : Penginapan Menarik Di Melaka
Buaian ni port wajib untuk bergambar

The Settlement Hotel : Penginapan Menarik Di Melaka
Satu lagi port best kat roof top

Di dalam kawasan hotel terdapat beberapa sudut dekorasi yang unik dan mempunyai cerita yang tersendiri. Sebagai contoh permukaan lantai di bahagian hadapan bangunan diperbuat dari jubin lama yang berasal dari sebuah Masjid Palembang di Sumatera. Menariknya jubin ini menggunakan warna asli dari tumbuhan dan bukannya menggunakan warna tiruan. Di sudut tepi menghala ke kaunter pula tersergam sebuah katil antik yang cantik. Nak tau tak, usia katil ni 350 tahun tau. Perghh, lama tu tapi masih kukuh. Selain tu ada lagi beberapa dekorasi yang menarik. Korang boleh tengok kat bawah ni. Selain tu, di sekitar dalam bangunan hotel terdapat pelbagai barangan antik dan perabot lama yang merupakan koleksi peribadi milik keluarga kepada pemilik The Settlement Hotel Melaka. Nak tahu tak, kat sini pun ada sebuah galeri lukisan yang mempamerkan hasil karya seorang  seorang anak autisme bernama Yeak Ping Lian.

The Settlement Hotel : Penginapan Menarik Di Melaka
Katil antik yang berusia 350 tahun

The Settlement Hotel : Penginapan Menarik Di Melaka
Jubin lama yang mempunyai kisah tersendiri

The Settlement Hotel : Penginapan Menarik Di Melaka
Perabot lama yang menjadi koleksi peribadi

The Settlement Hotel : Penginapan Menarik Di Melaka
Antara koleksi barang-barang antik

The Settlement Hotel : Penginapan Menarik Di Melaka
Galeri Seni Yeak Ping Lian

The Settlement Hotel : Penginapan Menarik Di Melaka
Salinan asal lukisan Picasso

The Settlement Hotel : Penginapan Menarik Di Melaka
Kayu selak pintu dijadikan arca dinding

Teruja kan tengok dekorasi kat The Settlement Hotel Melaka ni. Ni yang buat rasa tak sabar nak tengok bahagian bilik pulak. Bila settle je check in, kami pun menuju ke bilik. Sekali lagi aku teruja bila melangkah masuk ke bilik sebab disambut dengan teddy bear yang comel. Alahaiiiii... sweetnya. Pandai tau ambil hati kita. Bilik pun cantik, kemas dan lengkap dengan kemudahan TV, peti ais mini, kelengkapan bancuh air dan juga air-con. Wifi pun laju tau dalam bilik.

The Settlement Hotel : Penginapan Menarik Di Melaka
Bilik kami Deluxe Room Twin

The Settlement Hotel : Penginapan Menarik Di Melaka
Stay melebihi 2 malam akan dapat teddy bear yang comel ni

Bilik air dia pulak siap ada bathtub yang comel dan dinding cermin lutsinar. Ni boleh main cak cak sambil mandi ni... haha, jangan risau ada bidai sebenarnya. So, sebelum guna bilik air jangan lupa tutup bidai ye.. hehe. Oh ya, bilik yang aku duduk ni jenis Deluxe Room Twin. Selain tu ada juga jenis Deluxe Room Queen, Junior Suite King, Junior Suite Twin, dan Settlement Suite.

The Settlement Hotel : Penginapan Menarik Di Melaka
Bilik ni ada bathroom yang comel dan seksi

Setiap hotel mesti ada sekali dengan pakej breakfast kan. Ha, kat sini pun of course la ada. Kebetulan masa aku menginap kat sini ada menu istimewa nasi minyak dengan ayam masak merah. Uish.. sedap giler pepagi pekena nasi minyak.. dah macam pi kenduri dah.. hehe menarik kan. Rasanya ni first time makan nasi minyak kat hotel. Menu lain pun ada jugak. Semua best..

