8COIN : JANA PENDAPATAN DAN GANJARAN DI MEDIA SOSIAL

by - 12.4.18

8COIN : JANA PENDAPATAN DAN GANJARAN DI MEDIA SOSIAL | Assalamualaikum semua.. Aku yakin ramai di antara pembaca blog aku ni terdiri dari pengguna media sosial jugak kan. Nak tanya la, apa yang korang share kat sana ekk.. Tahu tak yang kat media sosial pun kita boleh dapat pelbagai jenis ganjaran sekaligus dapat menjana pendapatan tambahan dengan hanya share artikel je. Tak percaya? Ha, meh sis nak kongsikan.

8coin : Jana Pendapatan Dan Ganjaran Di Media Sosial
Majlis Pelancaran 8coin

Baru-baru ni Media Prima Labs (MPLabs) dan REV Asia Berhad telah melancarkan satu website dan juga aplikasi mudah alih 8coin. Ha, ni la aplikasi yang aku cakap boleh dapat pelbagai ganjaran untuk pengguna media sosial tu. Sebenarnya aplikasi ni dah lama dah ada tapi dulu namanya 8share. tapi kini diberi nafas baru dan dinamakan 8coin. Rasanya mesti antara korang ada yang dah pernah dengar dan guna 8share ni kan.

8coin : Jana Pendapatan Dan Ganjaran Di Media Sosial
Tadaaa... dulu 8share sekarang 8coin


Info mengenai 8coin :

😍 Mempunyai komuniti melebihi 770,000 pengguna media sosial di seluruh Malaysia.
😍 Merupakan kelab ganjaran peribadi bagi pengguna media sosial mendapatkan barangan percuma dan menjana pendapatan tambahan
😍 Pengguna boleh pilih untuk mendapat ganjaran wang tunai atau pun menebus pelbagai ganjaran menarik
😍 Antara ganjaran yang ada di 8coin seperti KFC vouchers, Starbucks card, H&M gift card dan macam-macam lagi
😍 Membolehkan pengguna menjadi yang pertama untuk berkongsi info atau artikel kepada rakan-rakan atau keluarga melalui media sosial.
😍 Menjadi platform untuk para peniaga mempromosikan jenama mereka kepada media sosial


8coin : Jana Pendapatan Dan Ganjaran Di Media Sosial
8coin didatangkan dengan versi aplikasi telefon mudah alih

Ok, aku dah story info pasal 8coin so mesti korang nak tau cara nak jana pendapatan melalui 8coin pulak kan. Caranya mudah je, korang hanya perlu muat turun aplikasi 8coin di telefon pintar dan daftar menggunakan email. Dah siap daftar, korang boleh nampak di bahagian kiri ada menu 'Specials' kan. Ha, klik situ dan ada banyak artikel atau kandungan tajaan yang merangkumi filem, permainan, acara, produk dan pertandingan yang dipaparkan.

8coin : Jana Pendapatan Dan Ganjaran Di Media Sosial
Ruang Specials yang boleh dikongsi untuk dapatkan ganjaran

Pengguna 8coin hanya perlu pilih mana-mana artikel dan share atau kongsikan di laman sosial korang. Setiap Unique Visitor (UV) yang klik dan baca artikel tu, korang akan mendapat ganjaran. Mudah kan. Sape nak bagi duit dengan hanya share di laman sosial je, betul tak? Sape belum join boleh klik link kat bawah.

Daftar 8coin ==> KLIK SINI

8coin : Jana Pendapatan Dan Ganjaran Di Media Sosial
Encik Rafiq Razali dan Mr Voon Tze Khay

"8coin dibangunkan sebagai platform ganjaran bersepadu bagi Media Prima
untuk memastikan semua platform mempunyai akses kepda komuniti 8coin.
Kami benar-benar berharap ini dapat memperkukuhkan hubungan antara
kami dan pengguna 8coin"
- Encik Rafiq Razali, Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Digital -

