BEANAHOMEQURAN : PLATFORM UNTUK MASYARAKAT MENGENAL AL-QURAN

by - 14.1.19

BEANAHOMEQURAN : PLATFORM UNTUK MASYARAKAT MENGENAL AL-QURAN | Assalamualaikum semua.. Zaman sekarang semakin ramai yang kurang menitikberatkan tentang ilmu Al-Quran di dalam kalangan ahli keluarga. Kebanyakannya memberi alasan sibuk sehinggakan tiada masa untuk mengaji Al-Quran. Para ibu bapa pula hanya mengharapkan anak-anak untuk belajar Al-Quran di sekolah semata-mata. Mungkin inilah faktor yang menjadikan masyarakat sekarang kurang celik Al-Quran.

BeanaHomeQuran, Platform Untuk Masyarakat Mengenal A-Quran
BeanaHomeQuran, Platform Untuk Masyarakat Mengenal A-Quran

Tak perlu cakap pasal orang lain la. Aku sendiri pun dah semakin jauh dengan Al-Quran. Asyik sibuk je mengejar hal duniawi hingga lupa dengan saham akhirat. Pada mulanya alasan sibuk tapi lama-kelamaan lidah pun jadi kelu. Bacaan semakin merangkak dan hukum-hukum tajwid pun dah banyak yang lupa. Pernah gak terfikir untuk belajar semula Al-Quran tapi perasaan malu menebal dalam diri weii.. Tambahan pula tak tahu mana nak mulakan, dekat mana nak belajar.

Tapi tu bukan masalah dah. Ye, yang penting niat dan usaha untuk kebaikan dunia dan akhirat. Bak kata orang tua-tua "Di Mana Ada Kemahuan, Di Situ Ada Jalan". Lagipun sekarang kan serba canggih. Semua info di hujung jari je. So aku pun google keyword "Kelas Mengaji Untuk Orang Dewasa" dan terus jumpa laman web BeanaHomeQuran. Alhamdulillah, inilah permulaan untuk ke arah kebaikan.

BeanaHomeQuran, Platform Untuk Masyarakat Mengenal A-Quran

Ya, bagi mereka yang mencari-cari tempat untuk belajar Al-Quran maka BeanaHomeQuran ada jawapannya. BeanaHomeQuran merupakan platform untuk masyarakat mengenal Al-Quran dan juga ilmu Fardhu Ain. Mereka sedia mengajar sesiapa yang ingin belajar Al-Quran tanpa mengira usia dan yang paling best BeanaHomeQuran turut menawarkan perkhidmatan mengajar mengaji secara persendirian di rumah. Ha, ni la yang aku cari. Bukan apa, kita ni kan bekerja, jadi masa terluang hanya waktu malam dan hujung minggu je. Jadi kalau boleh belajar dari rumah, dapat la kita arrange masa kan. Lagipun lebih fokus dan kurang la sikit rasa malu kan.


INFO MENGENAI BEANAHOMEQURAN


BeanaHomeQuran, Platform Untuk Masyarakat Mengenal A-Quran

✔ BeanaHomeQuran adalah milik BEANA Homequran Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dimiliki penuh oleh bumiputra dan didaftarkan pada Disember 2016
✔ Pengasas BeanaHomeQuran iaitu Puan Anna Rosdijanti Ahmad Rusdi telah berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2009
✔ BEANA yang membawa maksud JADILAH SAYA, diambil dari bahasa Inggeris dan Arab


BeanaHomeQuran, Platform Untuk Masyarakat Mengenal A-Quran


KAEDAH PEMBELAJARAN DI BEANAHOMEQURAN


Ada lagi satu yang buat aku tertarik dengan BeanaHomeQuran ni adalah cara pendekatan yang mereka gunakan untuk mengajar membaca Al-Quran. Tahu tak yang mereka menggunakan kaedah flash card yang direka khas untuk memudahkan kita memahami. Selain tu pelajar juga turut didedahkan melalui penggunaan gadget tau. Siap ada slideshow lagi. Ha, nampak tak. Kaedah pempelajaran yang BeanaHomeQuran gunakan berbeza dari zaman kita kecik-kecik dulu, lebih mudah difahami dan yang penting dapat membuatkan kita lebih berminat untuk belajar Al-Quran.


PAKEJ YANG DITAWARKAN OLEH BEANAHOMEQURAN


Rasa macam dah berminat nak belajar Al-Quran ni, jadi kita tengok apa pakej yang ditawarkan oleh BeanaHomeQuran. Ya, buat masa ni BeanaHomeQuran menawarkan 50 jam masa untuk belajar Al-Quran. Di samping itu BeanaHomeQuran juga turut menawarkan kelas asas Fardhu Ain secara percuma. Iye wak, percuma aja tau. Biasanya kelas Fardhu Ain ni diadakan selepas tamat sessi pengajian Al-Quran. Selain tu ada juga kelas-kelas yang lain seperti Kelas Bahasa Arab, Kelas Tahsin Ibadah, Kelas Tasmi' dan juga Kem untuk Cuti Sekolah. So, kalau nak tengok senarai lengkap pakej yang ditawarkan oleh BeanaHomeQuran, boleh rujuk kat link bawah ni :



BeanaHomeQuran, Platform Untuk Masyarakat Mengenal A-Quran

Bila tengok harga pakej yang ditawarkan oleh BeanaHomeQuran ni bagi aku sangat-sangat berbaloi. Tambahan pula mereka boleh datang ke rumah dan mengajar kita secara personal. Tapi sebagai pelanggan, sebelum kita nak beli sesuatu mesti kita akan tengok testimoni dulu kan. Sebab mesti kita nak tau apa feedback yang diberi oleh pelanggan terdahulu. Jadi untuk BeanaHomeQuran, mereka juga ada sertakan beberapa testimoni untuk rujukan mereka yang ingin menggunakan perkhidmatan BeanaHomeQuran. Antara testimoni yang ada adalah seperti berikut :

BeanaHomeQuran, Platform Untuk Masyarakat Mengenal A-Quran

BeanaHomeQuran, Platform Untuk Masyarakat Mengenal A-Quran

Jadi kalau ada di antara pembaca kat sini yang mencari-cari kelas untuk belajar Al-Quran, BeanaHomeQuran adalah platform yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat mengenal Al-Quran. Maklumat lanjut boleh rujuk info di bawah :

Website : https://www.beanahomequran.com/
Facebook : https://www.facebook.com/beana.homequran
Instagram : https://www.instagram.com/beanahomequran
Email : beanahomequran@gmail.com
Tel : +6011-52234111


You May Also Like

2 ♥ Surat Cinta ♥

  1. Bagusnyaaa ada pengajian al-quran macam ni..
    Siap boleh datang rumah yer..
    Sama juga Sis, sekarang mengaji hanya utk diri sendiri, kalau bacaan tu entah betul ke tidak, main baca aje..
    Memang nak kena cari juga ustazah atau kelas ni..sejak pindah sini, takde kelas-kelas agama macam Sis duduk tempat lama dulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula.. senang ada ustazah dtg rumah mengajar ni. lebih fokus kan

      Delete