HARI TERBUKA DAN UJI RASA AMBASSADOR PUTRAJAYA

by - 17.8.18

HARI TERBUKA DAN UJI RASA AMBASSADOR PUTRAJAYA | Assalamualaikum semua.. Korang ingat lagi tak sebelum ni aku ada share mengenai Food Tasting dan Open Day yang dianjurkan oleh Hanana Group ? Eh, takkan lupa dah kot. Kalau lupa boleh klik SINI. Bukan apa, rugi tau sape tak pergi hari tu especially buat bakal pengantin. Tengok macam aku, walaupun takde calon suami lagi tapi gigih tau pergi semata-mata nak survey pakej perkahwinan lengkap yang ditawarkan oleh Hanana Group

Hari Terbuka Dan Uji Rasa Ambassador Putrajaya
Hari Terbuka Dan Uji Rasa Ambassador Putrajaya

Jadi pada tanggal 12 Ogos 2018 aku bersama-sama dengan geng blogger yang lain pun menyerbu la ke Ambassador Putrajaya untuk menghadiri Hari Terbuka dan Uji Rasa yang dianjurkan oleh Hanana Group yang terletak di Persiaran Diplomatik Persint 15, Putrajaya. Masa kami sampai lebih kurang pukul 12.30 tengah hari suasana di Ambassador Putrajaya memang meriah. Ramai tetamu yang hadir terutama bakal pengantin. Masing-masing teruja untuk melihat pakej perkahwinan murah dan berbaloi untuk majlis impian mereka.

Hari Terbuka Dan Uji Rasa Ambassador Putrajaya
Tak putus-putus tetamu datang

Selain dari tu pihak Hanana Group juga membuat sessi uji rasa dengan menyediakan makanan sama seperti yang dihidangkan di majlis-majlis perkahwinan. Ini adalah untuk memberi peluang kepada bakal-bakal klien untuk merasai keenakan makanan yang disediakan oleh mereka. So, boleh la kita nilai sedap ke tidak. Antara menu yang disediakan adalah seperti Nasi Minyak, Nasi Putih, Ayam Masak Merah, Ayam Goreng Berempah, Daging Masak Hitam, Daging Masak Kurma, Sambal Sotong, Dalca, Acar Buah, Buah-Buahan dan macam-macam lagi. Semua makanan sedap tau. 

Hari Terbuka Dan Uji Rasa Ambassador Putrajaya
Buffet di Ambassador Putrjaya menghidangkan menu kenduri yang sedap

Hari Terbuka Dan Uji Rasa Ambassador Putrajaya
Ayam masak merah my favourite ni

Hari Terbuka Dan Uji Rasa Ambassador Putrajaya
Daging masak kurma

Hari Terbuka Dan Uji Rasa Ambassador Putrajaya
Acar buah

Bukan tu sahaja, di bahagian luar dewan juga terdapat beberapa booth makanan yang menyediakan pelbagai makanan tambahan seperti kambing bakar, satay, cucur udang dan apam balik. Semuanya dimasak di situ dan dihidangkan panas-panas tau. Nak lagi best pekena pulak dengan kuih muih, bubur kacang, rojak dan cendol.. perghhh. rasa tak mau balik je. 

Hari Terbuka Dan Uji Rasa Ambassador Putrajaya
Booth makanan

Hari Terbuka Dan Uji Rasa Ambassador Putrajaya
Kambing bakar ni sedap tau

Hari Terbuka Dan Uji Rasa Ambassador Putrajaya
Satay ayam dan daging

Hari Terbuka Dan Uji Rasa Ambassador Putrajaya
Kuih muih tradisi, bubur kacang dan cendol

Seronok betul makan kat dewan Ambassador Putrajaya ni. Dah la makanan sedap, ruang makan pun selesa, besar dan cantik, siap ada penghawa dingin tau. Bestnya kalau majlis kahwin aku dibuat kat sini nanti (berangan jap). Mana taknya, walaupun hari ni adalah Hari Terbuka Ambassador Putrajaya tapi suasana hari ni sebijik macam kenduri kahwin. Siap ada MC majlis dan lagu-lagu kahwin gitu. Pelamin pun ada, cuma pengantin je yang tak ada. hehe

