Sensodyne Sensitivity & Gum Ubat Gigi Dwi-Aksi Untuk Masalah Gigi Dan Gusi

Sensodyne Sensitivity & Gum Ubat Gigi Dwi-Aksi Untuk Masalah Gigi Dan Gusi | Assalamualaikum semua.. Pernah tak korang rasa ngilu bila minum air sejuk?? Kalau ada, tu tandanya korang ada masalah gigi sensitif. Macam sis sendiri pun ada masalah gigi sensitif. Kalau minum air yang sejuk terus rasa ngilu menusuk ke gusi tu. Tapi nak buat macam mana, air sejuk kan sedap.. haha, nampak tak sis seorang yang degil. Dah tau ada masalah gigi sensitif tetap juga nak minum air sejuk.

Sensodyne Sensitivity & Gum Ubat Gigi Dwi-Aksi Untuk Masalah Gigi Dan Gusi
Sensodyne Sensitivity & Gum Ubat Gigi Dwi-Aksi Untuk Masalah Gigi

Mujur la ada ubat gigi Sensodyne yang dapat membantu meredakan masalah gigi sensitif. Terbaru Sensodyne memperkenalkan Sensodyne Sensitivity & Gum, ubat gigi dwi-aksi yang mampu menyelesaikan dua masalah pergigian yang sering terjadi iaitu gigi sensitif dan gusi bengkak dengan satu penyelesaian efektif. Ya, Ubat gigi Sensodyne Sensitivity & Gum baharu telah terbukti secara klinikal mampu meredakan masalah gigi sensitif dan memperbaiki kesihatan gusi. Formula dwi-aksi ini bertindak membina lapisan meliputi kawasan gigi sensitif untuk melindungi daripada sensitiviti di samping menanggalkan bakteria plak yang akan mengakibatkan masalah gusi bengkak, mulut berbau dan lain-lain masalah gusi.

Sensodyne Sensitivity & Gum Ubat Gigi Dwi-Aksi Untuk Masalah Gigi Dan Gusi
Majlis Pelancaran Sensodyne Sensitivity & Gum di Sunway Pyramid

Pada 12 September 2019 bertempat di Sunway Pyramid, sis bersama beberapa rakan yang lain telah menghadiri Majlis Pelancaran Sensodyne Sensitivity & Gum. Acara gemilang ini turut dihadiri barisan para VIP dan juga beberapa orang artis terkenal tanahair. Wah sape tak kenal Anzalna Nasir dan Siti Saleha kan. Dua artis yang tak lokek dengan senyuman. Cantik gigi mereka...😍.Selain dari artis, beberapa orang selebriti lain pun ada juga termasuk Dr Say Shazril.

Sensodyne Sensitivity & Gum Ubat Gigi Dwi-Aksi Untuk Masalah Gigi Dan Gusi
Dari kiri Naem Ramli, Gary Yap, Dr Shazril Shaharuddin (Say), Dr Chong Zhen Feng, Bryan Wong, Dr Cheah Chia Wei, Tiffany Choo, Hanif Zaki, Anzalna Nasir, Jane Chuck dan Siti Saleha

Ha, sape tak kenal dengan Dr Say Shazril kan. Seorang doktor yang pernah viral dan kacak. Ok, hari ni Dr Say Shazril bukan nak kongsikan pasal masalah wanita ye sebaliknya Dr Say Shazril berkongsi pengalamannya selepas membuat ‘Stain, Chill, Brush Dental Test’. Ternyata ye, walaupun tengok gigi Dr ni cantik tapi sebenarnya masih mempunyai masalah. Jadi Sensodyne Sensitivity & Gum penyelamat sebelum masalah semakin teruk.

Sensodyne Sensitivity & Gum Ubat Gigi Dwi-Aksi Untuk Masalah Gigi Dan Gusi
Dr Shazril Shaharuddin berkongsi pengalaman selepas membuat ‘Stain, Chill, Brush Dental Test’

Ha, nampak tak. Kalau seorang doktor pun boleh kena, inikan pula kita orang biasa ni. Pasti ramai yang ada masalah gigi sensitif dan masalah gusi kan. Secara global sebanyak 50% pesakit gigi sensitif turut mengalami tanda-tanda masalah gusi. Menurut kajian yang diadakan pada tahun 2010 menunjukkan 9 daripada 10 orang dewasa di Malaysia mengalami masalah gusi.

Doktor pergigian menemui wujud hubungan rapat antara dua simptom ini, gigi sensitif dan masalah gusi. Gusi menyusut adalah punca utama berlakunya gigi sensitif dan penipisan gusi berlaku kerana masalah gusi. Apabila dentin dalam gigi terdedah, liang halus di dalamnya juga terdedah dan hal ini boleh mengakibatkan gigi sensitif.

