MEMASAK LEBIH MUDAH DENGAN PERENCAH INNNI

29.4.19

MEMASAK LEBIH MUDAH DENGAN PERENCAH INNNI | Assalamualaikum semua.. Secara jujur aku ni bukan la seorang yang pandai masak. Kalau setakat campak-campak tu boleh la tapi kalau nak masak makanan macam kat restoran tu, rasanya baik pergi beli je kot. hehe. Tapi tu la, sejak aku tinggal seorang diri ni aku jadi makin jarang masak kerana aku rasa macam tak berbaloi je sebab persediaan nak masak kemain banyak tapi last-last aku sendiri yang makan juga. So, aku terfikir kan mudah ada rencah yang dah siap dengan segala bahan asas memasak. Tak payah la aku nak berperang bagai kat dapur lagi.. hehe

Memasak Lebih Mudah Dengan Perencah Innni

Heyy, rupanya ada ye rencah yang aku maksudkan. Mujur la ada kawan yang suggest kat aku. Katanya rempah yang dipanggil Perencah Innni ni umpama penyelamat untuk mereka yang nak masak dengan lebih cepat dan mudah. Pada mulanya aku sendiri pun macam tak percaya. Betul ke? Tapi lepas aku dah cuba sendiri baru la aku akui kerja memasak lebih mudah dengan Perencah Innni. Oh ya, ada 2 jenis Perencah Innni yang aku ada ni iaitu :

✔ Perencah Serbaguna
✔ Perencah Goreng dan Panggang

Memasak Lebih Mudah Dengan Perencah Innni

Mungkin ramai yang kata "Eh, bukan ke banyak je rencah lain kat pasaran?" Ya, memang banyak tapi perencah Innni ni berbeza dari perencah yang lain. Perencah Innni dihasilkan oleh Umarial Enterpise sebuah syarikat tempatan yang beroperasi di Gombak diilhamkan dari resepi istimewa dari istana. Ni kawan aku yang cerita sebab dia mengenali anak kepada pengasas produk ni.

Memasak Lebih Mudah Dengan Perencah Innni

Menurut kawan aku lagi, pengasas Innni iaitu Allahyarham Ungku Mohd Ariff yang juga dikenali sebagai Pak Ungku sangat menggemari sajian mee hailam yang disediakan tukang masak istana & sejak itu Pak Ungku berusaha untuk mendapatkan resipi yang sama macam masakan tukang masak istana. Akhirnya pada tahun 1986, Allahyarham Pak Ungku berjaya mengeluarkan perencah serbaguna yang diberi nama Perencah INNNI iaitu gabungan nama Allahyarham Pak Ungku sendiri, isteri dan anak-anak mereka.

Memandangkan dalam Perencah Innni telah mengandungi segala bahan-bahan asas untuk memasak seperti bawang, serbuk lada, tepung dan menjadikan ikan bilis sebagai bahan perisa maka isteri Allahyarham Ungku Mohd Ariff telah memasukkan perencah ni dalam setiap masakannya dan ternyata makanan menjadi lebih sedap. Maka dari situlah penggunaan perencah Innni bukan sekadar untuk mee hailam sahaja malah sesuai untuk semua jenis masakan. Apa yang penting dalam perencah Innni tiada penggunaan Monosodium Glutamate (MSG) ye. So, ia takkan memudaratkan kesihatan.

Memasak Lebih Mudah Dengan Perencah Innni

Ha, itu la serba sedikit mengenai Perencah Innni ni. Hai, kenapa la aku tak jumpa perencah ni dari dulu. Takde la penat nak berperang kat dapur sorang-sorang. So, sekarang aku nak share dengan korang cubaan pertama aku dengan perencah Innni. Benda baik harus la kena sharing kan.. hehe..

Menu 1 : Ayam goreng menggunakan Perencah Innni - Perencah Goreng dan Panggang

- Potong ayam kecil-kecil mengikut citarasa masing-masing dan bersihkan
- Taburkan perencah goreng dan panggang (Innni)
- Gaul sehingga sebati
- Panaskan minyak
- Goreng ayam sehingga masak

*Mudahkan. Ha, kalau guna perencah goreng dan panggang ni dah tak perlu tambah garam dan kunyit tau.

Memasak Lebih Mudah Dengan Perencah Innni

Menu 2 : Ayam masak sambal menggunakan Perencah Innni - Perencah serbaguna

- Potong ayam kecil-kecil mengikut citarasa masing-masing dan bersihkan
- Taburkan sedikit perencah goreng dan panggang (untuk gantikan garam dan kunyit)
- Goreng ayam separuh masak (sebab nanti akan masak semula dengan sambal)
- Tumiskan bawang merah dan bawang putih
- Masukkan cili kisar (memang selalu buat stok simpan dalam peti)
- Bila pecah minyak, masukkan sedikit air asam jawa
- Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi
- Gaulkan hingga sebati
- Masukkan Perencah serbaguna (Innni)
- Biarkan seketika hingga kuah agak kering sedikit
- Siap untuk dihidang

Memasak Lebih Mudah Dengan Perencah Innni

Ha, mudah kan kalau guna perencah Innni ni. Tak perlu masa yang lama dan tak perlu nak menyediakan banyak bahan. Sesuai untuk mereka yang bekerja dan mempunyai masa yang terhad untuk memasak. Ha, tak lama lagi bulan puasa kan. Pastikan korang ada stok Perencah Innni kat rumah. Senang nak masak sahur dan berbuka nanti.. hehe..

Memasak Lebih Mudah Dengan Perencah Innni

Untuk sebarang tempahan dan keterangan lanjut mengenai Perencah Innni :
Facebook : Perencah Inni
Instagram : Perencah Inni
Email : umarialenterprise2@gmail.com
Tel : 019-2870474




You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook

Sila Klik

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *