YUSA FOOD : PELBAGAI PRODUK USAHAWAN TEMPATAN ADA DI SINI

YUSA FOOD : PELBAGAI PRODUK USAHAWAN TEMPATAN ADA DI SINI | Assalamualaikum semua.. Pada Selasa lepas aku telah berkesempatan untuk menghadiri majlis Pelancaran Yusa Food di Sunway Putra Mall. Pada mulanya aku ingatkan Yusa Food ni adalah pengusaha makanan ringan. Ternyata sangkaan aku meleset. Rupanya Yusa Food adalah sebuah syarikat yang membantu memasarkan produk-produk Perindustrian Kecil & Sederhana (PKS). Wahhh, patut la macam-macam ada di Yusa Food ni.

Yusa Food : Pelbagai Produk Usahawan Tempatan Ada Di Sini
Yusa Food di Sunway Putra Mall

Majlis pelancaran Yusa Food ni disempurnakan oleh Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Acara pemotongan riben dan juga tandatangan dilakukan sebagai gimik pelancaran. Alhamdulillah, Yusa Food telah berjaya menambah satu lagi cawangan di Sunway Putra Mall. Selain di sini, Yusa Food telah mempunyai cawangan di SACC Mall, The Curve dan Publika. Tahniah Yusa Food.

Yusa Food : Pelbagai Produk Usahawan Tempatan Ada Di Sini
Acara memotong riben sebagai gimik perasmian

Yusa Food : Pelbagai Produk Usahawan Tempatan Ada Di Sini
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

Suasana di sekitar Yusa Food sangat meriah. Ramai para usahawan datang untuk turut sama-sama memeriahkan dan tak kurang juga ada yang turut memperkenalkan produk mereka. Kesemua produk mereka ini sebenarnya boleh dibeli di Yusa Food. Terdapat lebih kurang 200 produk ada dijual di Yusa Food. Antaranya adalah seperti :

1) Aluya Kitchen - pengeluar produk berasaskan sambal seperti sambal tomato, sambal hijau, acar ikan masin dan acar buah

Yusa Food : Pelbagai Produk Usahawan Tempatan Ada Di Sini

2) Frutissimo - pengeluar kek buah dan brownies. Produk mereka juga kini telah berada di Giant 

Yusa Food : Pelbagai Produk Usahawan Tempatan Ada Di Sini

3) Salis - menghasilkan kudapan Crunchy Poprice yang sedap. Terdapat 3 perisa iaitu corn, spicy dan garlic.

Yusa Food : Pelbagai Produk Usahawan Tempatan Ada Di Sini

4) Pakchips - pengeluar produk makanan dari pisang dan nangka madu iaitu Honey Jackfruit Chips dan Crispy Fried Banana.

Yusa Food : Pelbagai Produk Usahawan Tempatan Ada Di Sini

5) Samza's - pengeluar sambal hijau sambal yang sangat istimewa kerana menggunakan resipi tradisional warisan keluarga mereka yang dipengaruhi elemen Minang dan Jawa.

Yusa Food : Pelbagai Produk Usahawan Tempatan Ada Di Sini

6) Naturepotion - pengeluar Honey Bentong Ginger yang mempunyai banyak khasiat untuk tubuh badan.

Yusa Food : Pelbagai Produk Usahawan Tempatan Ada Di Sini

7) ommaSon - pengeluar pes untuk masakan korea. Buat penggemar makanan korea lepas ni boleh masak sendiri di rumah.

Yusa Food : Pelbagai Produk Usahawan Tempatan Ada Di Sini

8) Fatihah - pengeluar roti paratha siap dimasak. Ada 2 jenis iaitu original dan garlic.

Yusa Food : Pelbagai Produk Usahawan Tempatan Ada Di Sini

Ha, ni baru sikit. Ada banyak lagi produk-produk lain yang korang boleh beli di Yusa Food. Semua produk yang dijual di sini adalah halal dan berkualiti tau. Boleh dikatakan Yusa Food ni one-stop-centre untuk produk-produk usahawan tempatan. Aku sendiri pun rambang mata nak beli apa. Semua nampak menarik. 

Yusa Food : Pelbagai Produk Usahawan Tempatan Ada Di Sini
Pelbagai Produk Usahawan Tempatan

Yusa Food : Pelbagai Produk Usahawan Tempatan Ada Di Sini
Pelbagai Produk Usahawan Tempatan

So, kalau korang nak cari produk-produk usahawan tempatan boleh la datang ke Yusa Food di Sunway Putra Mall dan juga cawangan-cawangan yang lain. Untuk maklumat lanjut boleh rujuk :

Facebook : 

Instagram : 



Post a Comment

2 Comments

  1. Memang sedap. Ada pelbagai produk produk usahawan iks yang memenag berkualiti dan setanding dengan produk luar yang lain

    ReplyDelete
  2. Salam...
    Tq for write up about our product #Pakchips at YUSA FOOD

    ReplyDelete