Sensodyne Sensitivity & Gum Ubat Gigi Dwi-Aksi Untuk Masalah Gigi Dan Gusi
Dr Cheah Chia Wei, Pensyarah, Jabatan Pergigian Restoratif, Fakulti Pergigian, Universiti Malaya

“Gigi sensitif dan masalah gusi kerap terjadi dalam kalangan masyarakat di negara ini, tetapi ia sering dipandang remeh dan tidak dirawat segera. Peningkatan bilangan pesakit juga dilihat tidak peka untuk menangani simptom-simptom ini. Dua masalah ini berkaitan antara satu sama lain dan perlukan penjagaan rapi.”
- Dr Cheah Chia Wei, Pensyarah, Jabatan Pergigian Restoratif, Fakulti Pergigian, Universiti Malaya -

Korang tahu tak ada laporan yang mendedahkan hampir separuh (44%) yang mengalami gigi sensitif memilih untuk menukar tabiat memberus gigi dengan mengelak daripada memberus kawasan gigi dan gusi yang terjejas. Betul tak?? Ha, jangan tipu tau. Sis sendiri pun macam tu juga.. Ayoo, sakit kan. Tapi tahu tak yang sebenarnya kalau kita tak berus dengan betul akan menyebabkan timbulnya lapisan bakteria dipanggil Plak. Plak yang tidak dibersihkan dengan berusan gigi dua kali sehari akan berkumpul dan melekat di celahan permukaan gigi dan mengakibatkan bengkak, mulut berbau dan masalah gusi lain. Jadi itulah perlunya ubat gigi yang mampu untuk merawat kedua-dua masalah ini secara sekaligus. Maka terhasil Sensodyne Sensitivity & Gum.

Sensodyne Sensitivity & Gum Ubat Gigi Dwi-Aksi Untuk Masalah Gigi Dan Gusi
Bryan Wong, General Manager, GSK Consumer Healthcare Sdn Bhd memberi ucapan semasa Majlis Pelancaran Sensodyne Sensitivity & Gum

“Kami melancarkan Sensodyne Sensitivity & Gum untuk mengatasi dua masalah ini
secara serentak dan melegakan ketidakselesaan pesakit supaya mereka dapat melakukan
aktiviti seharian dengan lebih baik. Kesihatan pergigian adalah keutamaan kami dan sebagai jenama ubat gigi sensitif nombor satu di negara ini, kami berbangga melancarkan produk dwi-aksi terkini yang akan memanfaatkan warga Malaysia.”
- Bryan Wong, Pengarah dan Pengurus Besar, GlaxoSmithKline Consumer Healthcare Sdn Bhd -

Bersempena pelancaran Sensodyne Sensitivity & Gum, Sensodyne juga menganjurkan pameran bersama Farmasi Guardian di Blue Concourse, LG2, Sunway Pyramid Mall bermula 12 September 2019 hingga 16 September 2019 di mana pengguna berpeluang mengenal pasti dan mempelajari tentang isu gigi sensitif dan masalah gusi serta mendapatkan pemeriksaan pergigian secara percuma bermula 12 hingga 15 September dari 10 pagi hingga 10 malam. Ha, alang-alang shopping tu boleh la datang check gigi sekali kan.

Sensodyne Sensitivity & Gum Ubat Gigi Dwi-Aksi Untuk Masalah Gigi Dan Gusi
Pameran Sensodyne Sensitivity & Gum di Sunway Pyramid

Sensodyne Sensitivity & Gum Ubat Gigi Dwi-Aksi Untuk Masalah Gigi Dan Gusi
Pemeriksaan gigi percuma juga ada disediakan

Tapi kalau tak sempat takpe, Sensodyne juga bekerjasama dengan Majlis Pergigian Malaysia untuk menjalankan Pemeriksaan Pergigian Percuma di 815 klinik pergigian di seluruh negara. Ia bertujuan untuk menggalakkan pengguna memeriksa gigi dengan kerap di klinik pergigian agar gigi dan gusi sentiasa sihat serta mendidik mereka dengan cara penjagaan gigi yang lebih baik.

Sensodyne Sensitivity & Gum Ubat Gigi Dwi-Aksi Untuk Masalah Gigi Dan Gusi
Ubat gigi Sensodyne Sensitivity & Gum dan berus gigi Sensodyne

Korang boleh check cawangan yang terlibat di www.sensodyne.com.my. Bagi yang nak membeli Sensodyne Sensitivity & Gum pula ia boleh didapati di farmasi tempatan dan pasar raya di seluruh Malaysia dengan harga RM16.90 sekotak dan RM10.90 untuk berus gigi.

Untuk pembelian : https://cutt.ly/Sensodyne
Maklumat lanjut boleh rujuk :



.

Post a Comment

0 Comments