3 LANGKAH BIJAK UNTUK JANTUNG SIHAT | Assalamualaikum semua.. Apabila usia makin meningkat ni macam-macam penyakit yang akan datang. Nak-nak penyakit yang melibatkan jantung. Zaman sekarang ni tak perlu nak kata umur 60 ke atas baru kena Heart Attack ni. Ramai jugak yang kena masa umur melebihi 30 tahun, silap-silap 20-an pun boleh kena. Serammmnya rasa, muda-muda lagi dah kena serangan jantung. Aduyaiii, ni yang nak kena ubah gaya hidup ni. Kena mulakan dari sekarang ni.. chaiyok chaiyokk..
Sebenarnya hati ni terbuka untuk mengambil berat pasal kesihatan terutamanya jantung ni selepas menghadiri Bengkel Jantung Bijak (Heart Smart Workshop) yang diadakan di Hospital Pantai Kuala Lumpur pada 22 September lepas. Insaf rasanya bila dengar penerangan dari panel penceramah hari tu. Antara isu yang dikongsikan masa Bengkel Jantung Bijak ni adalah cara untuk menjaga kesihatan jantung melalui 3 langkah bijak iaitu :
Eat Smart . Move Smart . Sleep Smart
"Makan dengan Bijak, Bersenam dengan Bijak, Tidur dengan Bijak"
Antara panel yang berkongsi ilmu semasa Bengkel Jantung Bijak ni adalah :
Puan Megawati Suzairi
Pengarah Pembangunan Produk Baharu, Hal Ehwal Saintifik dan Kawal Selia di Fonterra Brands Malaysia
Datuk Dr Sanjiv Joshi
Pakar Runding Kardiologi di Hospital Pantai Kuala Lumpur
Encik Muhammad Izzat Sallehan
Ahli Fisioterapi Kanan di Pantai Integrated Rehab Services Sdn Bhd
Cik Liew Yen Lee
Pakar Pemakanan Kanan di Fonterra Brands Malaysia
Dr Kong Min Han
Perunding dan Pakar Bedah Telinga, Hidung dan Tekak, Hospital Pantai Kuala Lumpur
Sebagai Permulaan, Puan Megawati berkongsi mengenai serangan jantung banyak terjadi walaupun di bawah usia 50 tahun dan bagaimana Anlene membantu untuk kesihatan jantung.
"Dengan trend membimbangkan hampir satu daripada empat pesakit serangan jantung berusia di bawah 50 tahun memang tiada masa yang terlalu awal untuk mula melindungi jantung dan mengekalkan kecergasan anda supaya anda boleh memanfaatkan sepenuhnya kehidupan. Anlene menyokong cara hidup sihat dengan menekankan daya pergerakan, fungsi sendi dan otot tulang dan betapa pentingnya amalan hidup aktif untuk menjaga kesihatan badan termasuk jantung yang sihat"
- Puan Megawati Suzari, Pengarah Pembangunan Produk Baharu, Hal Ehwal Saintifik dan Kawal Selia di Fonterra Brands Malaysia -
Makan Dengan Bijak
Memang diakui kat Malaysia ni terlalu banyak pilihan makanan sampai rambang mata nak pilih. Tu yang nafsu makan pun selalu membuak-buak. Kalau tak control, alamatnya ramai la yang obesiti. Bukan tu je, kadar kolestrol pun akan naik dan seterusnya membahayakan jantung. Fuhhh.. bahaya ni. Jadi pemilihan makanan harian kita pun kena jaga. Kalau boleh amalkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan sumber serat, vitamin dan antioksidan yang bagus untuk kesihatan jantung.