The Settlement Hotel : Penginapan Menarik Di Melaka
Breakfast

The Settlement Hotel : Penginapan Menarik Di Melaka
Nasi Minyak bersama Ayam Masak Merah .. sedap

Lepas makan kalau nak pi berendam pun boleh. Kat bahagian belakang ada sebuah kolam yang dipanggil Dip Pool. Yang bestnya kolam ni siap ada pancuran. Tapi aku tak sempat pulak nak berendam. Yang sempat hanya buat massage kat tepi kolam tu je. Sebab kat tepi tu ada SPA. Kengkawan suh buat massage full body tapi aku ni penggeli so massage tangan je la. Best wo, rasa ringan je tangan sebab dah penat drive jauh kan.

The Settlement Hotel : Penginapan Menarik Di Melaka
Kawasan kolam renang dan Spa yang bersih dan nyaman

The Settlement Hotel : Penginapan Menarik Di Melaka
Rasa nak terjun je tapi baju tak sesuai. hehe

Oh ya, bagi sesiapa yang nak buat private event atau pun nak celebrate birthday ke, aku suggest korang buat kat Roof Top The Settlement Hotel. Siyes cantik tau dekorasi kat atas ni. Siap ada lampu berkelipan bagai bintang dan juga candle. Romantik gitu. Kebetulan masa aku pergi ritu siap ada shooting untuk drama melayu. So, dapat la tumpang fefeling candle light dinner.. hehe

The Settlement Hotel : Penginapan Menarik Di Melaka
Roof Top

The Settlement Hotel : Penginapan Menarik Di Melaka
Romantik tak candle light dinner i? hehe

Sebenarnya ada satu lagi yang menarik kat The Settlement Hotel ni. Clue dia percutian berkonsep tradisional yang mewah. Tapi part tu nanti aku cerita kat dalam next entri. Tapi secara keseluruhannya aku memang berpuas hati dapat menginap di sini. Dah la banyak benda menarik kat hotel ni yang tak ada kat hotel lain, pastu jarak nak ke tempat-tempat menarik sekitar Melaka pun dekat. Siap ada perkhidmatan shuttle percuma kalau nak ke Dataran Pahlawan ataupun Jonker Walk. Pastu kat area hotel ni pun dekat dengan beberapa tempat makan yang viral macam Nasi Lemak Ujong Pasir.. sedap weii.. Korang kena rasa kalau mai sini..

The Settlement Hotel : Penginapan Menarik Di Melaka
Bestnya kalau dapat bercuti dengan yang tersayang

The Settlement Hotel : Penginapan Menarik Di Melaka
Dapat pun rasa nasi lemak Ujong Pasir yang viral ni

Next time kalau datang lagi ke Melaka boleh la stay kat sini lagi. Seronok sampai rasa tak nak balik. Korang pun kalau mencari lokasi penginapan di Melaka aku rekemen rasai la sendiri pengalaman menginap di The Settlement Hotel Melaka ni tau. adiosss...

The Settlement Hotel : Penginapan Menarik Di Melaka
Memang puas hati stay kat The Settlement Hotel ni

UPDATED :

TAHNIAH!!
The Settlement Hotel telah merangkul
Anugerah "Best Hotel Services : 4 Star (City)"
pada malam "Malaysia Tourism Award 2016/2017"

Harga dan promosi rujuk link di bawah :

The Settlement Hotel Melaka
No. 63, Jalan Ujong Pasir,
75050 Melaka,
Malaysia.

Telefon:
+60-62921133

Facebook :

Instagram :



2 Comments

  1. Memang menarik dan tertarik..
    Macam best pulak bila balik kampung nanti, sesaja rasa tido di sini..hehe..

    ReplyDelete
  2. aida org melaka, memang tak pernah stay sini, dikbee.
    lalu lalang aje :) hi hi hi...

    ReplyDelete