"Kami berbangga dapat melancarkan 8coin, platform ganjaran bersepadu yang
pertama antara Rev Asia dan Media Prima dalam usaha untuk merapatkan jurang
antara media tradisional dan digital. Objektif 8coin adalah untuk memberi pengguna
pengalaman perkongsian sosial dan program tunai dan ganjaran tanpa had yang
lebih baik. Kami juga berharap dapat membantu memperkuatkan peranan
media tradisional di Malaysia dengan pelancaran aplikasi ini"
- Mr Voon Tze Khay, Pengarah Urusan REV Asia Berhad -

8coin : Jana Pendapatan Dan Ganjaran Di Media Sosial
Acara Perasmian 8coin

8coin : Jana Pendapatan Dan Ganjaran Di Media Sosial
Gimik Perasmian 8coin

8coin : Jana Pendapatan Dan Ganjaran Di Media Sosial
Barisan orang kuat 8coin

Amacam.. senang kan. Sis dah register dan setakat ni dah kumpul lebih 600 8coins dah. Benda mudah je, sesambil buka media sosial tu, kita share je dah boleh buat duit. Best kan 8coin ni. So, apa tunggu lagi. Jom download 8coin sekarang. Jangan lupa klik link kat atas untuk mendaftar.. adios..

8coin : Jana Pendapatan Dan Ganjaran Di Media Sosial
yeay.. sis dah ada 620 8coins

8coin
#BeSocialGetRewarded


You May Also Like

23 ♥ Surat Cinta ♥

  1. Replies
    1. boleh la buat duit tambahan kan

      Delete
    2. Boleh share ape2 je kt..kt mbe2 platform. Contoh telegram fb dan ig..mcm tu?

      Delete
    3. Boleh share ape2 je kt..kt mbe2 platform. Contoh telegram fb dan ig..mcm tu?

      Delete
    4. aah, boleh. nanti copy je link tu

      Delete
  2. hai ain datang singgah sini dan follow awak. salam perkenalan :)
    sincerely , farahain zfa

    ReplyDelete
  3. salam sis, sye dh daftar 8 coin tu, pastu dah share artikel kat situ, pastu kawan sye pin dh bukak kenapa still tk dpt coin ea sis?? mohon bantuan😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena make sure artikel tu dibuka sepenuhnya.. baru 8coin akan detect

      Delete
  4. Replies
    1. ada orang klik tak?? kalau takde mmg tak dpt coin

      Delete
  5. Replies
    1. ada orang klik tak?? kalau takde mmg tak dpt coin.. ada member sy dah berjaya kumpul 11,000 8coin dah..

      Delete
    2. dapat, tapi kena shared betol2, share dekat banyak tempat.. dulu masa tahun 2014 saya ade main benda ni, waktu tu bukan 8coin, tapi 8shared. kalau rajin, sebulan boleh lah dapat RM100 -150.. Kalau nak lebih shared semua artikal dia lah .. pada saya tak perlu buat beria sgt .. just isi masa lapang je .. sbb ini bukan platform yg boleh bgi byk duit pon.. semalat mencuba ..

      Delete
    3. betul tu.. kalau klik kena make sure loading sampai habis. untuk pendapatan sampingan ok la. member saya pun dapat dlm range rm100 sebulan

      Delete
    4. kalau share di fb boleh ke? kalau ada rakan di fb yg view iklan yg sy share maknanya sy dh dpt coin la ek?

      Delete
  6. mohon pencerahan..di fb boleh share ke? kalau semua friend sy buka link yg sy share tu..maknanya sy dh boleh dpt coin la ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh share kat FB. coin hanya dikira untuk unique user sahaja

      Delete
  7. Assalamu'aalaikum,
    Macam mana nak tukar username...

    ReplyDelete
  8. Assalamu'alaikum,
    macam mana nak tukar username..?

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah sis saya sbgai student dh bnyk kali cashout dri web tu, saya mula jana duit hujung tahun lepas sampai sekrang ni, telah menjana hampir RM 4k dgn web tu ��

    ReplyDelete
  10. Dalam satu video dia kate blh share kat twitter,google plus and satu lagi apetah tapi Facebook,instagram,pinterest x boleh share kat situ ☹️ Dhlah xde twitter follower pun x ramai utk tekan link yg kita share pastu kat google plus pulak sapelah yg nk bukak kan?? Ramai masih x sedar lagi byk kegunaan emel. Admin please bagitau camner nk master 8coin ni

    ReplyDelete