"Diet yang seimbang amat penting untuk menjaga kesihatan, bagaimanapun ramai di antara kita yang tidak mengamalkan pemakanan sihat setiap hari. Hanya 6% daripada dewasa Malaysia makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mencukupi setiap hari atau mematuhi cadangan sekurang-kurangnya 5 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran di bawah Garis Panduan Diet Malaysia 2010"- Liew Yen Lee, Pakar Runding Kanan Di Fonterra Brands Malaysia -
Selain dari tu, susu ataupun produk tenusu juga merupakan salah satu makanan yang perlu diamalkan setiap hari untuk kesihatan jantung. Jadi pilihan yang bijak adalah dengan mengambil susu Anlene Heart Plus yang boleh diamalkan dalam diet harian. Ia dirumus khas dengan bahan bermanfaat seperti sterol tumbuh-tumbuhan untuk membantu mengurangkan kadar kolestrol, omega-3, kolagen, kalsium dan protein. Pilihanan makanan yang bijak amat penting untuk kesihatan jantung kita.
Bersenam Dengan Bijak
Sape sini rajin bersenam?? Rasanya tak semua mampu bersenam kan. Ye la, masing-masing terikat dengan komitmen kerja ataupun menguruskan keluarga. Menurut Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015, hanya seorang dari tiga orang dewasa di Malaysia tidak menjalani kehidupan aktif.
Kehidupan yang aktif serta diet yang sihat membantu menghasilkan tekanan darah yang lebih baik, mengurangkan paras kolestrol dan trigliserida, mengurangkan lemak di sekitar jantung, melegakan radang dan mengurangkan hormon tekanan.Tapi kan, macam mana maksud bersenam dengan bijak pulak??
"Rakyat Malaysia seharusnya berusaha untuk berjalan sekurang-kurangnya 10,000 langkah sehari dan cuba melakukan senaman yang sederhana dan intensif 2-3 kali seminggu untuk menjaga kesihatan jantung"- Muhammad Izzat Sallehan, Ahli Fisioterapi Kanan diPantai Integrated Rehab Services Sdn Bhd -
Menurut En Izzat lagi, untuk senaman dengan bijak kita perlu mengetahui tahap kebolehan kita. Jangan bersenam melebihi keupayaan diri kita agar tidak memudaratkan tubuh badan. Karang dari nak sihat terus datang penyakit lain pulak.. huhu.. Sebagai contoh kalau jogging, mulakan dulu dengan jarak yang pendek, Jika sudah serasi dan mampu baru panjangkan jarak dari sehari ke sehari.
Tidur Dengan Bijak
Eh, tidur pun ada kaitan dengan masalah jantung ke? Ha, aku pun baru tahu masa Dr Kong Min Han bagi penerangan. Rupanya ada kajian yang menunjukkan bahawa mereka yang menghadapi masalah tidur mempunyai risiko 71% masalah sakit jantung. Menurut Dr Kong ramai rakyat Malaysia mengalami Apnea tidur dan tidak menyedarinya. Apa pula gelaja Apne Tidur ni?
"Keadaan yang dialami ibarat anda telah tidur 7-8 jam dan anda bangun tidur dan rasa seolah-olah anda langsung tidak tidur. Apne tidur ialah faktor risiko tinggi bagi sakit jantung kerana kesannya terhadap tekanan darah dan sistem saraf. Sistem saraf simpatetik mengawal kadar jantungdan penyempitan salur darah"- Dr Kong Min Han, Perunding dan Pakar Bedah Telinga, Hidung dan Tekak diHospital Pantai Kuala Lumpur -
Ok, sekarang ni kita dah tau mengenai tiga langkah bijak untuk jantung yang sihat iaitu "Makan dengan Bijak, Bersenam dengan Bijak, Tidur dengan Bijak". Semua ni mampu mempengaruhi tahap kesihatan jantung kita. Semoga kita dihindari sebarang masalah jantung dan sentiasa hidup ceria dan sihat. Oh ya, jangan lupa untuk minum Anlene Heart Plus.
Sekarang ada promosi dengan setiap pembelian Anlene Heart Plus mulai sekarang hingga 18 Disember 2018, kita boleh buat saringan kesihatan di semua cawangan Pantai Premier Pathology pada harga RM85 sahaja.. So, apa lagi. Jom sayangi jantung kita 💕