Hari Terbuka Dan Uji Rasa Ambassador Putrajaya
Ruang dalam Dewan Ambassador Putrajaya yang luas, selesa dan cantik

Hari Terbuka Dan Uji Rasa Ambassador Putrajaya
Salah satu pelamin yang disediakan di Ambassador Putrajaya

Bila dah kenyang makan ramai yang berkerumun untuk bergambar kenang-kenangan di photo booth yang disediakan oleh Lukisan Cahaya Photobooth. Mereka ni adalah salah satu vendor untuk Hanana Group. So, kalau nak guna khidmat photobooth masa kenduri kahwin boleh juga bincang dengan pihak Hanana Group.

Hari Terbuka Dan Uji Rasa Ambassador Putrajaya
Lukisan Cahaya Photobooth

Hari Terbuka Dan Uji Rasa Ambassador Putrajaya
Amboi seronok memasing posing

Sebelum balik aku pun jeling-jeling la pakej perkahwinan yang ditawarkan oleh Hanana Group. Murah wei dalam RM35,000 dah boleh dapat pakej yang lengkap (untuk 1000 pax). Kiranya pengantin just bawak badan je. Selain dari Ambasador Putrajaya, ada lagi 2 pakej baru untuk dewan pekahwinan yang diperkenalkan iaitu di Dewan Tan Sri Yusof Hashim yang terletak di Mardi dan bagi yang impikan majlis perkahwinan bertemakan Garden Wedding boleh pilih Lugar De La Boda, Puchong. Ramai jugak bakal pengantin yang tengah mendapatkan khidmat nasihat dari wakil Hanana Group yang mesra. Untung la yang booking pakej terus hari ni sebab dapat diskaun hingga RM5000 tau.

Hari Terbuka Dan Uji Rasa Ambassador Putrajaya
Staff Hanana Group menerangkan mengenai pakej perkahwinan 

Hari Terbuka Dan Uji Rasa Ambassador Putrajaya
Bakal pengantin berbincang mengenai pakej perkahwinan yang ditawarkan Hanana Group

Hari Terbuka Dan Uji Rasa Ambassador Putrajaya
Untung la bakal pengantin yang book hari ni sebab dapat diskaun hingga RM5000

So, bagi bakal pengantin yang terlepas untuk pergi ke Hari Terbuka tempoh hari jangan risau. Korang boleh hubungi Ambassador Putrajaya (no telefon di bawah) untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pakej perkahwinan lengkap untuk Putrajaya dan Puchong bagi tahun 2018 yang disediakan oleh Hanana Group. Serius aku katakan berbaloi kalau ambil pakej mereka sebagai lokasi perkahwinan idaman kerana mereka menyediakan makanan yang sedap, dewan perkahwinan cantik pastu complete dengan segala kelengkapan untuk majlis macam doorgift, photobooth, katering, PA system. Pendek kata semua ada.. 😍

Hari Terbuka Dan Uji Rasa Ambassador Putrajaya
Nak kahwin ? Dapatkan pakej perkahwinan di Hanana Group

Farah - 016 6700 457
Hanis - 016 6700 752
Rezza - 016 6700 473
Liana - 026 4328 434


Alamat : 
Ambassador Putrajaya, 
Hanana Group Sdn Bhd,
 92, Jalan Perak, 
Persiaran Diplomatik Persint 15, 
62050, Putrajaya.



You May Also Like

2 ♥ Surat Cinta ♥

  1. Tengok tu makanan yang diorang sediakan. Memang menggiurkan betul! Servis diorang pun friendly dan harga2 pun banyak promosi. Best betul open day Hanana Group ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. puas hati dapat makan kat situ.. sedap2 lauk pauk depa kan

      Delete